11

15 6 1
                                    

"Qamar!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Qamar!"

Terus Qamariah menghentikan langkah apabila ada orang memanggilnya.

Dan terlihat Luqman disitu.

"Luqman? Kenapa panggil Qamar?" soal Qamariah.

"Engkau tahukan aku dan engkau difitnah?"

"Ha?! Difitnah?" terbeliak mata Qamariah apabila Luqman mengatakan hal berikut.

"Ya. Aku dengar dari orang kampung semasa aku mahu balik kerumah. Dengar sahaja, terus aku menyatakal hal ini kepada kau." terang Luqman.

"Bagaimana engkau tahu itu adalah Qamar dan Luqman?" soal Qamariah. Patutlah semasa dia di pasar tadi, ramai memandangnya.

"Kerana orangnya yang menyebut nama kita berdua."

"Aku difitnah kerana apa?"

"Engkau difitnah kerana tidur bersama ku. Padahal, aku tahu hukum haram dan halal." Ya. Benar kata Luqman. Luqman juga sudah berubah kearah kebaikan. Berbual pun jaraknya jauh. Menjaga ikhtilat.

"Bagaimana boleh terjadi begitu? Allahuakbar!" terduduk Qamariah di jalan.

"Qamar!" Luqman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takkanlah dia mahu angkat Qamariah. Haram! Walaupun keadaan terdesak, dia tidak harus membuat begitu. Lagi menambahkan fitnah antara dia dan Qamar. 

"Kenapa..hisk... aku jadi..hisk..begini?" tersedu-sedu Qamariah berkata. Sungguh dia tidak kuat.

"Qamar, kenapa perlu jatuh, andai kau boleh berdiri semula?" kata Luqman lembut.

Serta-merta Qamariah mengelus air matanya dan berdiri semula. Bahang wajahnya apabila Luqman melihatnya menangis.

"Menangis sahaja, Qamar. Menangis bukan bermaksud lemah."

"Aku tahu. Tetapi, apa maksud engkau?"

"Maksudku?" soal Luqman kembali.

"Yang, 'kenapa perlu jatuh, andai kau boleh berdiri semula?' " Qamariah menyatakan ayat Luqman tadi.

"Ohh, yang itu. Maksudnya, kenapa engkau boleh berdiam diri, andai kau boleh beritahu perkara sebenar? Aku tahu, perkara itu akan rumit kerana penduduk tidak akan percaya setiap ayat dan perkataan dari mulut kita. Tapi tak salahkan mencuba? Katakan yang perkara itu sebenarnya fitnah." terang Luqman.

Lama Qamariah berdiam diri.

"Insya Allah. Aku akan mencuba supaya diriku dan engkau tidak difitnah lagi." 

"Alhamdulillah. Jawapan yang bernas." Luqman membuat simbol terbaik.

Tidak semena-mena Qamariah tertawa kecil. Qamariah tertawa, terus Luqman mengikut ketawa.







Masuk sahaja kedalam rumah, dia terlihat adik kembarnya sedang merenungnya dengan tajam.

Qamariah hentikan langkah. "Kenapa engkau melihatku begitu?" tanya Qamariah

"Engkau tahu engkau difitnah, bukan?" soalannya sama seperti soalan Luqman.

"Kenapa?" wajahnya cuba ditenangkan. Tidak mahu tunjuk wajah gelisahnya.

"Gadis taat agama tiba-tiba boleh tidur bersama lelaki. Hisy, hisy, hisy. Dunia-dunia. Disini kita tahu, setiap orang mempunyai talam. Talam dua muka. Banyak muka lah. Seperti engkau." jarinya bermain-main dibahu Qamariah.

Qamariah menahan sabar supaya tidak memarahi adik kembarnya itu.

"Jadi, engkau tahu tentang fitnah itu?" namun, Sabihah hanya mengangkat bahu. Tidak tahu atau sengaja tidak beritahu.

"Aku harap tak bertambahlah talam itu lagi. dari talam dua muka terus jadi talam banyak muka." sambil berkata, sambil itulah Sabihah ketawa. Sabihah terus masuk kedalam biliknya. Dibiarkan sahaja Qamariah.

Qamariah memejam matanya. Menahan sabar. Dia selalu ingat satu hadis itu,

"Abu Hurairah r.a. , berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda, "Bukanlah orang kuat itu dengan menang bergulat, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (HR Muslim, 4723)

Qamariah terus mengatur langkah nya kedalam bilik. Mahu mengambil tuala. Badannya sudah melekit dengan peluh. Dari tadi dia mengatakan dia mahu mandi bila balik sahaja kerumah. Namun, ada pula lalat yang mahu mengangu nya.

 Namun, ada pula lalat yang mahu mengangu nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

bergulat means bergusti ataupun berlawan. Macam tulah. Cari dekat Google je awaknya.

Malam ni update dua. Esok Insya Allah dua juga.

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now