BAB:6

72 4 0
                                    

K menatap Jibril lama. Sudah hampir sebulan lelaki itu tinggal bersama dengan mereka. 'Tapi aku masih lagi tak boleh lupakan hari tu..' getus hati K. Jibril sungguh berlawanan dengan Izrail. Tidak akan ada sesiapa pun yang bakal menyangka mereka itu saudara kembar. "Tuan K, nama asli tuan apa?" Tiba-tiba suara lembut milik Jibril menyapa K.

'Kalau fikir-fikir balik suara dia pun sama dengan boss'

K menatap Jibril kosong. Soalan Jibril tadi langsung tidak dijawabnya. "Macam ni, kita kan nak bekerjasama nanti..saya rasa kita dah cukup rapat untuk tahu nama satu sama lain kan? Tuan K dah tau nama saya jadi..." Jibril mula mengoceh. K kini mengerutkan dahinya. "no need to know" katanya dingin. Jibril memandangnya hairan. "Tapi.." suara lelaki itu tampak sedikit putus asa.

"Kita tak rapat dan kau cuma gantikan boss sekejap je...aku yakin lepas je semua benda selesai kau akan pergi dari hidup kitorang jadi kau tak payah tau nama aku" kata K tanpa memandang Jibril. Hanya Izrail sahaja yang tahu nama sebenarnya dan itu adalah rahsia mereka berdua. "Oh.." Jibril tersenyum kecil.

Entah kenapa hatinya sedikit kecewa mendengar suara dingin K itu. "Jibril, jom keluar" Shafiq tiba-tiba mendekati mereka. K yang mendengar menatapnya tajam. "Kau nak bawak dia pergi mana?" Soalnya hairan. "Lah, hari ni jumaat, bro. Aku nak bawak dia pergi masjid lah" ujar Shafiq sambil memeluk tubuhnya. K mendengus kasar. "Eh, dah pukul berapa ni?" Jibril mula melihat jam di dinding.

" Dah pukul 12. Jom la cepat" kata Shafiq sambil menarik tangan Jibril. "Hey..hey..no, bro. Boss tak benarkan budak ni keluar" kata K sambil menahan tangan Jibril. "Uish kau ni...aku tau la kau bukan Islam tapi tak baik tau halang orang nak beribadah" kata Shafiq. "Kau baik sangat ke hah? Aku kata 'no' means NO!" K mula baran.

Jibril yang ditarik ditengah-tengah mereka mula menepis kuat tangan mereka. "Kau orang ingat aku ni apa? Patung ke nak main tarik-tarik?!" Jibril tanpa sedar meninggikan suaranya. Kedua lelaki itu terdiam. Itu pertama kalinya mereka melihat Jibril begitu marah.

"Apa yang bising-bising ni"

Tiba-tiba Izrail muncul diantara mereka. K bangun dari duduknya pantas. "Boss" dia mempelawa kan tempat duduknya kepada lelaki itu. "No need...lagipun aku nak keluar nanti" kata Izrail. "Boss, K halang kitorang nak keluar. Kejap lagi nak masuk waktu ni" kata Shafiq mengadu. K menjelingnya tajam. "Masuk waktu? Sekarang baru pukul 12.05 minit" Izrail menatap mereka hairan.

"Boss...boss...hari ni jumaat boss..saya dengan Jibril nak pergi solat Jumaat ni" Shafiq menepuk dahinya melihat kerutan di dahi Izrail. "Tolonglah bagi kitorang keluar...aku tak kesah korang nak kurung aku sampai aku mati pun tapi pasal solat jangan lah halang aku" ujar Jibril sedikit dingin. Izrail terdiam mendengar nada suara Jibril itu. "Pergilah, k follow me, now" kata Izrail lalu terus berjalan meninggalkan mereka. K tersentak.

(Mati kau balik nanti)

K membuka mulut tanpa bersuara ke arah Shafiq. Lelaki itu meremang seluruh tubuhnya. "Da-dahlah. Jom pergi sekarang" kata Shafiq sambil menolak tubuh Jibril.

K berjalan mengikuti Izrail. "Why did you stop him, K?" Suara Izrail membuatkan K tersentak. "Boss, kalau dia keluar habislah orang target dia" ujar K. "Apa yang kau risaukan? Kalau Shafiq yang ada dengan dia tak akan ada apa-apa jadi...jangan buat alasan K...aku tak suka penipu" kata Izrail. K menggeggam tangannya kuat. "Maaf, boss" ucapnya perlahan. Izrail menepuk bahu lelaki itu perlahan. "Aku tak nak dengar kau buat abang aku macam tu lagi, K. No, i mean Gabriel" kata Izrail.

K menganggukkan kepalanya lalu menunduk. "Baik, boss" ujarnya perlahan.

 "Baik, boss" ujarnya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kita dah sampai"

Enjin kereta dimatikan. Shafiq keluar dari kereta diikuti oleh Jibril. "Akhirnya.." Jibril menghirup udara segar itu tenang. Akhirnya dia keluar dari rumah gelap itu. "Senang eh kau, jangan risau! Nanti aku bawak kau jalan-jalan" ujar Shafiq sambil tersenyum lebar. Jibril menganggukkan kepalanya.

"Shafiq, tuan K tu benci aku ke?" Soal Jibril perlahan. Shafiq menatapnya bingung. "K memang cenderung tak suka dekat semua orang...lagi-lagi dia dekat dengan boss. Kau jangan ambik hati sangat" kata Shafiq pantas. Jibril terdiam. Bukan sakit hati tapi sedih sikit je...

"Aku yakin lama-lama nanti kau boleh berkawan dengan dia! Aku dulu pun banyak kali dah nak kena bun- eh pukul dengan dia" kata Shafiq sambil ketawa canggung. Jibril tersenyum kecil. Tiba-tiba wajah Iman memasuki ruangan mindanya. "Kau sama macam kawan baik aku, Shafiq" ujarnya lalu berjalan masuk ke dalam masjid. Shafiq tersenyum sambil mengikuti langkah kaki Jibril.

Tepat pukul 2.45 petang ketika Jibril dan juga Shafiq keluar dari masjid itu. "Aku nak makan nasi arab la" kata Shafiq sambil memegang perutnya. "Jom" ujar Jibril. Mereka berdua berjalan mendekati kereta milik Shafiq.

Tik..Tik..Tik..Tik..

Langkah kaki Shafiq terhenti saat mendengar suara aneh itu. Dia melihat ke arah keretanya lama. Jibril yang sudah membuka pintu kereta itu menatapnya hairan. "Shafiq?" Soalnya hairan. Shafiq menatap Jibril lama. "Kau! Pergi dari situ!" Jeritnya sambil berlari ke arah Jibril. Dia menolak lelaki itu menjauh dari keretanya.

BOM!

Beberapa saat kemudian kereta Shafiq meletup. Jibril tersentak. "A-apa?" Dia menatap kereta yang sudah hancur itu kosong. "Oh shit! Who the hell is that!" Shafiq tiba-tiba mengeluarkan pistol yang sentiasa dibawanya. "Jibril, jangan pergi jauh dari aku" katanya perlahan. Jibril masih lagi shock. Apa yang sedang berlaku sekarang ni?.

 Apa yang sedang berlaku sekarang ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now