Prolog 💥

7.3K 206 4
                                    

Setelah menempuh perjalanan yang cukup lama,dia memutuskan untuk berhenti berehat.Badan seperti sudah tidak terasa sakit nya kerana terlalu lama duduk dibangku kerusi.Perjalanan dari Selangor ke Terengganu amat lah jauh.Apatah lagi,jalan yang selalu sesak tidak kira hari bekerja ataupun hujung minggu.

Mata menatap orang orang yang mahu masuk kedalam masjid.Masjid ini besar.Orang memanggil nya sebagai Masjid Kristal.Perlahan lahan tangannya membuka pintu kereta.Dia mahu solat,lagipun azan baru sahaja selesai dilaungkan tadi.

Ketika dalam perjalanan mahu pergi kesana.Dia terhenti kerana terdengar alunan suara membaca alquran.Kaki pegun berdiri tapi anak mata mencari siapakah empunya suara.

Suaranya lunak dan merdu.Hatinya seperti berdebar debar.Tiba tiba dia menatap sosok seorang gadis yang bertutup litup.Wajahnya tidak kelihatan dan hanya terlihat mata sahaja.Semakin dia mendekati gadis itu,semakin kuat suaranya membaca alquran.

Dia terdiam.Dihayatinya bait bait ayat alquran yang dibaca gadis tersebut.Setelah diteliti,gadis itu sepertinya membaca surah Maryam.Dia tersenyum kecil.Surah Maryam memang dihafalnya sedari kecil.Itu surah yang ibunya selalu pesan untuk dibaca selain surah surah yang lain.

Gadis itu akhirnya sadar yang selama ini ia diperhatikan.Matanya dikalihkan menatap lelaki itu.Dengan pantas dia kalihkan lagi matanya.Tak mampu menahan pandangan ajnabi dihadapan nya ini.

"Erm,maaf kalau saya ganggu awak" lelaki itu cuba bersuara.Ingin mendekati gadis misteri dihadapan nya ini.

Gadis itu masih menunduk.Tak ada satu patah pun perkataan keluar dari mulut nya.

"Saya suka dengar alunan bacaan alquran awak" Lelaki itu berkata jujur.Dia takkan sembunyikan fakta yang memang sepatutnya orang ramai ketahui.

Gadis itu hanya diam.Dia berdiri dari bangku kerusi nya dan terus pergi.Tidak memandang lelaki itu walau sekilas.

Lelaki itu masih setia menatap si gadis.Ingin mengenali lebih dekat tapi sepertinya gadis itu susah untuk didekati.Tapi sumpah,hatinya bagaikan berbunga bunga kala dekat dengan gadis itu.

Mereka tidak pernah kenal.Tidak pernah berbual.Tidak pernah bertemu sebelum ini.Tapi perasaan yang hadir itu,cukup membuatkan dia sadar yang Allah sudah memberikan nya petunjuk tentang masa depan nya.

"Ada jodoh kita bertemu lagi"



Everything has an end but my love for you never ends.

Luth HuzaimanTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang