1

56 8 1
                                    

"APA yang sedang kau lakukan anakku?" soal Shah Ismael kepada Qamariah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"APA yang sedang kau lakukan anakku?" soal Shah Ismael kepada Qamariah.

"Kemarilah, bapak. Aku mahu engkau melihat betapa indahnya bulan itu. Jikalau aku dapat melihat bulan itu lebih dekat, mungkin aku akan bahagia selamanya." ajak Qamariah sambil melihat bulan yang ingin ditutupi awan itu.

"Adakah engkau tidak bahagia duduk disini, wahai Qamar?" soal Shah Ismael. Dengan kerutan didahi, dia melihat anak kesayangannya.

"Bukan begitu, bapak. Aku cuma mahu melihat bulan lebih dekat sahaja. Jangan risau. Aku takkan kemana-mana." terang Qamariah mengelakkan Shah Ismael keliru.

"Ohh, begitu. Jika engkau berkata dengan lebih awal, tiada lah aku terfikir-fikir ayatmu itu." Qamariah tertawa kecil.

"Engkau sambunglah melihat bulan. Bapak keluar dahulu. Jangan lupa untuk tidur lebih awal." pesan Shah Ismael sebelum mencium ubun-ubun Qamariah.

"Baiklah, bapak." Qamariah mengangguk. Kelihatan awan sudah mula mahu menutupi bulan. 

"Semoga kita bertemu esok kembali, wahai bulan." gumam Qamariah sebelum dia menutup jendela. Dia bangun dari kerusi yang dia duduk ketika melihat bulan, dan terus ke katilnya untuk beradu. Sebelum tidur, sempat dia membaca doa tidur dahulu sebelum dia diulit mimpi.

Qamariah bersyukur kepada Tuhan nya kerana telah menciptakan bulan yang sangat indah.






"Qamar. Kemarilah makan dahulu sebelum kau ke pasar." ajak adiknya iaitu Sabihah.

Qamariah mengangguk sebelum kakinya bergerak ke meja makan.

"Adakah engkau yang masak hidangan ini, Sabihah?" soal Qamariah.

"Iya, Qamar. Aku hanya tahu masak nasi putih bersama telur goreng sahaja. Bukan macam engkau. Engkau handal memasak." ujar Sabihah sambil memuji Qamariah. Qamariah tersenyum nipis.

"Tidaklah. Aku handal memasak pun kerana aku belajar dari arwah mak." terang Qamariah.

"Sudahkah engkau mengejutkan bapak?" Sabihah menukar topik perbualan. 

"Sudah. Mungkin bapak masih bersiap."

"Kalau begitu, marilah kita makan dahulu." baru sahaja Sabihah mahu mencedok nasi, Qamariah membantah.

"Jangan begitu, Sabihah. Tunggu bapak dahulu. Barulah kita dapat makan bersama. Kalau engkau lapar, aku pun lapar juga." tegur Qamariah.

Sabihah sedar akan tingkahnya, lalu segera memohon maaf. " Maaf, Qamar. Aku terlalu lapar sehingga tidak memandang sekeliling." Sabihah ukir senyum malu. Qamariah menggeleng perlahan sebelum kepala adiknya diusap lembut.

"Kenapa kalian masih belum makan lagi? Adakah kalian menungguku?" soal Shah Ismael sebaik sahaja kaki dia sampai dihadapan meja makan.

"Iya bapak. Kata Qamar, dia mahu menunggu engkau dahulu. Barulah selesa makan bersama keluarga." ujar Sabihah bagi mewakilkan Qamariah.

"Kenapa kalian menungguku? Tidak usah. Kalau kalian lapar, makan sahaja." pesan Shah Ismael.

"Baiklah, bapak." jawab mereka mengangguk.

"Bapak mahu kemana, cantik-cantik ini?" tanya Qamariah pula.

"Aku mahu ke pekan. Katanya ada satu kerajaan datang ke kampung kita. Sebagai ketua kampung, aku harus datang ke sana. Adakah engkau mahu ke pasar?" 

"Iya. Kalau aku ke pasar, terpaksalah Sabihah tinggal seorang diri." ujar Qamariah. Dia memandang adiknya disebelah.

Terlihat ada mata sedang merenungnya, dia mengangkat wajah. " Tidak mengapa, keluargaku. Jangan risau. Aku boleh menjaga rumah ini. Kalian pergi sahaja." Shah Ismael dan Qamariah saling berpandangan sebelum mengangguk.

"Baiklah, jika engkau berkata begitu."

Usai beberapa minit mereka makan, Qamariah mahu bertolak ke pasar, manakala Shah Ismael harus pergi ke pekan.

"Bapak, aku mahu ke pasar sekejap lagi. Aku izin pergi, ye." pinta Qamariah.

"Baiklah, Qamar. Jaga diri, anakku." tangannya dihulurkan, pantas Qamariah menyambut. Begitu juga Sabihah yang berada di tepi Qamariah.

"Jaga diri juga anakku, Sabihah." Shah Ismael mengucup dahi kedua-dua puterinya itu.

"Aku pergi dahulu. Assalamualaikum." usai memberi salam, Shah Ismael berlalu.

"Waalaikumussalam." jawab mereka berdua.

"Aku pergi dahulu, Sabihah. Jaga diri di rumah." pesan Qamariah pula sebelum bertolak ke pasar.

Sabihah hanya mendengar pesanan daripada keluarganya itu. Sabihah memerhati Qamariah yang berjalan kaki untuk ke pasar itu.

Dalam hatinya, terselit juga cemburu dengan kakaknya. Kerana, kakaknya jauh lebih cantik, pandai memasak, beradab, dan pandai dalam agama. Walaupun dia ada semua sifat itu, dia tidaklah disukai orang ramai. Satu sahaja dia tidak ada persamaan dengan kakaknya. Iaitu Qamariah berdarah putih, manakala Sabihah berdarah merah. Namun, dia membuang sifat dengki dan cemburu itu supaya keluarga mereka kekal harmoni.

 Namun, dia membuang sifat dengki dan cemburu itu supaya keluarga mereka kekal harmoni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC



𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now