13

19 6 0
                                    

"Saya dah buat keputusan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya dah buat keputusan." terasa pelik pula apabila Luqman menggelarkan dirinya 'saya'. Selalunya 'engkau-aku-kau' sahaja. Tapi, layan jelah.

Angin sepoi-sepoi itu menampar-manampar wajah mereka. Sambil menghirup angin, sambil itulah mereka duduk dipangkin rumah Qamariah. Luqman yang datang kerumahnya tadi. Katanya mahu berbincang sesuatu dirumahnya. Kalau nak mengalu-alukan Luqman masuk kedalam rumahnya, lagi menimbulkan fitnah adalah. Rumahnya tiada orang. Jadi, dia hanya duduk dipangkin sahaja. Kalau orang memfitnahnya, dia tidak kisah. Kerana dia buka berdua tetapi bertiga.

Ya. Adiknya Luqman. Laika Ar-Raudhah. Bermaksud (Laika : Indah + Ar Raudhah : Taman Syurga) Adiknya Luqman tidak seperti orang biasa. Laika OKU. Walaupun OKU sejak lahir, Laika diberikan wajah yang cantik. Walaupun sudah menginjak 11 tahun. Dia pekak atau bahasa sopannya, Laika tidak boleh mendengar dengan jelas. Bila orang menjerit di telinganya sahaja dia boleh mendengar orang itu bicara. 

"Keputusan? Keputusan apa maksud kau?" soal Qamariah. Luqman senyum nipis.

"Bahasakan diri Qamar sebagai 'saya'. Luqman lagi suka bila Qamar bahasakan diri sendiri sebagai 'saya'. Lagi senang guna 'saya-awak' je." ujar Luqman lembut.

"E-erm. Saya bahasakan diri saya 'Qamar' jelah. Bahasakan diri masing-masing guna nama je. Lagi sedap bunyinya." arah Qamariah gagap.

"Sukahati Qamar lah. Janji Qamar bahagia." terus terbit senyuman nipis Qamariah.

Hening seketika. Qamariah pun lupa apa yang Luqman ingin bicarakan sebentar tadi.

"Luqman dah buat keputusan." Luqman lebih dahulu bersuara bersama ayat yang sama yang dia bicarakan sebentar tadi.

"Keputusan apa? Sudah lebih dua kali Luqman berkata tentang keputusan. Tetapi hanya setengah jalan sahaja." terletus tawa Luqman apabila Qamariah berkata begitu.

"Kenapa Luqman ketawa?" soal Qamariah pelik. Terus reda ketawa Luqman.

"Ayat Qamar membuatkan Luqman ingin ketawa." terkerut dahi Qamariah. Ingin ketawa? Lawak sangatkah ayatnya tadi?

Melihat Qamariah diam, terus Luqman dia. Memerah wajahnya. Malu pula dia.

"Ehem ehem." Qamariah senyum. Nampak sangat yang Luqman malu.

"Keputusan untuk mengahwini Qamar. Izinkan Luqman buka hati Qamar dengan Al-Fatihah agar hati Qamar tergoncang oleh Az-Zalzalah. Kerana Luqman tahu hati Qamar tak sekeras Al-Hadid melainkan selembut Ar-Rahman." terus pudar senyuman Qamariah. Dalam masa yang sama, dia terharu akan ayat Luqman. Pandai Luqman bermain kata-kata.

Krikk

Krikk

"K-kenapa?" terus keluar suaranya.

"Luqman sudah penat dengan fitnah yang dibuat-buat orang. Bukan Luqman tidak mahu membangkang, tetapi Luqman sudah lelah dengan apa yang orang kampung katakan. Ya. Luqman tahu Luqman pengecut. Buat keputusan terburu-buru begini. Tetapi, dengan cara ini sahaja dapat mengakhirkan fitnah itu. Sumpah Demi Allah, Luqman buat begini kerana Allah. Luqman solat istikharah untuk minta petunjuk, tetapi didatangi seorang gadis cantik sedang menghayunkan buaian. Luqman pasti itu adalah Qamar. Jadi, Luqman harap Qamar dapat menerima luahan dan keputusan ini." luah Luqman.

Qamariah tergamam. Buaian? Gadis? Kenapa seperti dia? Tetapi, dia tidak mahu berkahwin lagi.

"Maafkan Qamar, Luqman. Tetapi jawapan Qamar adalah, tidak. Buat masa sekarang, Qamar tidak mahu berkahwin lagi." sayu suara Qamariah.

"Tidak mengapa. Berilah masa sebanyak mungkin, Luqman tetap akan menunggu sampai akhir hayat Luqman. Kerana Luqman tahu, Qamar lah jodoh Luqman yang telah ditetapkan oleh Allah. Luqman datang lagi minggu depan untuk mendengar jawapan Qamar lagi. Luqman terima sahaja apa-apa jawapan dari Qamar. Luqman balik dulu, Assalamualaikum." 

"Jom, Laika. Kita balik." terus digenggam sahaja tangan kecil Laika, dan terus Luqman dan Laika pulang. Dia tahu Laika tidak dapat mendengar, jadi dia tarik sahaja tangan adiknya itu.

 Sempat Laika melambaikan tangannya kearah Qamariah. Qamariah membalasnya kembali.

Dipandang Luqman dan Laika yang semakin menjauh. 

"Waalaikumussalam." gumam Qamariah sebelum masuk kedalam rumah.








" Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan tentang perjodohan antara aku dan Luqman memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku. Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan tentang perjodohan antara aku dan Luqman ini memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu. Aamiin. Ya Rabbal Alamin." terus Qamariah mengaminkan doa. Terasa tenang pula membuat qiamullail pada setengah malam ini. Bila dia membuat qiamullail pada setengah malam, pasti dia akan tenang. 

Qamariah bangun dari duduknya. Sejadah dibiarkan begitu sahaja bersama telekung dibiar menutupi tubuhnya. Pintu tingkap dibuka. Terlihat bulan yang menyinari pada malam itu. Terlampau cantik.

Tidak semena-mena dia teringat perbualannya bersama bapaknya ketika dia masih berumur 10 tahun.

"Kalau aku sedih, pasti aku akan melihat bulan itu. Lihatlah betapa cantiknya bulan itu, bapak. Sinaran cahayanya mampu menerangkan hari-hariku supaya menjadi lebih indah." ujar Qamariah teruja. 

"Iya? Bulan itu memang cantik. Semua ciptaan Allah memang cantik belaka. Seperti puteri bapak ini." digomol-gomol pipi Qamariah.

"Hisy, bapak ni! Janganlah gomol pipi Qamar. Nanti jadi bulat. Lepas jadi bulat, jadi pau. Bapak nak ke pipi puteri bapak ni jadi makanan? Taknak kan?" 

"Mestilah bapak taknak. Nanti ramai nak makan pipi anak bapak ni. Kalau pipi bulat tak jadi masalah." Shah Ismael terus menyambung menggomol pipi Qamariah lagi.

"Hisy, bapak! Janganlah!"

Tersenyum Qamariah apabila teringat kejadian itu. Ketika dia masih kecil, dia ingin menjadi dewasa. Apabila dia menginjak dewasa, terasa menyesal pula apabila berkata begitu. