BAB:41

32 3 0
                                    


Kereta dipandu melepasi kawasan rumah Izrail. Wajah Tiffany yang terlelap disebelahnya ditatap sekilas. Jibril tersenyum kecil. Penat betul isteri aku ni.

"Sayang, bangun. Kita dah sampai" ujar Jibril lembut. Tiffany sedikit bergerak tanpa membuka matanya. Wanita itu terlena kembali. Tawaan kecil keluar dari mulut Jibril ketika melihat Tiffany. Tubuh wanita itu diangkat lalu dia membawa wanita itu masuk ke dalam rumah. "Kita dekat mana ni, bang?" Soal Tiffany saat tersedar dari lenanya. Rumah yang terlihat asing itu dipandang bingung.

"Rumah kita" balas Jibril singkat dengan senyuman dibibir. Terbeliak besar mata Tiffany ketika mendengar balasan lelaki itu. Wajah tenang Jibril dipandang tidak percaya. "Abang ni biar betul...abang kata nak tinggal dengan yang lain jadi kenapa tiba-tiba ubah fikiran?" Soal Tiffany hairan. Jibril tersenyum kecil.

Lelaki itu berjalan mendekatinya lalu memeluk pinggangnya. "Abang tak nak orang lain tengok kemesraan kita berdua" bisik Jibril perlahan. Wajah isterinya yang sudah memerah itu membuatkan dia ketawa geli hati. "Lagi pun nanti kalau kita dah ada anak tak kan lah nak duduk lagi rumah Izrail, menyusahkan dia orang je" kata Jibril lagi.

Tiffany tersentak mendengar kata-kata itu. Wajah Jibril dipandang lama. "Abang nak anak?" Soalnya perlahan. Wajah ditundukkan tidak mahu memandang Jibril. Sudah tentu lelaki itu mahukan anak tetapi entah kenapa dia merasakan perasaan takut dihatinya.

Bagaimana kalau dia ditinggalkan kerana gemuk? Atau bagaimana kalau dia mati ketika melahirkan anak mereka?. Sungguh Tiffany tidak dapat membayangkan kejadian mengerikan itu.

Tiba-tiba dia merasakan sentuhan lembut milik Jibril. Tangan kiri lelaki itu menyentuh tangannya manakala tangan kanan membelai wajahnya. Senyuman lembut suaminya itu membuatkan dia sebak tanpa sebab. "Abang tak akan paksa sayang untuk buat perkara yang sayang tak suka. Hidup berdua dengan sayang pun dah buat abang bahagia" ujar Jibril lembut.

Air mata wanita tercintanya itu diseka perlahan. Dahi Tiffany dikucup lama. "Hak untuk mengandung atau melahirkan itu ada pada awak. Abang lebih suka kalau awak rela mengandungkan anak abang daripada terpaksa" kata Jibril lagi. Tiffany mula teresak kecil. Kenapa suaminya itu terlampau baik?. Langsung tidak memaksa mahupun memarahinya.

"Abang ni baik sangatlah!!" Ujar Tiffany sambil memeluk Jibril erat. Lelaki itu tersenyum lembut. Pelukan isterinya dibalas dengan lebih erat. "Kalau abang tak baik tak ada la sayang suka abang" usik Jibril masih lagi dengan suara lembutnya. Kedua belah pipi Tiffany dipegang lalu dia mengucup halus bibir isterinya.

"Geramnyaaa, isteri siapalah ni yeee" kata Jibril ketika Tiffany masih memandangnya dengan mata yang berkaca. "Isteri abanglah!" Balas Tiffany sambil tersenyum. Sungguh dia bahagia kerana Jibril menjadi suaminya.

"Dah jangan nangis-nangis, nak pergi tengok bilik kita tak?" Soal Jibril langsung mendapatkan anggukan dari wanita itu. Mereka mula meronda-ronda kawasan rumah itu sebelum masuk ke bilik utama. Rumah yang dibeli oleh Jibril hanyalah banglo satu tingkat.

Halaman rumah itu besar sehingga memuatkan beberapa buah kereta. Terdapat juga beberapa buah bilik serta satu dapur dan ruang tamu. Tiffany terlihat bersemangat melihat-lihat kawasan rumah baru mereka itu. "Nanti kalau Shafiq dengan Seroja dah balik sini kita ajak dia orang tengok rumah kita boleh tak abang?" Soal Tiffany teruja. Jibril mengangguk sambil tersenyum.

Tiba-tiba muncul idea nakal diminda lelaki itu. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Tiffany yang sedang sibuk melihat-lihat almari yang berada di dapur. Pinggang langsing milik wanita itu dipeluk erat. Minyak wangi yang dipakai oleh Tiffany dihidu lama. "Abang dah gembirakan hati sayang...mana hadiah abang?" Soal Jibril perlahan.

Gerakan tangan wanita itu terus terhenti mendengar suara lembut milik suaminya. Beberapa saat kemudian Tiffany berpusing lalu memeluknya erat. Jibril tersentak melihat balasan isterinya itu. Air liur ditelan ketika melihat Tiffany memandangnya lama. "E-ehem, kita nak tengok-tengok mana pula ni?" Soal Jibril lalu melepaskan pelukannya. Sedaya upaya dia menahan diri daripada menerkam isterinya sekarang.

Kaki dilangkahkan ingin pergi dari situ sebelum tiba-tiba Tiffany berlari memeluknya dari belakang. "Abang tak nak hadiah?" Soal wanita itu perlahan membuatkan Jibril terdiam kaku. Dia lalu melihat ke arah isterinya itu. Wajah memerah milik Tiffany membuatkan dia mencubit pipi isterinya itu geram.

"Mesti la nak. Jom" katanya lalu membawa isterinya itu ke dalam bilik.

"Arghh! Tak guna! Aku akan bunuh kau!! Izrail! Jibril! Kau akan mati dekat tangan aku!" Eric bagaikan menjadi gila

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

"Arghh! Tak guna! Aku akan bunuh kau!! Izrail! Jibril! Kau akan mati dekat tangan aku!" Eric bagaikan menjadi gila. Semua barang yang berada di dekatnya dicampak penuh amarah. Sudah sebulan berlalu semenjak dia melihat kedua anak tak gunanya itu.

"Tak ada guna pun kau marah-marah macam tu. Izrail dan Jibril tetap bahagia sedangkan kau menderita" Silver yang dari tadi melihat kemarahan lelaki itu mula tersenyum sinis. Sungguh dia bersemangat melihat Eric yang menderita itu. "Kau boleh diam tak?! Aku minta tolong kau hari tu tapi mana kau?! Tak berguna!!" Marah Eric kesal.

Pandangan mata Silver mula menajam ketika mendengar kata-kata itu. Pantas leher Eric dicekik kuat. Terangkat badan lelaki itu ketika dicekiknya. "Kau yang tak berguna! Aku boleh bunuh kau bila-bila masa je la! Kalau tak disebabkan aku masih tak jumpa Gabriel dah lama la kau mati! Sial!" Tubuh Eric dicampak penuh amarah.

Wajah cerah milik Silver mula memerah. Tangannya menggeletar akibat menahan dirinya daripada membunuh Eric. "U-uhuk uhuk! K-kau tak akan boleh bunuh aku! Kita ada di pihak yang sama!" Kata Eric sambil memegang lehernya. Silver menatapnya dingin. "Cari Gabriel. Kalau tak aku sendiri yang akan selesaikan hal ni tanpa sempat kau bunuh anak kau tu" katanya dingin.

Eric menumbuk dinding setelah dia memastikan lelaki tinggi itu pergi dari situ. Wajahnya memerah. "Aku akan bunuh kau.... Izrail... Jibril...dan kau Silver.." gumamnya berkali-kali. Senyuman terukir lebar dibibirnya. Dia mula membayangkan darah segar yang akan keluar dari tengkuk mereka bertiga.

AKU JIBRIL BUKAN IZRAILNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