BAB:18

52 5 0
                                    

Izrail menutup matanya. Dia tidak mahu mengingat semua kenangan pahit itu. Apa yang terjadi setelah itu juga tidak mahu diingatnya lagi. "Walau apa pun aku kena lindungi Jibril....dah 18 tahun masa tu berlalu..." Gumam Izrail perlahan. Dia melangkahkan kakinya keluar dari biliknya.

"Abang Rizz"

Satu suara lembut menyapa pendengarannya. Izrail tersentak. "Oh Hawa..." Dia langsung mengukirkan senyumannya saat melihat wajah manis milik wanita bernama Hawa itu. Hawa tersenyum lembut. "Mari la makan...nanti abang nak keluarkan? Abang nak cari abang Jibril kan?" Soal Hawa lembut. Izrail tersenyum. Dia lantas menganggukkan kepalanya lalu mengikuti Hawa ke ruang tamu. "Ayah Hawa mana?" Soalnya.

"Ayah ada dekat dapur...ambil lauk-pauk yang lain" kata Hawa. Izrail menganggukkan kepalanya lagi. 'Biarlah aku duduk sini dulu....dapat tengok muka Hawa lama-lama macam ni pun boleh buat aku puas...' getus hati Izrail.

"Wah!! Banyaknya barang bagus dekat sini!! Murah-murah lagi"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah!! Banyaknya barang bagus dekat sini!! Murah-murah lagi"

Shafiq berlari ke sana ke sini saat melihat barang-barang yang menarik minatnya. Jibril yang mengikutinya hanya tersenyum kecil. Dia melirik ke arah tanda harga yang dilekat pada barang itu. Matanya pantas terbeliak besar. 'Se-sepuluh ribu? Benda ni murah?' gumam hati Jibril tidak percaya. Dia menggosok matanya tidak percaya.

"Awak, ni cuba pakai" Tiffany memberikan sehelai baju kepada Jibril. Senyuman diukirkan buat lelaki itu. "Saya yakin baju ni sesuai dengan awak" kata Tiffany. Jibril menganggukkan kepalanya. Dia tanpa berlengah terus mencari bilik mengganti pakaian. "Kenapa nak kena beli banyak baju? Dekat rumah tu banyak lagi baju tak pakai" ujar K sambil memeluk tubuh.

Tiffany menjeling lelaki itu tajam. "Tutup mulut kau tu" kata Tiffany dingin. K memandang wanita itu datar. "Semua baju dekat rumah tu kan baju boss...kau nak biar si Jibril tu pakai berapa lama lagi? Dah la tak masuk dengan gaya dia" kata Shafiq tiba-tiba.

Lelaki itu terlihat sedang mengambil beberapa helai baju yang menurutnya sesuai dengannya. "Kenapa kalau dia pakai baju boss pun? Boss tak bagi larangan pula tentang benda tu" kata K dengan kening yang diangkat sebelah. "Bro, kau masih muda untuk tau semua benda ni...serahkan pada abang Shafiq dan kakak Tiffany!" Kata Shafiq sambil tersenyum lebar.

Tiffany dan K menatapnya tajam.

"Siapa kakak dia?!"

"Siapa adik dia?!"

Kedua orang itu terus berjalan ke arah yang berlainan. Shafiq ketawa geli hati. "Jangan marah-marah" katanya masih lagi ketawa. Jibril keluar dari bilik ganti baju itu dengan senyuman canggung dibibir. "Macam mana?" Soalnya perlahan. Sejujurnya dia tidak terlalu yakin dengan penampilan dirinya. "Wahh! Sesuai sangat dengan awak!!" Tiffany tersenyum lebar melihat Jibril.

Jibril mengukirkan senyuman tanpa sedar. Dia gembira melihat wanita itu tersenyum. "Ni ada banyak lagi ni! Cuba pakai. Saya nak ke tandas sekejap" ujar Tiffany lalu memberikan beberapa lagi helai baju kepada Jibril. "Awak nak saya teman ke?" Soal Jibril. Tiffany menggeleng perlahan. "Awak pakai la baju-baju yang saya pilih tu, biar saya pergi tandas sendiri je" kata Tiffany sambil tersenyum.

