14

17 5 4
                                    

Lepas habis seminggu, berulang-ulang kali soalan itu berlegar-legar di kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas habis seminggu, berulang-ulang kali soalan itu berlegar-legar di kepalanya. Tidak pernah berhenti Qamariah memikirkan. Sampai sekarang dia tidak dapat jawapan lagi. Namun, dia tidak mahu mengecewakan hati sesiapa.

Qamariah mengeluh kesekian kalinya. Dia harus ke pasar. Sudah terlambat untuknya ke pasar.

Qamariah melangkah keluar dari biliknya dan terus ke dapur. Dia mahu bersarapan dahulu sebelum ke pasar.

" Wah! Nasi goreng." kata Qamariah teruja. Dilihat sekilas adik kembarnya di tepi. Hanya makan dengan tenang tanpa ada menggangu sahaja mukanya.

"Jemputlah makan Qamar. Bapak masak banyak sedikit untuk kamu berdua makan." arah Shah Ismael.

"Susah-susah je, bapak." ujar Qamariah malu.

"Tak mengapalah. Asyik Qamar je masakkan, biar lah bapak pula yang masak. Yang sorang lagi tu, tak tahu lah bila nak masakkan untuk bapak." dijeling sekilas wajah anak keduannya.

Terangkat wajah Sabihah apabila merasa dirinya 'diperli' oleh Shah Ismael. 

Sabihah mengeluh kasar. Tidak senang pula dia mahu makan. Tadi terasa elok sahaja.

Qamariah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan niatnya untuk membuat sang adik kecil hati.

"Duduklah, Qamar." arah Shah Ismael sekali lagi pabila Qamariah masih tiada tanda untuk duduk.

"O-ohh, baiklah." terus Qamariah duduk diatas kerusi bersebelahan Sabihah itu.

Sabihah mendengus geram. Tak semena-mena dia bangun dan terus ke singki.

"E-eh! Biha!" panggil Qamariah pabila adiknya sudah meninggalkan mereka berdua di meja makan. Perasan tadi, nasi goreng didalam pinggan Sabihah masih banyak. Takkanlah Sabihah mahu buang pula? Rezeki tu. Tak elok membazir. Ataupun, Sabihah merajuk kerana diperli Shah Ismael?

Qamariah baru sahaja mahu bangun untuk menegur adiknya, terus duduk apabila ditegur oleh Shah Ismael.

"Biarkan sahaja dia." ujar Shah Ismael dan terus menyambung menyuap nasi goreng kembali.

"Baik, bapak." ditatap sayu kearah singki sebelum Qamariah mengalihkan pandangan kearah pinggannya. Disambung suapannya kembali.









"Apa khabar, Qamar?" sapa Pak Hassan apabila melihat Qamariah sedang menyusun sayur-sayuran keatas meja untuk dijual.

"Baik, Alhamdulillah, Pak Hassan. Pak Hassan apa khabar?" Qamariah pula menanya soalan yang sama seperti Pak Hassan tanya dia sebentar tadi.

"Baik Alhamdulillah, Qamar. Dah tua-tua ni, banyak je penyakit, Qamar. Cumanya, kita kena bergantung dekat Allah SWT lah." ujar Pak Hassan. Qamariah mengangguk benar. Memnag benar kata Pak Hassan.

Sampai itu sahaja percakapan mereka. Masing-masing sibuk dengan jualan masing-masing.

"Yang ni berapa, dik?" salah seorang pemuda bertanya. Tanpa dia melihat wajah Qamariah, dia bertanya.

Qamariah melihat sayur yang dipegang oleh pemuda itu. Ternyata kangkung.

"Ohh, yang itu cuma 1.50 sahaja." senyuman kecil dilemparkan.

Tidak semena-mena pemuda itu mengangkat wajah." Eh! Qamar rupanya. Tak jadi belilah." diletak kembali kangkung yang dipegang.

"Eh! Tapi kenapa? Kangkung saya tak elok ke?" suaranya sedikit cemas. Rasanya, dia sudah melihat sayur yang elok dan sayur yang tidak elok semalam.

"Tak jadi beli dekat tangan orang pelacur." tanpa aba-aba, pemuda itu terus meinggalkan gerai Qamariah tanpa meminta maaf dengan ayatnya itu.

Qamariah tersentak. P-pelacur?

Terasa sebak hatinya pabila ada yang mengatanya begitu.

"Ya Allah, mengapakah ujian sebegini yang Engkau turunkan buat aku?" gumamnya didalam hati. Air mata ditahan supaya tidak pecah. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa sakitnya dia sekarang.

Pak Hassan menggeleng kepala apabila pemuda itu melayan Qamariah sebegitu.

"Qamar." panggil Pak Hassan.

"Ye." sahut Qamariah. Air mata yang berada ditubir mata dielus supaya tidak dilihat yang dia sedang menangis ketika itu.

"Bersabar ye, nak. Allah beri ujian untuk kita, kerana Allah sayang. Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman, "Aku berada disisi persangkan hambaKu, dan aku selalu bersamanya di saat dia mengingatKu." (HR Muslim). Luahkan segalanya pada Dia. Jikalau tiada siapa yang mahu mendengar luahanmu, luahkan pada Dia. Mengadu pada Dia. Dan ingatlah satu hadis itu, Dari Abu Hurairah r.a. , bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada sesuatu yang mulia di mata Allah dibanding doa." (HR. Ahmad,Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibhan)." panjang lebar Pak Hassan memesan. Diselitkan sedikit hadis dari ilmu pengetahuan Pak Hassan supaya dari hadis itu memberi sedikit ketenangan didalam diri Qamariah.

"Terima kasih atas sedikit titipan itu, Pak Hassan. Qamar hargai. Terima kasih sekali lagi." ucap Qamariah syukur.

"Sama-sama kasih, Qamar. Ingat, sentiasalah kuat walau apa-apa jadi." pesannya lagi. Qamariah senyum kecil.

"Eh! Hassan. Kau ni, aku duk terpekik kata harga ni berapa, kau buat taktau je kan?" wanita tua itu bercekak pinggang. Puan Rosnah namanya.

"Maaflah, Rosnah. Aku bersembang dengan Qamar tadi. Semuanya RM5.00." sengihnya tidak bersalah.

"Ohh, Qamar. Hai Qamar!" sapa Puan Rosnah gembira. Not RM5 dikeluarkan dari beg dan diberikan pada Pak Hassan.

"Gembira semacam je kau, Rosnah. Ada apa-apa ke?" kata Pak Hasnah ingin tahu. 

"Anak aku nak kahwin bulan depan." ujar Puan Rosnah teruja.

"Patutlah gembira semacam. Anak nak kahwin rupanya. Dengan siapa?" tanya Pak Hassan.

"Nanti kau tengoklah orangnya siapa. Jangan lupa datang. 12/5 ni. Qamariah pun datang lah." sempat dia berpesan pada Qamariah.

"Baik, Cik Rosnah."

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now