08💥

1.9K 115 4
                                    

Hari ini hari minggu, Luth bosan duduk diam sahaja dirumah. Dia berjalan kesekitar pondok untuk mencari sesuatu bagi menghilangkan kebosanannya. Tiba tiba,matanya terpaku pada Anna yang duduk termenung dikerusi menghadap kearah jalan raya. Luth ukir senyum girang,dia langsung berjalan menuju ke Anna.

"Assalammualaikum." Sapa Luth yang membuatkan Anna kaget. Anna menatap Luth sambil menjawab salam.

"Boleh saya cakap dengan awak?" Anna menatap sekeliling. Mencari cari apa mungkin ada yang menemani Luth saat ini. Luth seperti menyadarinya,dengan pantas dia berlari meninggalkan Anna sebentar.

Anna mengerutkan dahinya. Seperti angin yang berlalu,Anna hanya menghiraukan sahaja. Selang beberapa minit,Luth datang kembali. Bezanya,ada Fawwaz yang menemani.

"Saya dah ajak Fawwaz,jadi awak tak perlu lah risau." Anna hanya mengganguk sahaja. Mata masih terpaku menatap kearah jalan. Tanpa bertanya,Luth duduk dikerusi yang terletak dihadapan Anna.

"Awak ada tanya kan semalam? Boleh saya bercerita dengan awak? Mungkin nanti saya akan dapat jalan penyelesaiannya?" Luth menatap Anna dengan harapan yang tinggi. Moga Anna memberi izin untuk dia bercerita.

"Katalah." Ujar Anna sepatah. Luth tersenyum tipis. Fawwaz disamping buat tidak peduli. Dikeluarkan telefonnya dari poket lalu memainkannya.

"Sebab awak perempuan,pasti awak tahu bagaimana mahu mengubah sesama hawa." Anna menatap Luth sekilas. Cuba memahami ayat ayat Luth.

"Saya cuba." Anna hela nafas pelan. Sebenarnya,dia bukan tahu sangat pun untuk menasihati orang. Dirinya sahaja masih kadang tercungap cungap mencari kebenaran yang hakiki.

"Saya ada adik,namanya Elnara. Muda setahun dari Fawwaz..." Anna angkat kening sebelahnya,menyuruh Luth meneruskan ayat yang terhenti.

"Saya mengaku saya masih belum terlalu baik tapi sebagai seorang abang,takkan pernah terdetik dihati ni membiarkan sahaja tingkah laku adik yang terpesong jauh."

"Saya tak mahu membuka aib adik saya,tapi awak pasti tahu kan maksud dari terpesong jauh? Saya cuma takut,andai kata nanti tiada siapa disisinya. Perlahan lahan,syaitan menahluki hidup nya. Umur masih terlalu muda,bila ditegur akan selalu menjawab 'darah tengah panas'."

"Ibu dan ayah dah berbuih mulut menegur. Tapi entahlah,terbuat dari apa hatinya. Selalu melenting dan buat bodoh sahaja.." Diakhir ayat,Luth mengeluh pelan. Sakitnya hati kala memikirkan prihal adik nya. Apa lagi yang kurang?

Andai masa boleh diputar kembali,pasti ayah takkan pernah memanjakan dia.

Melihat Abah Khaleed yang berjaya mendidik anak nya membuatkan Luth terkilan. Keluarganya bukan keluarga yang membiarkan anak tanpa ada ilmu didada. Tapi,Elnara ni lain..

Keras hatinya seperti darah yang mengalir ditubuh nya.

Anna terdiam seketika. Lidahnya kelu mahu menjawab. Kalau tersalah cakap pasti Luth akan terasa hati. Anna memikirkan sesuatu. Sesuatu yang boleh membuat soalan Luth itu terjawab. Tapi belum sempat Anna ingin menjawab,Luth terlebih dahulu mengeluarkan kata kata.

"Saya nak dia jadi macam awak Anna,bagilah nasihat yang terbaik. Akan saya cuba sampaikan padanya nanti."

Mendengar bicara Luth membuatkan hati kecil Anna tersentak. Ingin jadi seperti dirinya?

"Jangan memaksanya terus menjadi seperti yang awak nak,Luth. Lain orang lain cara Allah sampaikan hidayah nya. Kalau awak terus memaksa dirinya,takut nanti dia hanya sekadar jadi seperti yang awak mahukan. Bukan dia yang sebenarnya." Luth berpusing lalu menatap kearah jalan.

"Saya cuma nak dia tutup aurat. Kasihan ayah nanti diakhirat."

"Kalau awak dan keluarga awak dah menegur dirinya,terlepas tanggungjawab awak nanti disana. Hufft..saya pun sebenarnya tidak tahu macam mana nak cakap,sebab diri saya pun masih belum terlalu baik untuk bercakap hal ini."

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now