10💥

2K 120 9
                                    

Selesai bacaan yassin,Luth tanpa menunggu lama terus pergi menemui Anna. Dia ingin tahu apakah jawapan yang akan diberi Anna nanti. Abah Khaleed dan Fawwaz juga Luth seret sama. Lagipun,itu janji Anna padanya kan? Dia akan memberitahu jawapan dihadapan Abah Khaleed dan Fawwaz.

Fawwaz menatap Luth yang mundar mandir dihadapannya ini. Fawwaz tersenyum kecil. Paham sangat akan keresahan dihati kecil Luth. Anna pula,dari tadi ditunggu tidak sampai sampai. Dimanakah Anna bersembunyi sekarang ini?

Abah Khaleed menatap jam ditangan. Sepertinya sudah hampir 10 minit mereka disini. Tapi bayangan Anna tak kunjung tiba. Alahai anak saudaranya yang satu ini. Dimanakah dikau sekarang?

Luth gigit bibir. Hatinya asik berdebar sedari tadi. Jangan jangan,bukan jawapan yang baik Anna bakal tuturkan. Luth hela nafas pelan.

Mata menatap kedepan kala telinga mendengar suara tapak kaki berjalan kearah mereka. Luth mengecilkan matanya. Berpakaian serba putih. Ha sudah. Hantu ke?

Fawwaz dan abah juga turut sama melihat. Mereka kerut dahi. Tak pernah melihat sesiapa berpakaian serba putih disini. Selalunya,mereka akan berpakaian penuh berwarna hitam. Jadi? Siapakah gerangan yang menjadi tarikan mereka saat ini?

"Assalamualaikum." Suara itu. Luth gosok matanya lagi. Dia tak salah dengar. Itu suara Anna.

"Waalaikumussalam,ini Anna ke?" Abah Khaleed bertanya pelan.

Anna mengangguk sambil menunduk malu. Kenapa? Terlalu menyerlah ke? Anna mengutuk tindakkan nya. Sebenarnya dia mahu pakai baju biasa sahaja yang berwarna hitam. Tapi entah kenapa,dia mahu pakai yang berwarna putih pula kali ini.

Luth tak berkelip matanya memandang kearah Anna. Dia terkesima. "Seperti bidadari.."

Anna semakin menunduk. Malunya dia sekarang ini.

"Anna? Apa jawapan awak?"

Kali ini,Anna tersentak. Nak cakap ke taknak. Tapi sumpah sekarang dia tengah malu.

Umi Rani datang dari belakang lalu memeluk bahu anak saudaranya ini. Untuk pengetahuan semua,Umi Rani lah yang menyiapkan Anna malam ini.

Abah Khaleed menatap kearah isterinya sambil tersenyum kecil. Luth dikerling sekejap.

"Saya..."

"Saya apa?"

Anna gigit bibir. Ya Allah,tolong aku.

"Tapi sebelum awak tahu jawapan saya. Saya nak tanya awak beberapa soalan. Jawap jujur. Jangan bohong."

Luth masih dengan senyuman manisnya. "Tanyalah Anna,seribu soalan pun saya sanggup jawab."

Anna menarik nafasnya pelan.

"Kenapa suka saya? Apa sebabnya awak boleh jatuh hati pada saya? Saya cuma gadis biasa seperti gadis pada umum nya. Apa yang spesial  sampaikan awak boleh sukakan saya? Jawab jujur Luth,saya terima dengan seikhlas hati."

Luth ukir senyum lebar. Itu rupanya soalan yang Anna mahu tahukan jawapannya.

"Kenapa saya suka awak? Saya suka awak sebab Allah dah aturkan semuanya."

Melihat dahi Anna yang berkerut membuatkan Luth tertawa kecil.

"Ok ok,ini yang betul. Secara jujurnya,saya suka awak sebab suara merdu awak ketika baca Alquran. Tapi,setelah saya selam lebih jauh. Hati saya sukakan awak,bukan sekadar kerana suara awak. Saya kasih,sayang,cintakan awak kerana peribadi awak,Anna. Awak baik,tak seperti gadis lain yang pernah saya temui."

"Awak susah untuk saya dapat Anna. Awak sering mengelak dari saya. Dulu,saya fikir mungkin bila awak buat macam tu,cinta saya pada awak akan semakin pudar. Tapi rupanya tak,malah dia semakin mekar bagai bunga ditaman. Apa yang spesialnya? Saya tak tahu nak jelaskan macam mana Anna. Susah untuk saya katakan. Apa apa perkataan,ayat didunia ini tak mampu untuk gambarkan sejauh mana kata spesial itu untuk saya."

Luth HuzaimanDove le storie prendono vita. Scoprilo ora