09💥

1.7K 110 2
                                    

Sedar tak sedar,sudah sebulan Luth disini. Kehidupannya seperti biasa,bezanya hubungan Luth dengan Anna semakin rapat. Mereka tak segan bercerita soal masalah masing masing.

Luth termenung,hari untuk dia pulang kepangkuan keluarganya semakin hampir. Tapi,tindakannya untuk memiliki Anna masih belum kelihatan. Dia ingin melamar Anna sebelum dia pulang,itu tekadnya.

Bulan yang menghiasi gelapnya malam,Luth tatap dengan seribu satu kegusaran didalam hati. Takut salah cara,pasti buruk akibatnya. Luth sudah berkira kira,besok pagi setelah subuh dia akan pergi menemui Anna.

***

Usai solat subuh,Luth pergi menemui Anna diluar surau.Mata meliar menatap sekeliling,melihat para puteri sedang keluar dari surau.Luth menatap satu demi satu para puteri,ingin mencari Anna kerana sosok Anna mudah dikenali.

Ketika mata bertemu dengan yang dicari,kaki diatur menuju kesana.

"Anna."

Anna terhenti. Terpusing tubuhnya untuk mencari pemilik suara. Saat mata menatap Luth,serta merta Anna kaku dihadapan Luth.

"Boleh saya cakap dengan awak? 5 minit pun tak apa lah." Anna terdiam. Mata menatap sekeliling,para puteri dan putera pasti sudah kedewan makan untuk sarapan pagi. Disini,tinggal dia dan Luth sahaja dihadapan surau.

"Fawwaz tak ada,tapi biarlah. Yang penting saya ada benda nak cakap dengan awak ni." Ujar Luth dengan bersungguh sungguh. Keringat yang membasahi mukanya,Luth abaikan. Sekarang,dihadapan nya sekarang adalah yang paling penting.

"Penting sangat ke?" Soal Anna pula ingin tahu. Luth sudah gigit bibir,hatinya mulai resah. Tanpa berkata apa apa,Luth pantas mengangguk laju.

"err,awak ajak lah Fawwaz. Saya tak selesa lah." Jawapan Anna membuatkan Luth terdiam. Tangan kanannya dia bawa kebelakang untuk menggosok lehernya.

Dari samar samar,Anna dapat melihat telinga Luth yang mulai memerah. Kerut dahi Anna kala ini. Pentingkah? Sampai merah telinga tu?

"Saya...saya.." Luth hilang kata kata. Sungguh sekarang dia sedang gugup.

Saat itu,Abah Khaleed dan Fawwaz datang. Sebenarnya sedari tadi mereka memerhatikan Anna dan Luth. Melihat Luth yang sepertinya tidak mahu duduk diam dan seakan akan gelisah,mereka memutuskan untuk menghampiri.

Mata Luth terbuntang kala ini. Gelisahnya mulai memucak. Hatinya berdebar debar,perasaan takut muncul secara tiba tiba.

Luth tarik nafas perlahan. Dia sudah merencanakan nya,jadi untuk apa dia takut? Jika nanti jawapan nya tidak seperti yang dia mahukan,dia harus reda. Cinta manusia takkan mungkin dia paksakan.

"Dia macam ni,kebetulan abah dan Fawwaz pun dah ada kat sini. Jadi,tak salah untuk saya sampaikan isi hati yang dah lama saya pendam ni." Abah Khaleed memeluk tubuh,mata dipanah menatap kearah Luth lama.

"Kalau dulu,saya melamar awak untuk jadi kawan saya dihadapan Fawwaz. Kali ini,saya nak lamar awak untuk jadi isteri saya pula,Anna."

Deg.

Dunia bagai terhenti bagi Anna. Tak disangka,itu yang keluar dari mulut Luth. Mata dikalihkan menatap kearah 2 lelaki yang dia sayang tapi mereka memilih tidak menatap kearahnya.

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now