BAB:20

61 5 0
                                    

Orkid membuka pintu biliknya. Dia berjalan masuk ke dalam bilik itu dengan sepinggan mee goreng dan segelas air kosong ditangannya. Sebuah senyuman diukirkan buat wanita yang sedang menatapnya kosong itu. "Ha-hai" ujar Orkid sedikit malu. Wanita dihadapannya itu sangat cantik untuk dibandingkan dengannya yang berjerawat ini.

"Where's he? why did he put me here?" Soalan dingin wanita itu membuatkan Orkid salah tingkah. Dia tidak tahu mahu membalas apa. "E-erm... Thank you, i'm fine?" Balas Orkid. Tiffany menghela nafasnya lelah. 'Rupanya ada juga orang yang tak reti bahasa inggeris zaman sekarang ni?' gumam hatinya. Dia memandang Orkid lama. Wanita berwajah melayu manis itu sudah menemaninya sejak kali pertama dia menginjakkan kakinya ke dalam bilik ini.

"Taufiq, dia mana? Kenapa dia letak saya dekat sini?" Soal Tiffany lembut. Entah kenapa dia melihat sedikit perangai Jibril di dalam diri wanita itu. "O-oh, tuan....dia tengah jumpa dengan ayah. A-ayah tu ayah saya...saja nak bagitau sebab takut awak tak tau" balas Orkid. Tiffany tersenyum. "Saya Tiffany Nur Hidayah, awak?" Soal Tiffany.

Orkid pantas membalas senyuman Tiffany itu. "Seroja Orkid...a-awak Islam rupanya" kata Orkid. Tiffany hanya mengangguk sahaja. "Makanan tu untuk saya?" Soalnya ketika melihat orkid masih setia memegang pinggan dan segelas air itu. "Haah! Tadi sebelum tuan pergi jumpa ayah tuan ada suruh saya ambilkan makanan untuk awak...ma-maaf sebab saya lambat...mesti awak lapar kan?" Soal Orkid sambil melepaskan ikatan ditangan Tiffany.

Tiffany terdiam. Dia menatap Orkid kosong. "Seroja, biar saya tanya awak sesuatu" ujarnya. Orkid memandangnya hairan. "Kenapa awak lepaskan ikatan saya?" Soal Tiffany sambil memandang Orkid dingin. Dia tidak tahu apa yang difikirkan Orkid saat ini. "O-oh, macam mana awak nak makan kalau tangan awak terikat? Sa-saya akan ikat tangan awak balik lepas awak makan jadi tolong jangan bagitau tuan" kata orkid mula salah tingkah lagi.

Tiffany terdiam. Dia menatap pinggan makanan itu lalu mengambilnya perlahan. Orkid masih lagi tersenyum ke arahnya. Dia perlahan-lahan menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya.

"Orkid!"

BUK!

Orkid terdorong ke dinding. Tiffany yang melihat Orkid didorong dengan pantas meletakkan pinggan yang dipegangnya tadi. "Seroja!" Tiffany mendekati Orkid. Wanita itu terlihat lemah dengan kepalanya yang sedikit berdarah. "Tu-tuan" Orkid dengan pantas bangun dari situ. Dia melihat wajah dingin Taufiq yang sedang menatapnya itu. "Aku suruh kau bagi makanan dekat dia bukannya lepaskan ikatan dia! Bodoh! Bodoh! Perempuan tak guna!" Maki Taufiq sambil menjambak rambut panjang Orkid.

Tiffany yang melihat tingkah kasar Taufiq itu dengan pantas membela Orkid. "Taufiq! Lepaskan dia sekarang!" Marah Tiffany sambil menampar pipi Taufiq. Orkid terkejut melihat Taufiq yang ditampar itu. "Diam kau perempuan!" Taufiq menampar kembali pipi Tiffany. "Tu-tuan...tuan..maafkan saya...maafkan saya" ujar Orkid perlahan.

