BAB:40

30 3 0
                                    


"Abang, jom kita keluar" lengan Jibril dipeluk erat. Tiffany tersenyum lebar ke arah suaminya yang sedang menyemak dokumen-dokumen itu. Jibril mula menguruskan hal-hal di syarikat Izrail setelah kepulangan lelaki itu. Suaminya itu juga mulai sibuk setelah mengambil alih syarikat.

"Awak nak ke mana, Hidayah? Bosan ye teman abang dekat sini?" Wajah Tiffany dipandang lembut. Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya sambil menempelkan pipi ke lengan Jibril. Dokumen ditangan diletakkan ke atas meja. Pipi gebu milik Tiffany dicubitnya geram. "Jom la kita pergi makan. Abang pun dah lapar ni" ujar Jibril lembut.

Dia lalu menekan satu butang di bawah mejanya. "Stephanie, masuk" arahnya. Beberapa saat kemudian seorang wanita cantik masuk ke dalam pejabatnya. Wanita itu menundukkan kepalanya lalu berjalan ke arah Jibril dan Tiffany. "Iya, tuan Jibril?" Senyuman dihadiahkan buat lelaki itu. "Saya nak keluar dengan isteri saya. Awak tolong uruskan dokumen-dokumen ni sekejap boleh? Maaf kalau menyusahkan awak" kata Jibril serba salah.

Wanita itu hanya menggeleng perlahan. "Eh tak apa tuan! Saya dah ditugaskan oleh tuan Izrail untuk bantu tuan sebaik mungkin. Kerja macam ni kacang je tuan!" Kata Stephanie lantang. Jibril tersenyum bangga melihat bawahannya itu. Stephanie adalah orang yang ditugaskan untuk membantunya semenjak syarikat menjadi miliknya.

Sebulan yang lalu Izrail mengumumkan kewujudan ke semua bawahannya. Wanita beranak 1 itu menjadi orang pertama yang menjadi bawahannya dan Tiffany.

"Abanggg jom la makannn" Tiffany mula menarik lengan Jibril. "Kami pergi dulu ye cik Stephanie!!" Kata wanita itu sambil melambai kecil ke arah Stephanie. Mereka keluar dari situ lalu turun ke lobi syarikat. "Kita nak makan apa? Makanan melayu ke makanan Itali?" Soal Tiffany mula bersemangat.

Jibril hanya tersenyum sahaja. Wanita itu sejak kebelakangan ini suka benar makan. "Jibril" tiba-tiba seseorang menegurnya. Wajah Tiffany mula menegang ketika melihat Izrail mendekati mereka. K yang berada dibelakang lelaki itu hanya diam tanpa mengatakan apa-apa. "Oh Izrail" senyuman diberikan kepada adiknya. "Kau nak pergi mana, bang?" Soal Izrail datar.

Izrail mula memanggil Jibril abang semenjak mengumumkan kewujudan lelaki itu. Jibril yang sudah mula terbiasa itu hanya tersenyum manis. "Aku nak pergi makan dengan isteri aku ni. Kau dengan K nak ikut ke?" Soal Jibril ramah. Tiffany pantas memandang suaminya kurang senang. Pinggang lelaki itu dicubit geram.

"Aduh, sakit la sayang" ujar Jibril perlahan. Tahu benar dia sebenarnya wanita itu masih tidak menyukainya Izrail. "Kalau kami ikut tak akan jadi sekadar makan. Mesti terletus perang punya" K mula bersuara. Dia juga tahu Tiffany masih tidak memaafkan bossnya. "Stop talking, Gabriel. You're going to make tiffany mad" ujar Izrail dingin.

Tiffany yang dari tadi merenung tajam ke arah mereka ditatap sekilas. "Aku tak boleh makan dengan kau orang. Aku ada hal" kata Izrail mula melembutkan suaranya. Jibril mengangguk perlahan. "Kalau macam tu kami pergi dulu ye. Nanti kakak ipar kau ni kebulur pula" kata Jibril ramah. Izrail hanya diam lalu memandang Tiffany.

