03💥

2.1K 115 4
                                    

Pagi pagi lagi Luth sudah dibangunkan Abah Khaleed untuk solat bersama disurau.Awalnya Luth tidak mahu kerana masih lelah dan jam masih menunjukan angka 4.30 pagi.Tapi kala melihat kesungguhan Abah Khaleed,Luth turuti juga.

Luth menatap kearah pelajar lelaki yang sedang membaca Alquran.Semuanya sudah duduk disaf masing masing.Luth ukir senyum kecil.Hatinya seperti terdetik untuk mengambil Alquran.Selalunya,dia hanya sempat solat subuh sahaja kerana mengejar waktu bekerja.Tapi sekarang dia duduk di sini,jadi dia harus menyesuaikan diri dengan tempat ini.

Luth melamun sambil memikirkan Anna.Hatinya pedih kala Anna memarahi nya semalam.Tapi dia tidak kecil hati,lagipun itu semua salahnya.Takkan dia mahu menunding jari kearah Anna saat yang salah sekarang datang dari dirinya sendiri.

Tak sadar berapa lama Luth melamun.Luth dikejutkan dengan laungan iqamah dari pelajar lelaki.Luth bangun bagi merapatkan saf.Matanya menatap siapa yang bakal menjadi imam.

"Lah,kecil rupanya" suaranya pelan tapi masih terdengar ditelinga orang sebelahnya.

"Kecil kecil pun,bila baca surah.Mahu menangis kita,bang" Luth menatap kearah sampingnya.Dia kenal sangat dengan lelaki muda ini.Lelaki muda ini yang dia ajak borak semalam.

Nizam namanya.Luth tersenyum lalu kembali fokus saat imam sudah kuat suaranya menyuruh mereka merapatkan saf.

Ternyata apa yang dikatakan Nizam semuanya benar.Suara pelajar lelaki itu sungguh lunak.Hampir air matanya menintis kerana terbawa suasana.

Selesai solat subuh,Abah Khaleed mengajak Luth makan bersama.Luth mengikuti sahaja,lagipun nanti 10 pagi Luth dan Abah Khaleed akan pergi mencari tanah.Katanya ada satu tanah kosong yang cukup luas berada tidak jauh dari sini.

"Selesa Luth tinggal disini? Maaflah rumah abah,sempit" Luth terhenti dari memasukkan nasi goreng ke mulut nya.Luth tersenyum kecil.

"Mana ada sempit,selesa lagi adalah.Sejuk je pagi pagi"

"Duduk dikampung Luth,kalau tak sejuk masa pagi jangan cakap duduk dikampung" Luth tertawa kerana lucuan Abah Khaleed.

Abah Khaleed meletakkan sudu dipinggan setelah selesai.Diambilnya tisu lalu mengelap sisa makanan yang berada dimulut.

"Fawwaz kata semalam,Anna ada marah marah.Betul ke?"

Deg.

Luth gigit bibir.Dia tak tahu bagaimana untuk jelaskan.Kang salah cakap,mahu dihalau dia dari sini.

"Abah tahu dari mana?"

"Dari Fawwaz,kenapa Luth?" Abah Khaleed menatap lama kearah Luth.Ada apa apa yang terjadi semalam ke?

Anna jarang nak marah orang.Apa yang Luth lakukan sampai membuat gadis itu menjadi sebegitu rupa?

"Salah Luth bah..Luth tersentuh jubah dia,tapi berlapik." Suara Luth sudah mengecil.Biarlah Abah Khaleed mahu marah sekalipun.Dia sudah jujur,tak tenang pula kalau dipendam sahaja.

"Macam tu ceritanya,lain kali berhati hati lah ya,Luth.Kalau kamu suka padanya tak perlu sampai bertindak jauh macam tu.Kalau kamu baik dengan dia,InsyaAllah dia baik semula pada kamu" ucap Abah Khaleed panjang.

"Mana ada suka bah,lagipun mana mahu dia nak bersama dengan saya.Sudahlah,tutup cerita soal Anna.Luth datang kesini untuk mencari tanah." Habis bercakap Luth menunduk,menutup kegusaran didalam hati.

Abah Khaleed bangun.Dia mahu beredar kerana ingin berbicara dengan pelajar lain nya.Sebelum pergi,Abah Khaleed menepuk pundak Luth pelan.

"Abah lelaki juga,Luth.Tak pernah salah dan takkan pernah salah muncul cinta diantara manusia.Selagi perkara itu tak mendatangkan dosa bagi kamu,tidak apa apa" Abah Khaleed berlalu pergi meninggalkan Luth sendirian.

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now