Pipi Taufiq yang memerah kerana ditampar ditatapnya sedih. "kau sebenarnya nak lepaskan dia kan?! Kau nak ingkar arahan aku kan?! Kau dengan ayah kau sama je! Suka sakitkan hati aku!" Marah Taufiq. Orkid tersentak. Dia tidak mampu lagi berkata-kata. Tiffany menatap Taufiq tajam. "Jangan pandang aku macam tu la! Kau akan menyesal sebab tampar muka aku...aku nak tengok muka Izrail lepas tengok kau nanti" kata Taufiq.

"Izrail takkan datang la! Kau ingat dia kesah dekat aku?! Dia tak akan datang untuk orang macam aku jadi kau menyerah je la!" Ujar Tiffany. Wajah Taufiq memerah marah. Dia sekali lagi memukul wajah Tiffany. Orkid sedaya upaya menghalang lelaki itu. 'Kalau tak ada Seroja dah lama aku bunuh bangsat ni!' getus hati Tiffany marah.

Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja ketika dipukul oleh Taufiq. Itu pun kerana Orkid tampak takut dan menggeletar sepanjang masa. Tiffany menggenggam tangan Orkid erat. "Orkid, keluar" arah Taufiq. Bahu Orkid terangkat ketika mendengar arahan itu. Dia memandang Tiffany ragu-ragu.

"Tak apa, awak keluar la. Rawat luka dekat kepala awak tu jugak" kata Tiffany sambil tersenyum. Orkid masih lagi teragak-agak tetapi akhirnya dia keluar dengan hati yang berat. Pintu ditutup rapat. Tiffany kini mengubah pandangan matanya terhadap Taufiq.

"ok bastards, let's get started" Tiffany mengepal penumbuknya sambil tersenyum sinis. Akhirnya setelah sekian lamanya dia boleh memuaskan rasa hausnya.

 Akhirnya setelah sekian lamanya dia boleh memuaskan rasa hausnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh eh eh! Berhenti dekat sini! Kita dah sampai!"

Kereta terus diberhentikan secara mengejut. Jibril melihat ke arah sebuah rumah besar yang berada tepat dihadapannya itu. "Jom keluar, kita tak boleh bawak masuk kereta dalam rumah ni" kata Shafiq lalu terus membuka pintu kereta. Jibril dengan pantas mengikutinya. Mereka sama-sama menuju ke arah pintu pagar rumah itu.

"Orang luar tidak dibenarkan masuk"

Pengawal yang berjaga di pintu pagar itu menghalang jalan mereka. Shafiq memandang pengawal itu datar. "Tell them that Shafiq Iskandar is here" ujar Shafiq. Mendengar nama itu pengawal itu terus tersentak. Dia dengan cepat mengambil walkie-talkienya lalu bercakap dengan seseorang.

"Kau nampak macam dah biasa datang sini" bisik Jibril. Shafiq tersenyum lebar. "Iya ke? Aku cuba-cuba je mana tau dia orang kenal aku" katanya lalu ketawa lantang. Jibril terdiam. Malas mahu melayan Shafiq.

"Maafkan kami tuan Shafiq, silakan masuk. Boss besar izinkan tuan dan kawan tuan masuk" kata pengawal itu sopan. Pintu dibuka. Shafiq tersengih ke arah Jibril lalu berjalan masuk ke dalam kawasan rumah itu. "Tak sangka dia orang kenal aku! Aku dah agak dah aku ni terkenal! Huahahaha" kata Shafiq kepada Jibril. Sekali lagi lelaki itu malas melayan kerenah Shafiq.

"Nanti kau masuk lepas tu duduk dulu. Aku nak jumpa 'boss besar' yang lelaki tu cakap tadi tu" ujar Shafiq lagi. Kali ini wajahnya tegas ketika memandang Jibril. Jibril hanya mengangguk tanpa menyoal sahaja.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now