BAB:4

88 5 0
                                    

"Ma-macam mana?"

"Well listen, i Don't want to say much so you..have to work with me, Jibril Haykal" kata Izrail tanpa berbasa-basi. "Apa?" Jibril tidak dapat memahami apa yang dikatakan lelaki itu. Aku mana tahu inggeris!. Izrail mengeluh lelah.

"Kau akan kerja dengan aku mulai sekarang. Jangan risau tentang duit sebab kerja ni akan menguntungkan kau" ujar Izrail sambil tersenyum. Jibril terdiam. Sungguh tawaran itu mengiurkannya yang sedang membutuhkan wang. 'Tapi...ada benda pelik tentang tawaran ni..' getus hati Jibril. "Apa keuntungan yang akan tuan dapat dengan ambil saya kerja? Tawaran ni..nampak berat sebelah" kata Jibril.

K sedikit kagum melihat kebijakan jibril itu. "Dengar...aku Rizz Izrail, umur 25 tahun dan golongan darah aku pun AB...aku kaya dan berkuasa tapi satu benda je yang aku tak pernah rasa...kebebasan" kata Izrail perlahan. Dia menatap jibril lurus. "Kalau saya ambil kerja ni apa yang akan saya dapat?" Soal jibril ingin tahu. Izrail mengukirkan senyumannya.

"Whatever you want...dari tempat tinggal sampaikan ke pembantu semuanya kau dapat...termasuk nama aku Rizz Izrail" kata Izrail. K tersentak mendengar kata-kata tuannya itu. "Dan yang tuan dapat?" Soal Jibril lagi. "Freedom...kebebasan yang selama ni aku nak. Kau jangan risau tentang hutang kau sebab kami akan jadi penjamin kau" kata Izrail sambil tersenyum.

Jibril berfikir sambil menyentuh dagunya. "Saya minta satu permintaan, tuan" katanya selepas lama mendiamkan diri. "Apa dia?" Soal Izrail. "Tolong lindungi keluarga saya. Kalau tuan boleh jamin benda tu hidup sebagai tuan seumur hidup saya pun saya sanggup" ujar Jibril membuatkan Izrail tersenyum lebar. "Kerja senang la!" Katanya bersemangat. Jibril menghulurkan tangannya ke arah Izrail.

"Kalau macam tu, sepakat"

"Ok, deal"

Kedua lelaki itu berjabat tangan sambil mengukirkan senyuman mereka. Bulu tengkuk K menegak. 'Aku tahu yang muka diorang sama tapi sampai senyuman pun sama menakutkan ni kenapa?' getus hati K hairan.

"Disebabkan kita dah sepakat sekarang ni aku akan bagitau kau beberapa perkara penting" ujar Izrail. Jibril menganggukkan kepalanya. "Hanya aku, K dan Shafiq sahaja yang tahu identiti sebenar kau...jangan bagitau sesiapa pun dan jangan dekat dengan sesiapa pun selain K dan Shafiq" kata Izrail sambil memeluk tubuh.

"Kenapa?" Soal Izrail hairan. "Aku banyak musuh, bro. Aku dah buat ramai orang benci aku sampai-sampai diorang akan datang bunuh aku bila-bila masa pun aku lengah...kau tak boleh senang-senang je bagitau orang asing yang kau tu Jibril Haykal" kata Izrail. Jibril mula bingung. Sebenarnya kenapa dia perlu menyembunyikan identitinya?.

"Boleh saya tau kerja apa yang sebenarnya saya dapat ni? Sampai kena sembunyikan identiti bagai" soal Jibril hairan. Izrail tersenyum licik. "Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi? You will get anything you want including my name...kau akan kerja jadi aku" kata Izrail. Jibril tersentak. K sudah mengeluh berat.

"Ja-jadi tuan?"soal Jibril tidak percayam Izrail menganggukkan kepalanya. "Itu benda senang, Jibril. Kau cuma kena ubah diri kau untuk jadi macam aku" kata Izrail. Jibril terdiam. "Tapi sebelum kau jadi aku..kau kena belajar banyak benda. Dari A sampai Z lagi-lagi bahasa inggeris...K yang akan ajar kau semua tu mulai sekarang...ok la aku pergi dulu" ujar Izrail lagi sambil melambai kecik ke arah Jibril.

Jibril menjadi tidak terkata-kaya. Dia memandang K bingung. "Disebabkan kau dah setuju jadi mulai sekarang kau kena berlatih bahasa inggeris.." kata K, tidak menghiraukan pandangan mata Jibril. Lelaki berambut perang itu memberikan beberapa helai kertas kepada Jibril. "Baca semua ni setiap hari lepastu datang kat aku. Tak ada alasan untuk kau tak nak buat" kata K lagi.

Jibril memandang kertas-kertas yang diberikan K itu lama. Muncul perasaan menyesal dihatinya. "Tapi tuan K, inggeris tu susah" kata Jibril sambil membuat muka. K memandang Jibril dengan satu kening yang terangkat. "Jangan cakap susah bila kau tak cuba pun lagi...aku waktu mula-mula belajar bahasa melayu pun rasa macam nak bunuh diri tapi berjaya jugak" kata aku sambil memeluk tubuh.

"Wow.." Jibril menatap K kagum. "Ye mengagumkan, kan?Jadi janganlah mengeluh sebelum cuba" ujar K lagi. Jibril tiba-tiba bersemangat. " Ingat Jibril Haykal, aku tak nak kau kotorkan nama boss aku dengan kebodohan kau tu...kalau kau tak nak jumpa tuhan kau tu awal jadi janganlah buat hal" ujar K, mengancam Jibril.

"Ba-baik" kata Jibril gugup. Sejujurnya dia tidak tahu apa pekerjaan lelaki itu tetapi kata-katanya memberikan dia sedikit petunjuk.

 Sejujurnya dia tidak tahu apa pekerjaan lelaki itu tetapi kata-katanya memberikan dia sedikit petunjuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AKU JIBRIL BUKAN IZRAILWhere stories live. Discover now