01💥

3.4K 166 2
                                    

"Dengan nama siapa?"  Tanya seorang pekerja hotel kepada lelaki dihadapan nya ini.Mata melihat senarai nama, tercari cari siapakah gerangan lelaki segak dihadapan nya ini.

"Luth,Luth Huzaiman."

Pekerja hotel itu menatap lagi dan lagi senarai nama itu. Perlakuannya terhenti kala matanya bertemu dengan nama lelaki tersebut.

"Baiklah, Tuan boleh pergi ke bilik 131C ditingkat 4.Ini kunci bilik nya." Pekerja hotel itu memberikan kunci kepada Luth. Luth menyambutnya dengan senyuman hangat.

Tidak sabar rasanya untuk berehat dikatil hotel ini. Badannya pula sudah mulai melekit. Tidak sabar rasanya mencurahkan air kebadannya. Luth mengorak langkah untuk menuju ke bilik beradunya.

Besok dia harus pergi ke satu kampung ini yang terletak jauh dari bandar-bandar Terengganu. Hal ini kerana, dia mahu mencari tanah untuk mendirikan rumah anak yatim untuk anak-anak yatim yang terbiar tidak diurus diluar sana.

Luth meletakkan beg kerjanya keatas meja yang berada didalam bilik tersebut. Tali leher dibuka dan dicampak keatas katil. Luth mencapai tuala yang disediakan lalu ke kamar mandi. Saat ingin kekamar mandi, tiba tiba Luth teringat gadis misteri yang berada di Masjid Kristal tadi.

Luth tersenyum kecil.Tak pernah dia begini dengan mana-mana perempuan.Walau tidak sampai 5 minit mereka bertemu tapi sudah hadir perasaan kasih diantara Luth pada gadis misteri tersebut.

Dia ingin bertemu gadis itu kembali. Kalau benar gadis itu adalah jodohnya, Allah pasti akan temukan.

•••

Seawal jam 8 pagi, Luth sudah bergerak kedestinasi tujuan. Mengikut petunjuk, Luth akan sampai kesana dalam pukul 9:15 pagi. Kawasan kampung itu terletak jauh dipinggir bandar, itulah sebab kenapa Luth bergerak awal bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas.

Dalam perjalanan, Luth melihat sekitarnya yang tiada apa apa. Cuma pohon besar yang menghalangi pemandangan ke luar. Luth berdoa agar dia sampai dengan selamat tanpa ada malang menimpa nya.

Setelah 45 minit memandu, akhirnya Luth melihat kawasan perumahan disana. Terlihat orang-orang kampung yang sedang berjual beli. Luth teruskan lagi perjalanan kerana sebentar lagi ia akan sampai.

Mengikut petunjuk yang diberi. Luth sudah sampai, tapi dihadapannya ini cuma ada rumah panjang berbatu bata yang bertulis "Pondok Cahaya Murni".

Lamunannya terhenti kala jendela keretanya diketuk dari luar. Terlihat ada seorang lelaki dan seorang wanita yang sopan pakaiannya.

"Assalamualaikum." Sapa lelaki itu. Senyuman manis diberikan pada Luth. Luth menjawab salamnya sambil membuka pintu kereta. Tidak sopan pula kalau dia terus duduk saja didalam kereta.

"Anak ni, Luth ya? Dari Selangor?" Luth mengangguk tanda mengiyakan.

"Maaf bertanya, Tuan dan Puan ini siapa ya?" Luth bertanya ingin tahu.

"Tak perlu panggil Tuan Puan. Saya Khaleed dan ini isteri saya Rani. Pelajar disini memanggil kami, umi dan abah." Jelas Abah Khaleed berkata.

Seperti pernah dengar. Luth berfikir keras dimanakan dia pernah mendengar nama ini. Hampir semenit Luth seperti itu sebelum dia menepuk dahi.

"Allahu..,maafkan saya sebab tak ingat. Pakc-- maksud saya abah ni yang disuruh ayah saya untuk datang bertemu itu. Iya kan?" Abah Khaleed mengangguk.Luth tersenyum girang dan langsung menyalam tangan Abah Khaleed. Umi Rani disamping, Luth berikan senyuman manis tanda menghargai.

"Jemput masuk Luth, kita sembang sembang." Abah Khaleed memperlawa Luth masuk. Luth mengikuti jejak langkah Abah Khaleed. Diperjalanan, sempat matanya menatap sekumpulan lelaki muda yang sedang membaca Alquran didalam surau.

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now