BAB:16

59 5 0
                                    

Tut..Tut..

Panggilan telefon itu diangkat. Telefon didekatkan ke telinganya. "Gabriel...What is the latest information about him?" Suara seorang lelaki kedengaran. K yang menjawab panggilan itu dengan pantas menjawab. "He's fine, boss" balas K. Lelaki itu tampak serius ketika mendengar apa yang dikatakan Izrail didalam telefon. "Baik, boss" panggilan telefon ditutup. K menghela nafasnya perlahan.

Tok...tok...

Pintu yang diketuk dari luar ditatapnya datar. "K, ni aku" ujar Jibril dari luar. K diam. Dia hanya memandang pintu itu lama. Jibril yang berada diluar pintu membuatkannya berfikir panjang. "Masuklah" kata K setelah lama berfikir. Jibril masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman di wajahnya. "Aku nak tanya sesuatu" kata Jibril. "Apa?" K mengangkat keningnya hairan. "Beberapa bulan ni...kau ada tak jumpa jejak Izrail?" Soal Jibril.

K mengeluh perlahan. "Tak ada apa-apa...aku tak jumpa langsung jejak boss" balasnya sambil menundukkan kepalanya. Jibril terdiam dengan wajah yang sedih. "Dia betul-betul tak nak balik sini ke? Aku masih nak kenal dengan dia" katanya perlahan. K memandangnya sambil memeluk tubuh. "Kenapa kau nak kenal dengan boss? Satu hari nanti bila boss dah balik kau tak akan ada tempat pun dekat sini" kata K dingin. Jibril tersenyum.

"Wow, itu menyakitkan.." ujarnya sambil tersenyum. K hanya diam memandangnya. "Aku akan cari lagi boss...kau tak payah kisah dan urus je tunang kesayangan kau tu...aku boleh cari boss sendiri" kata K lagi. Dia membuka fail yang berada diatas meja tanpa menghiraukan Jibril. "Jangan lupa makan nanti...dah berapa hari aku tak nampak kau makan. Aku pergi dulu" kata Jibril. Dia berjalan keluar dari bilik itu lalu menutup pintu. K mengeluh perlahan.

Fail yang dipegangnya diletakkan ke tempatnya kembali. Dia memicit kepalanya perlahan. "Aku tak boleh buat benda ni dah...aku letih" katanya perlahan. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan keberadaan Izrail daripada Jibril. "Aku tak faham kenapa boss lindungi dia sampai macam ni...aku lebih suka ikut boss daripada kena lindungi budak lembut tu" kata K lagi. Dia melonggarkan tali lehernya.

"Urh! I Don't want to play this game anymore!!"

Shafiq mencampak kad yang dipegangnya ke atas meja. Dia menjeling ke arah Tiffany yang sedang tersenyum bangga ke arahnya. "So I'm the winner? Good!!" Ujar Tiffany gembira. Shafiq memeluk tubuhnya sedikit kesal. Dia mengumpulkan kad-kad itu kembali lalu menyimpannya ke dalam kotaknya semula. "Jom berhenti main...aku dah letih" katanya lalu bangun dari tempat duduknya. "Lebih baik aku pergi main tembak-tembak" katanya lagi lalu terus meninggalkan Tiffany.

Wanita itu tersenyum lebar. Tiba-tiba dia melihat Jibril berjalan laju memasuki bilik air. "Jibril?" Dia melihat lelaki itu hairan. Jibril keluar dari bilik air itu dengan kepala yang basah. "Hahh" keluh lelaki itu perlahan. Tiffany terkejut kecil. "Awak mandi ke apa ni? Kalau mandi kenapa tak buka baju tu sekali?" Soal Tiffany hairan. Dia mendekati Jibril.

