02💥

2.5K 137 1
                                    

Selesai solat maghrib,Luth terus menuju ke Pondok Cahaya Murni. Tidak sabar rasanya untuk tinggal disana,apatah lagi ada seseorang yang sudah berjaya mencuri tempat dihatinya yang memang sedia kosong tidak berpenghuni.

Hotel yang Luth duduki saat ini hanya bertahan selama 2 hari 1 malam.Ini kerana,Luth memang ingin menukar tempat tidur yang lebih dekat lagi dengan Pondok Cahaya Murni. Tidaklah dia berasa rugi walau duit bayaran hotel ini tidaklah murah.

Sampainya Luth disana,Luth melihat sekitarnya yang sunyi sepi. Tapi dia tidak takut kerana surau yang berada disana meriah dengan suasana pelajar pelajar membaca Alquran. Luth ukir senyum kecil.Hatinya berasa nyaman saat berada ditempat ini. Ayahnya memang tidak salah memilih tempat untuk Luth pergi selama 2 bulan ini.

Luth mengambil beg pakaian dibonet kereta. Mata meliar mencari kelibat Abah Khaleed. Lagipun dia tidak tahu dimana tempat dia akan tinggal. Luth mencari juga rumah yang berada disini. Tapi usahanya sia sia,kerana tiada tanda tanda rumah ada disini.

Kawasan pondok ini besar. Mungkin Abah Khaleed tinggal bersama pelajar. Luth berjalan lagi dan lagi. Kerana sudah lama berkeliaran,Luth mengambil keputusan untuk pergi ke surau. Ingin bertanya dimanakah Abah Khaleed saat ini.

Luth membuka kasutnya lalu disusun bersama selipar pelajar. Kebetulan sekali,ada seorang pelajar lelaki sedang lalu dihadapannya. Pantas ditahan untuk bertanya.

"Assalamualaikum" Luth bertanya sopan. Pelajar itu menatap kearah nya sambil menjawab salam yang diberi.

"Boleh abang tanya,Abah Khaleed dimana ya?" Luth membahasakan dirinya abang kerana Luth sadar yang dia sudah tua. Lagipun pelajar ini semuanya dikalangan 20 kebawah. Luth pula sudah berumur 28 tahun. Tidaklah terlalu tua,tapi tak mungkin juga Luth hanya membahasakan dirinya dengan sekadar nama pula.

Pelajar itu melihat sekitarnya lalu tersenyum.

"Abah sedang melihat kami membaca Alquran. Disana" Pelajar itu menunjuk kearah Abah Khaleed dengan ibu jari diatas jari telunjuk. Menunjukan pelajar ini,disiplin nya hebat sekali.

Luth terangguk angguk. "terima kasih"

"Sama sama,abang tak mahu ikut serta? Lagipun sebentar lagi kami akan tamat tadarus. Setelah ini ada sesi kudapan malam" kata pelajar itu. Luth berfikir lama. Boleh juga,lagipun dia tak sempat solat isyak lagi.

"Ok,abang ikut" Luth menerima dengan hati terbuka. Pintu surau itu dibuka pelajar tersebut. Luth tergamam menatap seni bina surau tersebut. Nama sahaja surau tapi didalam nya,masyaAllah. Seperti masjid yang sungguh indah dalaman nya.

Tertanya tanya juga Luth,darimana mereka mendapat duit sebanyak ini untuk membina surau yang gah seperti ini. Mungkin ada syarikat lain yang memberi sumbangan.

Matanya menatap kearah Abah Khaleed yang tekun menatap pelajar membaca Alquran. Saat itu pula,Abah Khaleed menatap kearah nya. Abah Khaleed menyuruhnya datang kepadanya,tapi Luth menunjuk isyarat mahu sembahyang. Abah Khaleed membalas dengan anggukan.

Luth menuju ketempat air sembahyang lalu segera menunaikan kewajipan umat muslim yang satu ini. Selesai menunaikan solat,Luth mendekati Abah Khaleed dan menyalamnya.

"Baru tiba,Luth?"

"Tak ada lah baru sangat,hampir 15 minit lah sebab tercari abah kat mana" Abah Khaleed tertawa pelan.

Pelajar yang berada dihadapanya,Abah Khaleed tatap dengan penuh kasih sayang. Pelajar yang sudah senior dan baik hafazan nya akan Abah Khaleed jadikan mentor kepada junior  yang lain.

Abah Khaleed menyuruh pelajar senior mengantikan tempatnya sebentar. Dia mahu berbicara dengan Luth. Abah Khaleed membawa Luth ke luar surau.

"Cantik seni bina surau ni" puji Luth jujur. Abah Khaleed merenung kearah luar lalu tersenyum.

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now