10

18 6 1
                                    

"Luqman?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Luqman?"

"E-engkau mahu apa lagi dariku?" soal Shah Ismael gagap.

"Betenang. Aku tidak mahu apa-apa darimu." ujar Luqman sopan. Takut Shah Ismael akan menganggapnya jahat lagi.

"Jadi, kenapa engkau datang kesini." Shah Ismael cuba untuk menghilangkan rasa gundah-gulana nya.

"Aku mahu meminta maaf kepadamu." ujar Luqman perlahan.

Shah Ismael diam. Dia agak tidak percaya dengan kata-kata Luqman.

"Engkau mesti fikirkan aku masih suka Qamar lagi, bukan?" tebak Luqman.

Tidak semena-mena, Shah Ismael mengangguk laju.

"Rasa cinta ini sudah tiada lagi buat gadis bernama Qamariah. Sesungguhnya, aku agak susah untuk lupakan Qamar. Namun, aku tahu. Mungkin aku dan dia tiada jodoh." terang Luqman. Keluhan kecil dilepaskan.

"Aku agak senang mendengar pernyataan tersebut. Tetapi, aku bukan marah kerana engkau menendam rasa terhadap Qamar. Sebaliknya, aku marah kerana engkau mahukan darahnya."

"Ya. Aku membuat keputusan gila dahulu. Selepas aku berjumpa dengan Qamar beberapa hari lalu, membuatkan aku ingin berubah kearah kebaikan. Jadi, engkau benarkan aku dan Qamariah kawan? Hanya kawan sahaja." Luqman sebenarnya terasa sebak apabila mengatakan kawan. Tipulah dia. Dia sudah bertahun-tahun menendam rasa cinta terhadap Qamar, namun tidak dibalasnya sehingga kini. Lagi-lagi Shah Ismael  tidak restu apabila dia dan Qamariah bersama. Jadi, dia membuat keputusan supaya  berhenti menyukai Qamariah lagi. 

Qamariah banyak mengajarnya tentang agama. Sebab itulah dia mahu berubah. Baru dia faham kenapa Qamariah tidak mahu bercinta. Qamariah seorang yang taat kepada agamanya. Dan, terlalu baik dikalangan orang. Meskipun dia dibenci orang atau dia tidak menyukai orang itu, masih Qamariah berkelakuan baik. Katanya dapat pahala jika melayan orang secara baik.

Shah Ismael lama mendiamkan diri.

"Baiklah. Aku terima jika engkau mahu berkawan dengan Qamariah." akhirnya, keluar juga kata putus dari Shah Ismael.

Luqman senyum lebar. "Terima kasih. Aku janji akan menjaga ikhtilat sepanjang aku dan dia berbual."

"Baguslah itu."











"Engkau tahu kan anaknya si Shah Ismael? Siapa namanya. Qar..Ha! Qamariah." soal seorang pembeli kepada penjual itu.

"Ya, tahu. Kenapa dengan budak si Qamariah itu?" soal penjual lelaki itu atau dikenali sebagai Pak Hassan. Pak Hassan ini meniaga buah-buahan di pasar. Takkanlah dia tidak kenal dengan budak Qamariah itu. Seorang gadis yang baik hati dan lemah lembut. Perwatakannya selalu menarik lelaki-lelaki kampung untuk mendekatinya. Namun, Qamariah tidak pandang akan itu.

Lagipun, Qamariah juga menjual sayur-sayuran  seperti pucuk ubi, cili, kentang, kangkung dan banyak lagi. Disebelah gerainya pula itu. Takkanlah dia tidak kenal.

"Aku ada dengar dari mulut orang. Katanya, si Qamariah itu pernah tidur dengan seorang lelaki. Lelaki hujung kampung itu. Aku sudah tidak ingat namanya." bersungguh-sungguh wanita tua itu bercerita. Puan Yati namanya.

Pak Hassan mengerut dahi. "Astagfirulahalazim! Benarkah cerita itu? Dimana engkau mendengarnya? Aku tak pasti Qamariah membuat demikian. Perbuatan itu dosa. Qamariah itu taat akan agama."

Puan Yati menggulingkan mata. Menyampah! Pak Hassan dikenali sebagai seorang yang baik. Menyesal pula dia bercerita hal ini kepada lelaki tua ini.

"Setiap orang boleh berubah arah, Hassan. Orang yang taat akan agama seperti Qamariah pun, boleh kecundang. Apatah lagi kita ni juga." bidas Puan Yati.

"Allahuakbar! Jangan menyebarkan perkara yang tidak berlaku, Yati. Ini fitnah. Kau tahu juga fitnah ini dosanya seperti membunuh orang? Jadi, engkau tahukah benda itu betul? Kau juga mendengarnya dari mulut orang, dan bukannya mulut tuan badan sendiri, bukan? Jadi, jangan nak buat kesimpulannya sendiri." dia takkan sesekali membiarkan maruah seorang perempuan dipijak. Dia pasti Qamariah takkan membuat begitu. Qamariah pun jarang keluar rumah. Itupun bekerja di pasar sahaja.

"Lantak kau lah nak percaya atau tidak. Aku malas nak pedulikan. Sekarang ini, barang yang aku beli ni berapa harganya? Aku mahu balik ni. Sudah panas terik." selendangnya dikibas-kibaskan sehingga menampakkan leher serta rambut terkeluar dicelah-celah anak tudung.

Tidak semena-mena Pak Hassan memandang kearah lain sambil beristighfar.

"Semuanya RM 15.00." terus Puan Yati mengeluarkan sekeping bernilai RM10 dan RM5.

"Terima kasih. Datang lagi." senyuman kecil dilemparkan.

"Hm." Puan Yati hanya menguman sebelum kakinya melangkah ketempat lain.

" Puan Yati hanya menguman sebelum kakinya melangkah ketempat lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

First of all, cerita ni kan vibes dia macam zaman dulu-dulu. So, mestilah guna bahasa klasik kan. But, saya tak akan guna bahasa klasik untuk mengelakkan awak semua keliru. Tapi, adalah sikit-sikit. Lagipun, saya tak berapa handal bahasa klasik ni. Jadi, saya tulis macam biasa supaya anda semua tak payah susah-susah cari maksud ayat tu dekat Google.


𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now