Jibril tersenyum kecil ke arahnya. "Saya cuma nak sejukkan kepala je" katanya lembut. Tiffany terdiam. Tiba-tiba matanya menajam. "Siapa yang buat awak?" Soalnya dingin. Jibril memandangnya hairan. "Buat saya? Buat apa? Saya ok je" katanya sambil tersenyum. "Oh Muhammad Jibril Haykal! Do you know what kind of face you are making now? You look sad" kata Tiffany sambil mencekak pinggangnya.

Jibril tersentak. Dia lalu memeluk tubuhnya sambil melebarkan senyumannya. "Awak pandai tengok reaksi muka saya ye? Selama ni tak pernah ada orang perasan" katanya sambil berjalan pergi dari situ. Tiffany terlihat kesal. Dia mendekati Jibril lagi. "Siapa? Siapa yang buat awak sedih?" Soal Tiffany. Jibril hanya menggeleng sahaja. "Saya nak tukar baju lepas tu solat..awak pun pergi la solat" kata Jibril lalu terus menutup pintu biliknya.

Tiffany mencekak pinggang sambil melirik ke arah jam di dinding. "Solat apanya? Sekarang baru pukul 9 pagi!" Katanya lalu terus pergi dari situ.

Sementara itu Jibril yang berada di dalam bilik hanya menghela nafasnya perlahan. Dia terduduk bersandar di pintu. "Kenapa aku nak sakit hati? Padahal apa yang K cakap tu betul..." gumamnya perlahan. Dia sedikit terasa hati dengan kata-kata K tadi. "Lagipun bukannya aku yang nak jadi Izrail...aku masih Jibril Haykal...bukan Rizz Izrail..." Gumam Jibril lagi.

Dia bangun dari duduknya lalu membuka almari baju. Keluhan keluar dari mulutnya lagi. "Baju-baju ni pun semuanya Izrail punya..." Katanya sambil melihat baju-baju yang dilipat elok di dalam almari itu. Baju dibuka. T-shirt disarungkan ke badan. Seketika kerutan muncul di dahinya. "Argh!! Ni tak boleh jadi!! Aku kena juga keluar" katanya lalu terus menutup pintu almarinya.

Pintu bilik dibuka pantas. "E-e-eh!"

Buk!

Jibril tersentak. Dia terbeliak besar ketika melihat Shafiq dan juga K sudah terlentang dihadapannya. "Kau orang buat apa ni?" Soal Jibril hairan. K memukul belakang kepala Shafiq kuat. "Sakit tau tak!" Kata K dengan wajah yang memerah. Sakit tambah malu!. "Jibril yang buka pintu tapi asal kau pukul aku?" Soal Shafiq sambil mengusap belakang kepalanya yang berdenyut.

K menjelingnya tajam. "Apa yang kau orang ni buat sebenarnya? Dah kenapa sampai tiba-tiba jatuh ni?" Soal Jibril hairan. Shafiq dan K bangun dari lantai itu. Shafiq tersengih sementara K memeluk tubuhnya tanpa memandang Jibril.

"Setan ni nak minta maa-!"

Buk!

Belum sempat Shafiq ingin menghabiskan ayatnya tiba-tiba satu pukulan mengenai belakang kepalanya lagi. Shafiq bercangkuk sambil memegang kepalanya. "aduh!!" Jeritnya sedikit kuat. Jibril mengangkat keningnya hairan. "Aku nak keluar" katanya sambil melirik ke arah K. "Kau nak pergi mana?" K mula bersuara. Jibril terdiam. Nak bagitau ke tak nak eh?.

"Aku ajak dia keluar!" Dari kejauhan suara Tiffany menyapa pendengaran mereka. Wanita itu berlari anak mendekati Jibril. "Kita nak keluarkan wak!" Katanya ceria. Jibril terdiam. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. K memandang mereka berdua bersilih ganti. Lelaki itu memeluk tubuh. "Aku dengan Shafiq ikut kalau macam tu" katanya dengan wajah yang datar.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILOù les histoires vivent. Découvrez maintenant