4

21 6 0
                                    

"Sabihah!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sabihah!"

Tersentak Sabihah mendengar namanya dilaung.

Sabihah dengan malasnya bangun dari baring.

"Kenapa, Qamar?" tanya Sabihah.

"Kau sudah makan? Kalau belum ma-" belum sempat Qamariah menghabiskan ayatnya, Sabihah berdalih.

"Tidak mengapa. Aku tidak mahu bersarapan hari ini." Qamariah hanya mengangguk.

"Kalau begitu, aku simpan makanan dibawah tudung saji. Ambil lah jika engkau mahu makan." Qamariah sempat memesan kepada adiknya.

"Hm." Sabihah mengumam sebelum dia melepasi kakaknya yang berada di dapur.

"Engkau ingat, aku mahu makan dari tangan jijik engkau itu?" bisik hati Sabihah jahat.






Petang itu, Qamariah memutuskan untuk menyiram pohon-pohon yang tidak disiram diluar rumah. 

Qamariah menyarung sendal dan terus ke bunga matahari yang elok terletak di pasu. Bunga kesayangannya. Selepas dia menyiram semua pohon-pohon itu, dia terus kebelakang rumah. Dia melihat terdapat banyak semak-samun dibelakang rumahnya. 

Qamariah mengeluh berat. Haruslah dia mencantikkan halaman belakang rumahnya. Dia mengambil gunting pemotong rumput di stor berdekatan belakang rumahnya. Lalu, dia segera ke semak-samun yang mulai meninggi dan terlihat sangat tidak terurus itu.

Usai beberapa minit berlalu dia memotong rumput, Qamariah senyum lebar. Baru cantik melihat halaman rumahnya terurus. Bukan seperti tadi.

Qamariah mengecilkan mata pabila dia melihat sesuatu di sebalik semak-samun yang jauh dari halaman rumahnya itu. Terdetik hatinya untuk kearah sana. Dilihat sekilas awan dilangit. 

"Rasanya baru masuk pukul 6 petang ini." gumam Qamariah.

Terus Qamariah ke tempat yang dia melihat sesuatu itu.

Sebaik 20 minit melepasi kesukaran untuk ke tempat itu, mata Qamariah bersinar-sinar ketika itu. Tapi, kenapa dia melihat tempat itu seperti dekat. Walhal, tempat ini jauh dari halaman belakang rumahnya.

Qamariah melihat ada satu pohon beringin bersama satu buaian yang berada di pohon itu. Tiba-tiba, kakinya terasa bergerak sendiri kearah buaian itu.

Tempat itu cantik. Qamariah berasa seperti taman di syurga.

Qamariah duduk diatas buaian itu. Teringat Qamariah kembali. Arwah emaknya dahulu, suka menolongnya untuk menghayunkan buaian. Namun sekarang, dia lah yang akan menghayunkan buaian ini sendirian.

Qamariah berasa tenang sahaja pabila duduk diatas buaian itu. Bersama sebuah sungai yang tidak dalam, dihadapannya. 

Perlahan-lahan keluar nyanyian kecil dari mulut Qamariah. Automatik buaian itu bergerak sendiri. Awalnya Qamariah agak terkejut. Terhenti seketika nyanyian. Dan automatik juga, buaian itu berhenti dengan sendiri.

Barulah Qamariah faham tentang istimewanya buaian ini. Qamariah terus menyambung nyanyiannya. Terus buaian itu menghayun.

Dalam kesepian bersama nyanyian Qamariah itu, Qamariah tidak sedar air matanya jatuh. Rindunya terhadap sang arwah emak tidak terhapus semenjak arwah emaknya meninggalkan keluarganya. 

Qamariah mengelus air mata. Niatnya ingin pulang kerumah, terjeda sebentar.

Dia memegang buaian itu, lalu mengelus perlahan. Sebelum dia kembali bergerak ke rumahnya.

 Sebelum dia kembali bergerak ke rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now