BAB:31

38 5 0
                                    

Eric menatap skrin telefon itu lalu mencampakkannya ke lantai. Wajah gadis yang diculik bawahannya dipandang sekilas lalu dia terus pergi dari situ. "Where's that brat?" Soal Eric kepada bawahannya. "Ada ada di dalam bilik dia. Mungkin masih bermain dengan mainan dia" balas bawahannya sambil membungkuk. Eric menghela nafas berat. Ini la susahnya bila bekerja dengan orang muda.

Bilik Taufiq didekatinya. Lantas pintu bilik itu dibuka paksa. "Bangun sekarang!" Katanya lantang. Pantas jeritan beberapa orang perempuan menusuk pendengarannya. Perempuan-perempuan yang hanya berlapikkan selimut itu terus berlari keluar dari situ.

Taufiq bangun dari baringnya, mamai. "Eric...kau ganggu tidur aku lagi..." Ujarnya mamai. Eric dengan pantas mendekatinya lalu memukul belakangnya kuat. "Bangun sekarang! Aku nak kau pergi jaga perempuan tu daripada kau buat anak haram dekat sini!!" Marah Eric. Tubuh Taufiq ditarik turun dari katil.

Lelaki itu dengan malasnya memakai semula bajunya. "Janganlah marah. Ok aku pergi kerja sekarang" kata Taufiq lalu terus keluar dari situ. Eric yang ditinggalkan disitu hanya memeluk tubuh dengan senyuman sinis dibibirnya. Akhirnya dia akan berjumpa dengan anak kesayangannya itu.

'You will see your son soon, my dear at wife' bisik hatinya.

'You will see your son soon, my dear at wife' bisik hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu dibuka dari luar. Semua orang yang berada di dalam ruangan itu memandang tepat ke arah kedua orang lelaki yang baru sahaja masuk ke ruangan mereka. "Assalamualaikum semua" ucap Iman. Wajah rakan-rakannya dipandang tanpa riak.

"Waalaikumussalam, kau pergi mana? Kita bukannya datang sini untuk bercuti...kita kan nak cari ketua" kata seorang wanita bertudung, kasar. Dia geram ketika melihat Iman dan Hafiz baru sahaja menampakkan diri mereka. "Kau ni jangan la marah-marah, Iqa. Kau datang bulan ke?" Soal seorang lelaki yang duduk di sebelah Iqa. Wanita itu menjeling lelaki itu tajam.

"Kau jangan la buat Iqa marah. Kang dia tendang kau japgi baru tau!" Kata Hafiz ketika melihat wajah tunangnya memerah marah. Izyan yang berada disebelah Iqa yang tersenyum lebar. Suka benar dia mengusik rakannya itu.

"Yang lain mana?" Soal Iman sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. "Pergi mana lagi? Dah kalau kau keluar merayau merata mesti la dia orang pun ikut merayau jugak!" Marah Iqa lagi. Hafiz sedaya-upaya menenangkan hati wanita itu. "Aku bukan merayau. Aku dah jumpa ketua kita" kata Iman serius. Semua orang yang berada disitu terus terdiam.

Iqa yang dari tadi duduk terus bangun dari duduknya. "Betul ke? Kau dah jumpa Jibril?" Soalnya teruja. Iman hanya tersenyum sambil mengetuk meja menggunakan jarinya. Dia harus memikirkan cara untuk membawa Jibril kembali kepada mereka. "Grup kita ni grup rahsia yang Jibril buat untuk cari keluarga dia. Aku mesti bawak dia balik ke sini dan bagitau dia tentang lelaki tu" kata Iman tegas.

Kini Izyan, Iqa dan Hafiz memandangnya serentak. Mereka tidak akan lupa tujuan utama mereka membentuk kumpulan ini. Jibril yang menjadi punca utama pembentukan kumpulan mereka hilang dua tahun yang lalu membuatkan mereka hilang arah. Dengan rancangan iman untuk mencari lelaki itu, kini mereka mencari Jibril di serata dunia sepanjang dua tahun terakhir.

Kring..kring..

Semua orang tersentak ketika kedengaran bunyi telefon Iman. Lelaki itu mengangkat telefonnya selepas memasang speaker untuk didengari oleh rakan-rakannya.

"Iman"

"Jibril!!" Iqa pantas mengambil telefon milik Iman saat mendengar suara milik ketuanya. "Oh, Shaiqa. Lama tak jumpa" kata Jibril lembut. Wanita itu tersenyum lebar mendengar suaranya. "Jibril, kau memang nak kena dengan aku kan?" Kini Izyan berkata kesal. Dimana lelaki itu selama ini?.

Suara tawaan milik Jibril kedengaran halus ditelinga mereka semua. Kali ini Iman merampas kembali telefonnya daripada Iqa. "Tengok kau ambil keputusan telefon aku ni, mesti kau nak minta tolong apa-apa kan, KETUA?" soal Iman sambil menekankan perkataan ketua itu. Jibril mendiamkan dirinya beberapa saat.

"Yes, i need some help from you" ujar Jibril setelah beberapa saat mendiamkan diri. Iman tersenyum kecil. "Jadi...pertolongan macam apa tu?" Soalnya. "Salah satu kawan rapat aku perlukan pertolongan. Seseorang yang istimewa bagi dia kena culik waktu kami keluar jalan-jalan tadi. Kau orang sudi tolong aku carikan dia tak?" Soal Jibril tenang.

"Seroja Orkid, anak kenapa Dato' Malik ke?" Soal Hafiz seakan tahu siapa yang dimaksudkan Jibril. "Iya, dia" balas Jibril. "Baik, aku akan call kau semula lepas aku jumpa dia" kata Iman lalu terus menutup panggilan telefon itu. "Kau orang dengarkan? Panggil dia orang yang lain untuk balik dan kita akan mulakan pencarian kita" arah Iman tegas.

Iqa dan Izyan dengan pantas bangun dari duduk mereka lalu terus menghubungi lagi dua ahli kumpulan mereka. Iman memandang Hafiz lalu mengangguk kecil. Lelaki itu dengan pantas membalas anggukannya lalu terus keluar dari situ.

Dari sisi yang lain Jibril menghela nafasnya lega. Wajah dingin milik Shafiq ditatapnya lama. "Aku dah minta tolong orang yang aku kenal untuk cari Orkid. Sekarang ni kau kena percayakan aku je" katanya lembut. Shafiq hanya mengangguk sambil menyentuh snipernya. Dia pasti akan membunuh orang yang menculik Orkid.

"Kau jangan risau sangat. Aku yakin kita akan jumpa Seroja" kata Tiffany ketika melihat Shafiq hanya mendiamkan diri sahaja. Beberapa jam yang lalu lelaki itu memberitahu mereka mengenai penculikan Orkid. Shafiq meminta pertolongan mereka dengan menjelaskan tentang Eric yang merupakan ayah kepada Izrail.

Wajah Jibril dipandangnya sekilas. Dia teringat akan fakta bahawa lelaki itu merupakan kembar kepada Izrail. "Sekarang ni kita kena rancang baik-baik tentang apa yang akan kita buat lepas tahu keberadaan Seroja. Shafiq, kau pergi batalkan meeting kita dengan klien tu" kata Jibril ketika teringat akan tujuan sebenar mereka datang ke Thailand.

Shafiq mengangguk. Pantas dia menelefon klien mereka lalu membatalkan meeting mereka.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now