05💥

1.8K 105 3
                                    

"Ada apa Luth?" Soal Abah Khaleed sambil meletakkan surat khabar keatas meja.Mata menatap Luth lama.

Luth ukir senyum kecil.Tangan digosok agar merasa tidak terlalu gugup.Tarik nafas pelan supaya tidak kelihatan terlalu gelabah.

"Luth?" Abah Khaleed bersuara lagi.Aneh pula dia kali ini.Luth tak pernah macam ni.

"Abah,kalau Luth kata ni jangan marah ya?" Pesan Luth.Abah Khaleed mengangguk tanda mengiyakan.

"Cakap dulu.Kalau benda tu tak salah,insyaAllah abah tak marah"

Makin berdebar hati Luth kala ini.Dia tak tahu macam mana reaksi Abah Khaleed nanti.Adakah dia akan dimarahi? Luth melepaskan keluhan berat.

"Abah,Luth nak kawan dengan Anna" sepantas kilat Luth berkata kata.Terlampau laju sampaikan Abah Khaleed kurang jelas mendengarnya.

"Apa Luth?"

"Luth cakap,Luth nak kawan dengan Anna.Boleh?" Kali ini Luth lebih pelan suaranya,berharap Abah Khaleed mendengar segala apa yang dia sampaikan tadi.

"Kenapa cakap kat abah?"

"Anna kata kalau nak kawan dengan dia harus minta izin abah dahulu" jawapan Luth membuatkan Abah Khaleed tertawa pelan.Luth sudah berkerut dahi.Kelakar sangat ke ayatnnya ini?

"Kamu nak berkawan dengan Anna lah ni?" Abah khaleed ukir senyum penuh makna.Dia tahu sangat akan perasaannya Luth ni.Terlalu ketara dan Luth pula seperti tidak pandai untuk menutupinya.

Luth mengangguk pelan.Berharap yang Abah Khaleed memberi jawapan yang dia mahukan.Menjadi kawan Anna dapat memudahkan Luth mendekatinya.Bak kata orang putih,step by step.

"Macam ni lah Luth,kamu pun duduk sini belum sampai seminggu jadi macam tak patut pula abah bertanya" Luth pantas menggeleng.

"Abah tanya je,Luth akan jawab dengan sejujurnya." Badan nya mulai menegak.Menunggu soalan keluar dari mulut Abah Khaleed.

Abah Khaleed tarik nafas dalam dalam.

"Kamu ni Luth,abah lihat macam sukakan Anna.Betul tak sangkaan abah ni?"

Allahu,soalan perangkap.Luth senyum kelat.Takkan dia mahu menipu,baru sahaja tadi dia berjanji untuk berkata benar.Mata menatap sekeliling nya.Sengaja melengah kan waktu untuk mencari jawapan yang tepat.

"Jawapan kamu nanti ada hubungan nya dengan jawapan abah." Kata abah yang membuatkan Luth sudah gelabah.

Salah cakap pasti takkan dapat dia berteman dengan Anna.

"Kita lelaki Luth,katakan sahaja.Abah bukan marah pun kalau kamu sukakan Anna.Lumrah manusia kan? Pasti bakal muncul peras--"

"Ye,Luth sukakan Anna."

Mendengar bicara Luth membuatkan Abah Khaleed lebar senyumannya.Kan senang kalau dari awal Luth cakap,tak ada lah dia menunggu.

"Sejak bila?"

Alahai,dah membiak pula persoalan nya.Tapi,sejak bila ya?

Dimana ya Luth jatuh cinta dengan Anna? Di Masjid Kristal? Di surau? Di rumah Pakcik Daud? Atau tadi?

Tapi yang pasti,cinta itu semakin marak kala Luth bertemu dengan Anna lagi dan lagi.

Ah ya,dia sudah tahu.Dia mula sukakan Anna sejak mereka bertemu di Masjid Kristal.Mendengar suara Anna membuatkan hatinya luluh untuk menerima Anna masuk kedalam hatinya.

"Tak tahu,tapi Luth rasa Luth mula sukakan Anna sejak Luth bertemu Anna diMasjid Kristal" jawab Luth tanpa menatap kearah Abah Khaleed.Malu pula kala bercerita soal perasaan pada orang yang tidak selalu dia bercerita.

Luth HuzaimanUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum