7

26 7 2
                                    

"Lepaskan aku!!" jerit Qamariah kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lepaskan aku!!" jerit Qamariah kuat. Tangannya menolak-nolak tangan Sabihah yang sedang mengheretnya ke bilik stor.

"Diam!" ujar Sabihah kasar. Tidak kisah dengan tatapan sayu dan jeritan kesakitan dari Qamariah. Dia sedang marah ketika ini. Terasa api membara didalam tubuhnya.

"Kenapa engkau buat begini kepadaku?" soal Qamariah sambil menangis teresak-esak.

Sabihah menghentikan langkah. Ditatap wajah bersih kakak kembarnya. " Disebabkan kau, Luqman tidak menyukaiku. Disebabkan kau, bapak tidak memberikan perhatianku. Semua disebabkan kau!" kasar bahasa Sabihah. Tiada rasa hormat terhadap orang yang lebih tua darinya. Yang dia tahu, dia sangat marah dan benci terhadap Qamariah.

Sabihah menyambung langkah dengan Qamariah ditarik sekuatnya. Tidak kisah sakit dirasai.

Sampai dihadapan bilik stor, dia terus menolak Qamariah. Qamariah jatuh terlentang diatas lantai itu. Dengan kesempatan yang Sabihah ada, terus dia menutup pintu dan dikunci. 

Qamariah bangkit kembali apabila terdengar pintu yang ditutup. 

"Buka! Tolong! Tolong buka pintu ini!!" kuat jeritan Qamariah sambil diketuk-ketuk pintu itu kuat.

Sabihah tersenyum sinis. Terasa puas hatinya. 








Krukk

Krukk

Qamariah memegang perutnya yang berbunyi itu. Dari petang tadi sehinggalah malam, dia tidak merasai makanan lagi. Nasib sahaja dia sudah sarapan. Haus, lapar, semuanya ada.

Qamariah bersandar ke dinding apabila merasa sakit kepala yang teramat.

Qamariah menghembus nafas. Kenapa dia jadi begini? Apa salahnya terhadap Sabihah?


flashback...

"Qamar!" 

Terdengar seseorang memanggilnya, terus Qamariah berpusing kebelakang. 

Alangkah terkejutnya dia melihat gerangan itu.

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now