12💥

2K 113 6
                                    

Hujung minggu,Anna masih tinggal dirumah Abah Khaleed. Luth kemana? Fawwaz kemana? Fawwaz menemani Luth yang tinggal sebentar dirumah Pakcik Daud bagi memantau hasil kerja pembinaan rumah anak yatim tersebut.

Anna sekarang sedang duduk santai sambil minum teh bersama ibu bapa saudaranya. Kadang,ada terdengar tertawa lucu yang keluar dari mulut masing masing.

Tring

Anna mengambil telefonnya lalu melihat siapakah yang mengirim chat saat ini. Bibirnya terukir senyum saat menatap si pengirim.

Luth

Anna melihat pesan yang dikirim Luth. Lagi sekali dia tersenyum,tapi kali ini lebih lebar.

"Assalammualaikum bakal pameran utama kisah hidup ku."

Anna tertawa kecil. Umi Rani sudah melihat Anna semacam. Anna membaca lagi chat yang dikirim Luth.

"Bluetick je? Tak balas pun."

Anna mengetuk dagunya pelan. Berfikir,apa yang sesuai untuk dia balas. Mata dikalihkan menatap Umi Rani. Pantas disondorkan telefon miliknya ke Umi Rani.

"Kenapa Anna?" Soal Umi Rani saat telefon milik Anna sudah terletak helok di tangannya.

"Luth chat,Anna tak tahu nak balas apa. Umi tolong lah eh. Lagi pun kalau umi yang balas tak rasa berdosa sangat Anna nanti." Gurau Anna sambil terkekeh pelan. Abah Khaleed disamping hanya mampu tersenyum.

Suka benar dia dengan sikap Anna yang sekarang. Dulu,mahu ajak bergurau pun payah. Sekarang,kalau tidak terhalang dengan purdah yang menutupi. Pasti setiap masa dapat melihat Anna yang tersenyum.

"Abangnya,tengok lah bakal menantu abang ni. Aduh,tak paham saya dengan budak muda yang sedang bercinta ni." Abah Khaleed kerutkan dahi.

Umi Rani memberikan telefon Anna ke Abah Khaleed untuk dia lihat. Anna sudah tersengih kecil. Nasib lah awak,Luth. Umi dan abah baca.

"Lagi sekali bluetick,awak ni balas lah kalau iya pun. Orang rindu ni."

Hampir tersembur air yang didalam mulut Anna saat Abah Khaleed membacakan chat yang dikirim Luth. Abah Khaleed menatap Anna lama.

"Eh eh bah,tu first time kita orang chat. Abah ni,macam tak tahu Luth tu suka mengarut." Abah Khaleed hanya mengangguk paham. Lagi sekali dia baca chat yang dikirim Luth barusan.

"Iya lah siapa lah kita. Kita nak dapatkan orang tu pun lama. Nasib tak bertepuk sebelah tangan. Paham..paham.."

Bibir tua itu terpeta dengan senyuman kecil. Geli hati melihat ayat Luth yang seakan akan merajuk kerana 'Anna' hanya melihat tanpa membalas chatnya. Anna mengambil telefonnya dari tangan Abah Khaleed. Mata melihat lama chat yang dikirim.

"Tengok je? Taknak balas?" Tegur Umi Rani. Anna terdiam,sememangnya dia tak tahu untuk balas apa.

"Tak tahu lah umi,biarlah." Jawab Anna sambil sesekali matanya menatap kearah chat yang dikirim Luth.

"Awakkkkk,taknak balas ke?"

Anna berfikir lama sebelum menghembuskan nafasnya pelan. Jari laju mengetik sesuatu untuk dijadikan balasan chat yang dikirim Luth.

"Waalaikummussalam."

Sepatah sahaja. Tak apa lah kan? Janji dia sudah rajin mengetik sesuatu.

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now