"Aku minta maaf sekali lagi, kak" katanya lalu terus pergi dari situ. Tiffany terdiam. Izrail memanggilnya kakak?. "Kenapa?" Soal Jibril hairan ketika melihat reaksi isterinya. "Oh, tak ada apa" ujar Tiffany sambil tersenyum. Mereka berjalan ke arah kereta lelaki itu.

Dari jauh Izrail melihat kepergian mereka. "If boss wants to come, just say so" k menggeleng perlahan melihat Izrail. Lelaki itu sangat ingin keluar bersama-sama Jibril dan Tiffany tetapi selalu sahaja menahan diri. "Aku tak mau hilangkan kegembiraan Tiffany. Kau pun tau yang dia masih tak maafkan aku" ujar Izrail. Pakaiannua dikemaskan sedikit.

"Now we're here, call Stephanie" arahnya dingin. K hanya mengangguk lalu memanggil wanita itu.

 K hanya mengangguk lalu memanggil wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta dipandu sederhana laju. Sekilas wajah Tiffany yang sedang berceloteh disebelahnya dipandang. "Lepas tu kan...lepas tu...Hidayah tengok-tengok dia dah jatuh longkang!!" Kata Tiffany bersemangat. Tangannya bergerak ke sana-sini sama bersemangat dengan mulutnya.

"Jadi sayang tolong dia tak?" Soal Jibril. Pantas Tiffany menggelengkan kepalanya. "Tak nak la tolong dia, longkang tu kotor!!" Kata wanita itu sambil memeluk tubuh. Jibril menggeleng mendengar jawapan Tiffany itu. "Sayang, lain kali awak tolong la orang yang memerlukan bantuan awak. Kan nanti dapat pahala.." pesan Jibril sambil tangan kirinya menggenggam tangan isterinya.

Tiffany mengangguk perlahan. "Awak nak makan dekat mana ni?" Soal Jibril bingung. Wanita itu dari tadi berubah-ubah tempat untuk makan. "Tu, kita makan tepi tu je la" jawab Tiffany sambil menunjuk ke arah sebuah warung yang berdekatan dengan mereka.

Jibril tersenyum. Inilah yang membuatkan dia lebih menyukai isterinya itu. Tiffany sangat suka akan makanan ditepi jalan dan bukannya di restoran. "Lebih baik makanan murah tapi banyak daripada makanan mahal tapi sikit" kata wanita itu ketika dia menanyakan sebab mengapa dia menyukai makanan ditepi jalan.

"Abang cepat lah, nanti tak ada tempat nak duduk!" Kata Tiffany sambil menarik suaminya keluar dari kereta. Jibril hanya mengikuti sahaja kehendak wanita itu. Semua mata memandang ke arah mereka yang keluar dari kereta mewah itu. Perasaan rendah diri Jibril mula muncul. Dia menundukkan kepalanya ketika melangkah masuk ke dalam warung itu.

"Adik, akak nak nasi lemak ayam dengan teh o ais. Abang nak apa?" Wajah Jibril dipandang setelah dia memesan makanannya. Lelaki itu mula melihat ke arah menu makanan yang berada di atas meja mereka. "Roti canai dua dengan kopi o ais, terima kasih" katanya sambil tersenyum. Gadis yang mengambil pesanan itu terpesona melihat senyuman Jibril.

Dengan malu-malu dia pergi setelah mengambil pesanan mereka. Tiffany yang perasan akan tingkah gadis itu mula memuncungkan mulutnya. Kaki Jibril yang berada dekat dengannya ditendang kuat. Jibril tersentak. Wajah monyok Tiffany dipandangnya bingung. "Kenapa sayang tendang abang?" Soal Jibril lembut.

"Tak ada apa!" Balas Tiffany lalu terus bangun dari situ. Seekor kucing yang berada didekat mereka menjadi tujuannya. Wanita itu dengan teruja memeluk kucing yang sedang memandangnya itu. "Eee comelnya awak.." ujar Tiffany geram. Jibril tersenyum melihat wajah cantik isterinya itu. Hilang terus rasa sakit akibat tendangan wanita itu tadi.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now