8

34 7 4
                                    

Qamariah mencelik matanya apabila silau cahaya matahari menembus lubang-lubang kecil di atap bumbung

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Qamariah mencelik matanya apabila silau cahaya matahari menembus lubang-lubang kecil di atap bumbung. Lengan baju panjangnya ditarik sehingga tidak dapat melihat tangannya. Walaupun sudah matahari diatas kepala, tetap Qamariah berasa sejuk. Mungkin kerana hujan semalam. Kerana hujan semalam yang menembusi lubang-lubang kecil itu membuatkan dia susah tidur dan cepat terjaga. Terpaksalah dia menahan sejuk pada malam semalam.

Qamariah menggosok perutnya yang lapar itu. Dari semalam lagi, Sabihah tidak sampai.

"Dimana engkau, Sabihah?" gumam Qamariah perlahan.

Krekk

Pintu stor itu dibuka. Terpampang wajah Sabihah yang berdiri dihadapan pintu tersebut.

Qamariah tersenyum lebar melihat ada makanan ditangan Sabihah.

Sabihah mencampak roti dan air putih. Air putih yang berada didalam botol kecil terkena di betis Qamariah. Terasa perit pabila air putih itu terkena dibetisnya.

"Te-terima kasih" ujar Qamariah.

Sabihah menjeling. "Aku bukan simpati keatas engkau. Namun, aku tidak mahu engkau mati." kasar bahasa Sabihah sebelum dia keluar dari bilik stor tersebut. Terdengar bunyi kunci yang dimasukkan didalam mangga.

Qamariah menahan air matanya agar tidak tumpah. Terasa sebak seketika. Walaupun adik kembarnya membencinya, dia ingat juga akan Qamariah walaupun Sabihah tidak ikhlas.

Qamariah membuka bungkusan plastik roti itu.

"Bismillah." ucap Qamariah sebelum roti disumbatkan dan dikunyah perlahan-lahan.

Sabihah yang berada diluar, tersenyum sinis sambil kunci diterbang-terbangkan dan menangkap kunci itu semula. Terasa aman sedikit hidupnya.







"Mana kakakmu?" tanya Shah Ismael pabila dia tidak nampak kelibat Qamariah.

Sabihah menjeling malas sambil mengeluh kasar. "Aku pun tidak tahu. Mungkin dia bersama lelaki kampung yang berada dikampung sebelah?" nafi Sabihah. Dia malas mahu berpura-pura lagi. Biarlah Qamariah merasa kesakitan pula. 

Shah Ismael mengerut dahi. "Mengapa engkau berkata begitu?" tanya Shah Ismael lagi.

"Tidak apa-apa lah. Mungkin satu hari nanti, terbongkar rahsia yang disimpan Qamar?" Sabihah mengangkat bahu seperti berlagak tenang. Usai dia berkata, dia terus berlalu.

Shah Ismael mengerut dahi lagi. Apa maksud Sabihah?

Shah Ismael mengeleng kepala. Mengusir tindak-tanduk syaitan yang mula menghasutnya untuk mempercayai kata-kata Sabihah sebentar tadi.

Lagipun dia tahu, Qamariah tidak akan membuat demikian.

Shah Ismael terus keluar dari rumah itu. Dia mahu memotong rumput. Rasanya, rumput-rumput sudah dipotong minggu lalu. Dia tidak tahu siapa yang baik hati memotong rumput itu. Tetapi, dia hanya sekadar berdoa supaya seseorang itu mendapat pahala dari kebaikannya.

Shah Ismael berlalu kebilik stor. Dilihat mangga telah dikunci. Shah Ismael pelik. Bukankah bilik stor ini tidak dikunci? Siapa pula yang menguncinya?

Shah Ismael mengeluh perlahan. Dia kembali kedalam rumah untuk mengambil kunci pendua bilik stor itu.

Nasib ada kunci pendua. Dia pun tidak tahu dimana kunci bilik stor lagi satu. Mungkin sudah hilang?

Shah Ismael memasukkan kunci kedalam mangga tersebut.

KLIK

Segera dia membuka mangga itu. Kunci pendua diletakkan didalam poket seluar agar tidak mudah jatuh dimana-mana.

Tolak sahaja pintu, tekejut bukan kepalang Shah Ismael.

Air mata nya tertumpah. Melihat Qamariah baring bersama kedua lutut dipeluk membuatkan hatinya terasa pilu. Siapakah gerangan yang telah membuat anaknya begini?

"Qa-qamariah." panggil Shah Ismael sambil tubuh Qamariah digoyangkan secara perlahan.

Tidak dapat balasan dari Qamariah, terus Shah Ismael mengangkat Qamariah.

Sah! Anaknya pengsan. Pintu bilik stor untuk menutupnya kembali dan ingatannya untuk memotong rumput tadi sudah hilang dari pemikirannya. 

Kini, hanya anaknya sahaja berada didalam otaknya.

 Seorang ayah mungkin hanya menjadi ayah untuk sementara waktu, tetapi dia adalah pahlawan bagi anak selama-lamanya.

"Sabihah!"

"Sabihah!"

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

TBC


𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡حيث تعيش القصص. اكتشف الآن