04💥

1.8K 112 8
                                    

Malam yang indah untuk diri merenung nasib.Dari dalam bilik,Luth melihat kearah langit.Mindanya masih pada Anna.Cintanya pula semakin menebal.Luth sudah berapa kali melakukan solat istikharah dan jawapan yang diterima membuatkan pendirian nya kukuh bahwa dia memang mencintai Anna.

Bercakap soal Anna,hari ini masuk hari ke 3 dia tidak bertemu Anna selepas kejadian di rumah Pakcik Daud tempoh hari.Masih teringat suara Anna yang berbicara dengan nya.

Aksinya terhenti kala iPhone nya berdering minta diangkat.Mata menatap nama sipemanggil.Luth ukir senyum kecil saat tahu siapa yang menelepon nya saat ini.

"Assalamualaikum ayah" Luth memberi salam dahulu.Dia memang rindukan ayah nya saat ini.

"Waalaikumussalam,tak menyempat kamu ya Luth?" Terdengar tawa ayah Luth diakhir ayat.

"Luth rindukan ayah,ayah dan ibu macam mana? Sihat?"

"Alhamdulillah sihat,Luth.Kamu pula?" Ayah Luth yang sering dipanggil Tuan Naem pula menyoal.

"Sihat ayah,lupa pula.Adik macam mana? Ok tak?" Luth bertanya pula pada adik bongsu nya.Adik yang paling dia sayang sekali.

"Adik kamu tu macam tu je lah,puas dah cakap bukan nak dengar pun" keluhan dilepaskan.Penat memikirkan prihal putri bongsunya itu.

"El masih muda,nanti dia berubah sendiri" Luth cuba menenangkan hati tua ayah nya.Tak mahu ayah nya tertekan memikirkan tentang adik nya.

"Muda tak muda,kalau nanti meninggal tak sempat nak taubat.Macam mana?"

"Ayah jangan lah fikir macam tu,insyaAllah kita doa sama sama"

Tuan Naem disana melepaskan keluhan berat.Kenapa lah anak nya yang satu itu tak seperti Luth? Tapi itu pun berpunca dari dirinya sendiri.Sering memanjakan Elnara sampai dia naik lemak.

Ya,Elnara Fauniya.Nama cantik tapi sayang akhlak pemilik nya tak secantik nama yang diberi.

"Sudahlah,lupakan sekejap tentang El.Kamu disana ada apa apa cerita ke?" Soal Tuan Naem ingin mengetahui serba serbi kehidupan Luth dikampung ini.

Luth tersenyum.Dia mahu bercerita soal Anna tapi masih terlalu awal.

"Luth?" Kerana Luth yang diam membuatkan Tuan Naem memanggil nama nya kembali.

"Tak ada cerita lah yah,macam orang bekerja.Itu je la,kot"

"Ye ye je kamu ni,entah entah dah jumpa pujaan hati.Kat sana takkan tiada gadis yang cantik?" Tuan Naem mulai mengusik.Luth pula sudah malu malu sendiri.

"Entahlah yah,Luth pun tak tahu dengan perasaan sendiri.Takkan baru kenal dah jatuh cinta" Tuan Naem mendengar keluhan Luth ditalian.

"Iyalah Luth,ayah bukan tak tahu kamu ni.Jangan nanti bawa pulang menantu sudah" Tuan Naem tertawa pelan.

Mereka terus berbual sehingga Tuan Naem pamit untuk pergi.Luth tersenyum kecil,rindu nya terbalas sekarang.Mendengar ayah nya sihat sihat sahaja mengurangkan keresahan dihati Luth.

Ketukan dipintu membuat Luth berpaling.Mata melihat kearah jam,sudah pukul 10 malam.Siapa yang mengetuk pintu malam malam ini?

"Abang,Fawwaz ni" mendengar suara itu membuatkan Luth terus memberikan izin untuk Fawwaz masuk kedalam.

Fawwaz masuk bersama pinggan yang berisi nasi ayam disana.Luth kerutkan dahi,ada apa ni?

"Nah bang,Kak Anna ada bawa nasi ayam tadi.Panggil abang tak jawab,tu yang Fawwaz datang ni" ucap Fawwaz sambil meletakkan pinggan itu diatas meja yang berada disitu.

Mendengar nama Anna membuatkan tubuh Luth mengeras.Anna datang ke tadi?

"Fawwaz cakap apa tadi? Kak Anna datang ke?" Tanya Luth dengan bersemangat.Fawwaz pula sudah tersengih seperti kerang busuk.

Luth Huzaimanजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें