14💥

2K 137 18
                                    

Mata menatap bulan untuk terakhir kali sebagai seorang bujang. Tak dinafikan,perasaan sebak mulai menguasai diri. Rasa sayu yang menyayat hati dibiarkan berlalu. Cinta..

Satu perkataan yang tak pernah Luth fikirkan selama ini. Tapi apabila bertemu dengan Anna. Semuanya berubah. Ayat ayat manis yang terlontar keluar dari mulutnya,semuanya dari hati kecil yang penuh kejujuran. Tiada dusta disana.

"Luth.." Luth tersentak. Dia toleh kebelakang. Terlihat ibunya yang sedang menghampiri. Luth senyum kecil.

"Iya bu?" Puan Latiff mengambil posisi duduk disamping Luth. Tuan Naem sudah lama dipeluk mimpi indah. Penat katanya kerana sibuk menolong orang sembelih lembu.

"Masih tak tidur? Dah pukul 12 ni. Nanti ngantuk,dah mengarut kamu cakap nanti." Luth tertawa. Wajah ibunya dipandang kasih.

"Luth tak ngantuk lagi. Saja nak duduk sorang sorang. Last day jadi bujang kan? Haha." Puan Latiff hanya tersenyum mendengar tutur bicara Luth. Tangan tuanya memegang tangan Luth erat.

"Eh." Luth kaget tapi sekejap sahaja bila Puan Latiff mengelus tangannya lembut. Rasa tenang saat ini.

"Luth,dah jadi suami orang. Tanggungjawab nya besar. Kalau gaduh,cepat cari punca masalah dan selesaikan. Jangan tarik muka. Allah tak suka."

"Didik isteri kamu kearah yang benar,jangan pernah buat dia terasa hati. Hati perempuan ini lembut. Jadi lepas kahwin,jangan pernah naik suara dengan dia ya? Ibu tahu anak ibu. Kalau dengan ibu bapa pun Luth tak berani naik suara,apatah lagi dengan isteri kan? Orang yang paling Luth cinta?"

"Lepas nikah,ibu tak cakap kamu akan terus bahagia tanpa ada ujian. Kalau ada,jangan cepat mengalah. Pegang erat setiap tiang masjid yang kamu bina agar tak roboh ditengah jalan. Lahirkan anak yang soleh dan solehah. Penerus kamu dan Anna. Penerus umat islam. Didik dia. Jadikan semua layar yang kamu lihat sekarang sebagai pengajaran. Paham Luth?"

Luth angguk tanda paham. Semua nasihat ayah dan ibunya sudah tersimpan kemas didalam hati. Dia akui,ibu dan ayahnya banyak memberi nasihat padanya. Tak kira masa dan tempat.

"Dan yang paling penting. Andai pernikahan kamu tak kekal lama. Ibu nak kamu pulangkan Anna dengan cara yang baik kepangkuan keluarganya. Macam mana kita ambil,macam tulah kita pulangkan. Tapi ibu harap itu takkan terjadi. Boleh?" Luth mengenggam erat tangan ibunya.

"Luth kalau dah sayang,Luth takkan lepaskan. Percaya Luth,ibu." Puan Latiff mengusap lembut pipi anaknya. Menatap sayu wajah tampan Luth.

"Ibu tahu,jadi ibu nak Luth buktikan kata kata Luth. Ok?"

"InsyaAllah. Doakan Luth."

***

"Jah! Gula jangan letak banyak sangat! Orang kampung ni kadang tak suka yang manis manis!" Riuh kawasan pondok itu dengan suara orang kampung sedang merewang. Mereka tak menggunakan hidmat katering kerana lebih suka melakukan aktiviti merewang. Katanya lebih merapatkan silaturahim sesama umat.

Luth kadang tertawa. Bising betul diluar. Tapi dia suka. Kejap,terdengar suara anak anak pondok sedang membaca Alquran. Luth tersenyum lebar. Hari ini,hari yang dia nanti nantikan. Dimana dia bakal bergelar suami Anna Masyurah.

"Kacaknya anak ibu ni." Luth menoleh. Ibu dan ayahnya tersenyum manis kearahnya. Cantik. Nampak muda! Mereka hari ini berpakaian serba putih. Sang pengantin pula memakai warna navyblue. Memang sesuai!

"Luth dah sedia?" Soal Tuan Naem sambil tangan membetulkan songkok dikepala Luth. Luth sengih. Sedia? Entahlah,dari tadi dirinya tak berhenti berdebar debar.

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now