3

29 8 2
                                    

" Ismael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ismael. "

Mendengar teriakan dari arah luar, terus Shah Ismael berlari dan mendekati Qamariah.

"Kenapa engkau terburu-buru, bapak?" tanya Qamariah dengan kerutan.

"Luqman datang. Sebab itulah, aku ke sini." jawab Shah Ismael.

Qamariah meneguk liur. Luqman datang kerumahnya?

"Kenapa Luqman datang kemari? Bukan kah bapak sudah melangsaikan hutang?"

"Aku pun tidak tahu." nafi Shah Ismael. Qamariah menunduk.

"Ismael!!" semakin lama, semakin lantang suara Luqman.

"Mungkin dia ke pekan?" jawab Ahmad disebelah Luqman. Luqman mengempal penumbuk.

"Kalau begitu, kita datang lagi esok." jawab Luqman.


Pabila tidak mendengar lagi teriakan dari Luqman, perlahan-lahan Shah Ismael kearah tingkap utama di pintu masuk dan melihat di celah tingkap itu. Hilang sudah bayangan Luqman. Mesti Luqman bukan datang keseorangan. 

Shah Ismael meraupkan muka. Salahnya kerana meminjam duit 20,000 dengan Luqman. Penduduk di kampung ini tahu, bahwa Luqman merupakan yang sangat baran dan tegas. Walaupun masih muda lagi, Luqman tetap dengan etikanya sendiri iaitu, mahu mengahwini Qamariah.

Qamariah menghampiri Shah Ismael yang sedang duduk di kusyen itu. Lihat sahaja muka Shah Ismael, Qamariah mengeluh. Pasti banyak yang memenuhi otak Shah Ismael ketika ini.

"Bapak." sapa Qamariah.

Shah Ismael yang mengelamun itu, tersentak pabila disapa.

"Eh! Qamariah."

"Ini aku ada buat sedikit air untuk mu." diletak cawan yang berisikan Air Long Chan berperisa sarsi itu. Shah Ismael sangat suka dengan air ini. Katanya manis.

"Terima kasih. Tahu-tahu sahaja sekarang ini aku sedang runsing." Qamariah senyum nipis sebelum duduk diatas kusyen berdekatan Shah Ismael.

"Aku tahu apa yang menyerabutkan kepala mu. Tidak mengapalah begitu. Aku boleh tolong engkau." ujar Qamariah.

"Tolong apa?" soal Shah Ismael.

"Berkahwin dengan Luqman?" jawab Qamariah perlahan.

Terbuntang mata Shah Ismael. " Aku tidak membenarkan Luqman dan kau berkahwin. Aku tidak restu langsung. Dia hanya mahu mengahwinimu untuk ditunjuki kepada orang ramai bahwa kau berdarah putih. Usai menunjuk, mula lah penduduk-penduduk kampung mahu mengancam kau dari Lukman. Aku tidak suka kau diperbuat begitu. Aku tidak suka Luqman membuat demikian. Perbuatan itu kejam. Masih ada lagikah orang yang mahu membuat begitu kepada wanita? Apakah dia gila? Sampai bila-bila aku tidak restu. Walaupun dia masih kata itu hutang terakhirnya. Padahal aku tidak pernah setuju dengan hutang terakhirnya itu. Perbuatan gila." tegas Shah Ismael berkata-kata.

Qamariah terdiam seribu bahasa. Kalau dia langgar perintah Shah Ismael, pasti dia menjadi anak derhaka. Jikalau dia tidak mengikut arahan Luqman, mesti keluarganya diancam teruk.

"Tidak mengapa, bapak. Jikalau dia membuat demikian, aku boleh luah di bulan. Biar paginya esok, matahari membalas kekejaman dari Luqman itu." bukan bulan sahaja dia suka, matahari pun termasuk juga.

Shah Ismael mengeluh. " Aku sangat sayangkan engkau, Qamar. Kalau kau boleh melihat hatiku, fikiran ku, pasti kau rasa bersalah. Ini satu amanah dari arwah emak mu. Masa engkau lahir dahulu, dia sudah berdoa kepada Tuhan bahwa dia tidak mahu engkau bernikah. Walaupun tindakan itu agak tidak masuk akal. Pertama kali, aku agak pelik dengan tindakan emak mu. Namun, apabila engkau membesar, barulah aku tahu betapa sempurna dan istimewanya engkau dikatakan oleh arwah emak mu."

Qamariah terkejut dengar pengakuan Shah Ismael itu. Betapa sayangnya kedua ibu bapanya terhadap dia. Tetapi bagaimana dengan Sabihah. Apakah mereka tidak sayang Sabihah?

"Bagaimana dengan Sabihah? Apakah kalian tidak sayang akan dia?" soal Qamariah.

"Kami sayang Sabihah juga sama dengan engkau. Namun, engkau istimewa. Sebab itulah kasih sayang kami dilebihkan untuk puteriku dihadapan ini." terang Shah Ismael. Tidak semena-mena, pipi Qamariah merah. Malu dipuji.

"Baiklah. Aku ikut kata-kata mu, walaupun kita terpaksa menelan hakikat itu." akhirnya, Qamariah terpaksa mengalah. Tidak baiklah bersaing dengan keluarganya demi mahu berkahwin dengan Luqman juga.

"Terima kasih." Shah Ismael senyum nipis. Dia benarkan Qamariah berkahwin dengan semua lelaki kecuali Luqman.


Sabihah yang mengintai ditepi dinding itu, menahan sebak. Betapa peritnya hatinya. Sampai hati keluarganya. Sabihah mengempal penumbuk. Rasa benci ini tidak boleh halang lagi. Sampai sekarang dia masih bersabar. Sampaikan jirannya berkata kepadanya, 

"Jadilah macam kakak mu itu, Biha. Cantik, beradab, pandai agama pula itu."

Kenapa dia harus dibanding-bandingkan? Tidak adil dunia ini. Sabihah mengelap air mata kasar. Dia tidak mahu mendengar perkataan-perkataan dari mulut Qamariah lagi. Baginya, jijik. Entah kenapa Luqman sukakan Qamariah. Sabihah yang sudah bertahun-tahun menyimpan rasa suka ini, masih tidak terbalas lagi.

Sabihah menerima dua perkataan itu. Ego dan berpura-pura. Ego kerana masih belum luahkan rasa suka terhadap Luqman dan berpura-pura dihadapan keluarganya.

 Ego kerana masih belum luahkan rasa suka terhadap Luqman dan berpura-pura dihadapan keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC


𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now