Jibril tidak mengatakan apa-apa lalu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tiffany berjalan keluar dari situ lalu menuju ke arah tandas awam yang berdekatan.

 Tiffany berjalan keluar dari situ lalu menuju ke arah tandas awam yang berdekatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jibril keluar dari kedai baju itu bersama dengan K dan Shafiq. "Banyak jugak kau beli baju hari ni" ujar Shafiq sambil melihat ke arah plastik-plastik yang dipegang Jibril. Lelaki itu tersenyum kecil. Dia hanya membeli apa yang diberikan Tiffany sahaja.

"Perempuan tu mana?" Soal K. "Tadi dia kata nak pergi tandas" ujar Jibril sambil melihat-lihat sekeliling. "Takkan la pergi tandas sampai 2 jam? Cirit ke apa pompuan tu?" Soal Shafiq hairan. Mereka berjalan menuju ke arah tandas awam yang berdekatan.

"Aduh!"

"Oh maaf"

Tiba-tiba seseorang melanggar Shafiq. Lelaki itu sedikit terdorong ke belakang. "Kau ni lain kali jalan tu tengok la depan!" Marah K lalu mengetuk kepala Shafiq. Lelaki itu menjeling K tajam. "Aku kan nak cari si minah tu! Jangan la pukul kepala aku" katanya kesal. Mereka mula bertengkar mulut. "Eh, orang tadi terjatuhkan telefon dia la" kata Jibril tiba-tiba.

Shafiq dan K terus mengalihkan pandangan mereka ke arah Jibril. Telefon pintar yang diambil jibril dipandang mereka lama. Kedua lelaki itu kemudian melirik sekilas ke arah satu sama lain.

Ding...Ding...Ding...

Jibril tersentak. Telefon itu berdering tiba-tiba. "Ada orang telefon ni" ujarnya kepada K. Lelaki itu dengan pantas mengambil telefon itu. "Shit..." Shafiq mengumpat perlahan. K mengangkat panggilan telefon itu. Pembesar suara dibuka.

"who are you?"

"oh, so this is K!!"

Suara seorang lelaki ketawa kedengaran kuat. K memandang Jibril dan juga Shafiq bersilih-ganti. "Taufiq" K menghela nafasnya lelah. Tak habis-habis la mamat ni!.

"Betul aku Tauf-"

"Apa yang kau nak ni?"

K memotong percakapan lelaki itu pantas. Dia malas melayan sebenarnya.

"Baik! Aku tau kau bukan jenis yang lam-"

"Kalau kau tau cepatlah!"

Sekali lagi lelaki itu memotong. Taufiq terdiam. Shafiq pula sudah ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya. "Kau ni! Habis budak tu sentap!" Ujar Shafiq. Jibril memandang kedua lelaki itu tidak percaya. Macam tu je kau orang mainkan dia?.

"Diam! Sekarang dengarkan aku!!"

"Iya aku dengar ni"

"Aku dah culik miss!! Kalau kau orang nak dia balik kau orang mesti suruh Izrail bangsat tu yang ambik dia! Bye!"

Tuttttt......

Panggilan telefon itu ditutup. Jibril yang mendengar nama Tiffany disebut tidak dapat menyembunyikan kerisauannya. "Ti-Tiffany kena culik?" Jibril memandang K dan Shafiq bersilih-ganti. "Nampaknya macam tu la" kata K sambil membuang telefon itu ke dal tong sampah. "Aku sebenarnya nak tau jugak yang si Taufiq ni bodoh ke bangang? Ke Bodoh Bin Bangang? Yang dia pergi culik setan tu kenapa? Tak ada orang lain ke yang diorang anggap lemah?" Soal Shafiq hairan.

K mengangkat bahunya. Silap besar la Taufiq menculik Tiffany. "Ak-aku kena selamatkan dia" Jibril tidak tentu arah. "Eh tak payah risau la. Pandailah si Tiffany tu nak jaga diri...kita balik lepas tu bincang dulu" kata Shafiq. Dia menarik Jibril yang masih lagi mengeras itu dengan bantuan K.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now