12

20 6 0
                                    

Puan Yati yang sedang lalu dikawasan perumahan Qamariah itu, terhenti langkahannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Yati yang sedang lalu dikawasan perumahan Qamariah itu, terhenti langkahannya. Anak matanya merenung Qamariah yang sedang menyiram pokok bunga itu.

Bagaikan automatik, kakinya terasa ingin bergerak kearah Qamariah. Perlahan-lahan Puan Yati mengatur langkah untuk mendekati Qamariah.

Qamariah yang ralit sedang menyiram pokok bunga matahari itu terhenti apabila terasa ada benda yang melanggar bahunya. Bila dia berpaling sahaja, dia melihat wajah tua Puan Yati memenuhi kornea matanya.

"Cik Yati?" terkejut Qamariah apabila tahu gerangan tersebut.

"Kenapa Cik Yati datang rumah Qamar?" soal Qamariah. Takkanlah Puan Yati ni nak jumpa dengan Sabihah? Macam pelik bunyinya.

"Saja. Nak tengok juga gadis yang sudah ditiduri orang." perli Puan Yati.

Qamariah terdiam. Dalam masa dia terdiam, dia agak terasa dengan ayat Puan Yati. Andailah Puan Yati tahu itu adalah fitnah.

"Qamar tidak pernah berbuat begitu. Itu fitnah. Berdosa. Benda terkutuk." tegas suara Qamariah. Niatnya bukan hendak kurang ajar terhadap Puan Yati, tetapi baginya perkara itu agak melampau. Bagaimana seseorang gadis yang taat agama boleh difitnah tidur bersama lelaki? Agak pelik. Mesti ada yang tidak suka akannya dan terus membuat fitnah. Pasti kerana hasad dengki seseorang. Tetapi dia tertanya-tanya, kenapa orang membuat fitnah terhadapnya, padahal dia tidak berbuat apa-apa?

"Hm, memanglah. Bila sudah buat, terus katanya fitnah. Engkau ingat aku orang tua macam aku ni budak kecil lagi? Aku ni lebih makan garam dari kau. Jangan nak cuba tipu menggunakan muka selembut kau ni. Mana tahu disebalik muka selembut kau ni ada muka jahat. Talam dua muka? Kadang-kadang, kita ni jangan percaya sangat dengan muka selembut kau ni. Ingatkan baik, rupanya sebaliknya. Sudah-sudahlah berpura-pura baik. Orang kampung pun dah mula tak suka engkau. Aku pun dari dulu tidak sukakan engkau. Entah apa orang-orang kampung mengagung-agungkan, mendamba-dambakan kau seperti raja. Padahal cuma rakyat biasa sahaja. " sinis Puan Yati. Melihat raut wajah muram Qamariah, lagi dia suka. Baginya Qamariah terlalu lemah.

"Saya tahu, Cik Yati. Saya sedar. Tapi kenapa dengan fitnah? Dengan nama Allah saya tak buat. Benda itu benda terkutuk. Paling Allah benci." terang Qamariah lagi. Mencuba nasib.

"Sebab aku bencikan engkau. Aku rasa adik engkau lagi elok dari kau yang acah alim ni. Lagi satu, aku bencilah kau panggil aku CIK Yati. Cuba kau panggil aku PUAN Yati. Sebenarnya aku tak suka engkau panggil nama aku dengan mulut buruk kau tu. Tapi karang, takda nama pula kau nak panggil aku." perkataan CIK dan PUAN ditekan oleh Puan Yati.

Qamariah tergamam. Sampai begitu sekali dia diperlekehkan.

"Sudahlah. Aku mahu pulang. Terasa meluat pula mahu melihat wajah engkau. Wajah orang acah-acah baik." selepas Puan Yati memerli Qamariah, dia terus berlalu. Sempat Puan Yati menghadiahkan jelingan tajam buat Qamariah. Rasanya dia lebih elok berbual dengan Sabihah dari Qamariah.

Qamariah mengeluh perlahan sebelum dia menutup pili air. Hilang sudah mood nya ingin menyiram pokok. Lagipun dia tidak mahu orang mengatanya lagi apabila dia berda diluar. Biarlah dia dan Luqman menjaga aib sendiri.

 Biarlah dia dan Luqman menjaga aib sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

rasa macam malas pula nak buat ayat-ayat formal macam ni. Guna jela ayat biasa. Janji paham.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍Where stories live. Discover now