11💥

2.1K 118 3
                                    

Luth menatap lama Anna yang sedang lena,matanya sejak tadi tak dialihkan dari terus menatap wajah cantik itu. Fawwaz memegang pundak Luth. Luth berpaling menatap Fawwaz sambil tersenyum kecil.

"Anna kenapa? Tak pernah abang nampak dia macam ni.." Fawwaz mengeluh pelan. Sebenarnya,dia pun tak tahu. Abah dan uminya lagi lah tak tahu. Cuma kadang kadang tu,adalah dalam sebulan dua Anna akan jadi macam ni lagi.

"Kak Anna..entahlah bang. Kak Anna ni suka berahsia. Kami dah bawa berubat,jumpa ustaz pun dah. Tapi mereka tak tahu puncanya. Bila ditanya,Kak Anna cuma diam."

"Risau tu adalah,tapi Kak Anna asik cakap yang dia tu ok sahaja. Kadang sedih sebab terlampau rindukan orang tuanya. Kami percaya juga tapi bila Kak Anna meracau,meraung macam tu. Dia selalu sebut jangan,sakit,takut. Entahlah bang,Fawwaz pun tak tahu."

Luth hanya mengangguk. Matanya menatap sendu mata Anna yang bengkak itu. Ingin sahaja mata itu dia usap sayang. Tapi,ditahan keinginan diri.

"Jom kita keluar,bagi Kak Anna rehat dahulu."

Luth hanya diam lalu berjalan keluar. Sebelum itu,sempat lagi matanya memandang sekujur tubuh yang sedang lena diatas katil itu.

"Hufft." Luth melepaskan keluhan berat. Anna suka berahsia ya?

Dia akan pastikan setelah mereka menikah,Luth akan korek rahsia itu. Tak mahu,Anna jadi macam itu lagi. Jika dia yang melihat pun rasa sakit,apatah lagi Anna yang merasainya.

***

Anna buka mata saat dirinya berasa haus maukan air. Mata digosok pelan lalu menatap kearah jam didinding. Baru pukul 4:30 pagi.

Anna cuba bangun tapi tenaganya masih sedikit. Lemah saat dia terjatuh ketika cuba bangun dari baringnya. Anna mengurut dahinya pelan,sakitnya masih terasa.

Anna melihat gelas yang berisi air disampingnya. Anna mencuba untuk mengambil gelas tersebut tapi malangnya,gelas itu malah terjatuh lalu pecah. Anna menghembuskan nafasnya pelan. Mata masih terpejam. Sungguh,dia tak bermaya saat ini.

Saat itu,pintu bilik dibuka dari luar. Anna membuka matanya kecil untuk melihat siapakah yang masuk kebiliknya saat ini.

"Awak dah bangun?" Anna diam. Luth rupanya.

Luth melihat gelas yang sudah pecah itu. Pantas dia membersihkan pecahan kaca gelas tersebut. Anna ingin menghalang,takut tangan Luth luka kerana memegang kaca.

"Awak nak air ke? Kejap saya ambil." Tanpa sempat Anna bersuara. Luth pantas berlalu pergi dengan pecahan kaca ditangannya.

Selang beberapa menit,Luth datang dengan segelas air ditangan. Lantas Luth hulurkan pada Anna. Anna menerima huluran tangan Luth tapi dipegang sahaja.

"Awak nak duduk? Saya panggil umi ya?" Anna geleng laju. Entah kenapa,cairan bening mulai membasahi pipi Anna. Luth terkejut,diambilnya tisu disamping lalu dia berikan pada Anna.

Anna menerima tisu itu lalu mengelap matanya yang kebasahan. Tapi,baru dia sadar yang sekarang dia tidak memakai purdah. Anna menatap sekitarnya.

"Tak perlu Anna,jangan tutup muka awak. Tak perlu takut,saya bakal suami awak. Saya berhak melihat wajah bakal isteri saya." Anna terdiam lagi. Wajahnya,Anna palingkan kekiri. Luth melihat lalu tersenyum .

Saat itu,Luth menguap kecil. Anna menatap Luth. Sempat dia melihat mata Luth yang sembab.

"Awak menangis ke?"

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now