BAB:13

60 5 0
                                    

Pintu dihempas kuat. Taufiq yang menghempas pintu itu mula menumbuk dinding. "Sial!" Katanya kesal. "Bro, kau tak sepatutnya cakap macam tu bila ada dekat depan miss" Daniel berkata sambil melihat ke arah pipi kanan Taufiq yang sudah melebam. "Kau tak pelik ke, sial?! Selama 3 tahun ni miss selalu kata nak bunuh Izrail tapi kenapa tiba-tiba dia sebut bangsat tu tunang dia pulak?! Aku tak boleh terima! Tak boleh sampai aku mati pun!" Wajah Taufiq memerah.

Daniel mengeluh perlahan. "Kau iri sebab miss tak tengok kau kan? Kau tau kau patutnya give up je untuk dapatkan cinta dari miss kita" kata Daniel sambil menepuk bahu Taufiq. Lelaki itu dengan pantas menepis kasar tangan Daniel. "Diam! Kalau miss tak nak bersama dengan aku lelaki mana pun dalam dunia ni tak akan dapat dengan dia!" Ujar Taufiq lalu terus pergi dari situ. Daniel hanya melihat lelaki itu pergi tanpa menghalangnya.

Sementara itu Tiffany dan Jibril sedang berbual rancak dimeja makan. "so guys, I and Izrail have decided to be together again" Tiffany berkata sambil memandang semu bawahannya yang berada disitu. Semua orang senyap. Mereka hanya diam memandang Jibril. "Miss, kami akan selalu gembira untuk miss" ujar seorang lelaki tua sambil tersenyum. Tiffany memandang lelaki tua itu ramah. "Izrail, perkenalkan...ini uncle Tobias, orang yang paling saya percaya" kata Tiffany. Jibril memandang Tobias lalu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Mood berlakonnya sudah dimulakan.

"Selamat datang kembali tuan Izrail" ujar Tobias. Jibril hanya menatapnya sahaja. Dia kini melihat ke arah jam di dinding. "Masa untuk pergi" ujar Jibril tanpa memandang Tiffany. 'Zohor... zohor....aku tak boleh terlepas solat zohor!' getus hati Jibril gelisah. Tiffany menganggukkan kepalanya. Dia tanpa banyak soal hanya bangun mengikuti Jibril. "Jumpa korang semua lagi nanti" kata Tiffany kepada bawahannya. Kedua dari mereka terus pergi dari situ.

"Miss is not like the usual miss...I can feel the difference" gumam Tobias dingin.

I can feel the difference" gumam Tobias dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Enjin dihidupkan. Jibril sambil mengumamkan bismillah dimulutnya terus keluar dari kediaman Tiffany. "Kita nak ke mana pula lepas ni? Taman permainan? Wayang? Jom la lepak lagi!" Ujar Tiffany teruja. Wanita itu melihat ke luar tingkap kereta dengan mata yang dibesarkan. "Nanti kita pergi....saya nak balik dulu solat" kata Jibril sambil tersenyum. Senyuman Tiffany memudar ketika mendengar kata-kata lelaki itu.

"Tak nak keluar dah ke? Solat tu nanti-nanti boleh kan? Awak temankanlah saya!" Katanya memujuk. Jibril hanya tersenyum. "Awak, saya ni Islam jadi awak kenalah hormat saya sikit" kata Jibril sedaya upaya bernada tenang. Tiffany mula cemberut. "Kalau awak tu Islam saya ni apa? Kristian? Buddha? Saya pun Islam jugak!" Katanya sambil memeluk tubuh. Jibril yang mendengar terkejut besar. Terus kereta diberhentikan ditepi jalan. "Awak Islam?" Soalnya seakan tidak percaya.

Tiffany mengangguk dengan wajah yang cemberut. "Saya masuk Islam 3 tahun lepas...sebab Izrail kata dia akan kahwin dengan saya kalau saya masuk Islam tapi..." Wanita itu menundukkan kepalanya. Tiba-tiba perasaan dendam terselit dihatinya semula. "Maaf saya tanya ni tapi kenapa saya tak pernah nampak awak solat?" Soal Jibril hairan. Tiffany mengerutkan dahinya. "Ish kenapa saya kena solat? Bukan ke Islam tak memaksa? Saya tak bersedia la" kata Tiffany.

Jibril terdiam. Dia mula memandu keretanya semula. Ketika perjalanan mereka pulang ke rumah Tiffany secara sembunyi melirik ke arah lelaki itu. Aku ada salah cakap ke? Wajah jibril tampak datar melihat ke arah jalan.

Kereta dimatikan. Jibril keluar dari kereta diikuti oleh Tiffany. "Nanti kita keluar selepas saya solat ye" ujar Jibril lembut. Tiffany menatap lelaki itu tajam. Ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu. Masih saja lembut tetapi auranya berubah. "Awak!" Seru Tiffany sambil menarik hujung lengan Jibril. "Iya?" Jibril memandangnya sambil tersenyum. "Awak marah ke? Saya...ada buat salah?" Soal Tiffany bingung.

Jibril tersenyum. "Saya tak marah" katanya lembut. "Betul ke?" Soal Tiffany curiga. Jibril hanya mengangguk sahaja. "Jom kita masuk...saya nak solat sekejap lepas tu kita keluar ye" kata Jibril. Tiffanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum. Mereka masuk ke dalam rumah. "Assalamualaikum" ucap Jibril.

"Waalaikumussalam, haa Jibril...aku ingat kau dah lupa nak balik rumah...ni aku tunggu kau dari tadi lagi nak solat jemaah sama-sama" Shafiq berkata sambil mencekak pinggangnya. Jibril ketawa kecil. "Aku tak lupa la. Kejap aku ambil wudhuk dulu" kata Jibril lalu terus menuju ke bilik air. Tiffany mendekati Shafiq perlahan. "Shafiq, aku nak tanya kau sikit la" kata Tiffany perlahan. Shafiq memandangnya hairan.

"Tadi aku ada bagitau Jibril yang aku ni Islam... mula-mula elok je tapi lepas tu terus dia jadi macam tu" kata Tiffany. Shafiq mengangkat satu keningnya bingung. "Macam 'tu' tu macam apa? Aku tengok elok je" kata Shafiq hairan. "Ala kau ni, Fiq. Walaupun tak nampak macam tu tapi dia macam tu!" Kata Tiffany tegas. "Macam tu apa ni?" Shafiq masih lagi bingung. "Tu macam tu la! Shafiq ni tak faham ke?" Tiffany mula hilang sabar. "Ya Allah, cik Tiffany oi...aku kalau boleh baca fikiran kau dah lama aku tau macam 'tu' tu apa! Dah la aku nak solat! Lagi bagus dari layan kau" kata Shafiq putus asa.

Lelaki itu terus masuk ke dalam biliknya meninggalkan Tiffany. "Eh senang je dia pergi masuk bilik tu? Kang aku bom bilik dia kang.." Tiffany memeluk tubuhnya sambil memandang bilik Shafiq kesal. Dia masih lagi bingung dengan apa yang dibuatnya kepada jibril sehingga lelaki itu terlihat sedikit lain.

"Cuba kau cerita dekat aku...apa yang kau cakap dekat Jibril sebenarnya"

Tiba-tiba suara K muncul dari belakangnya. Tiffany menoleh lalu memeluk tubuhnya. "Ok..." Ujarnya lalu mula bercerita. K terlihat mengeluh kecil. "Dia tak marah dekat kau tapi ada something  yang off kan mood dia..." Kata K sambil memeluk tubuh. Tiffany berfikir sambil memegang dagunya.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now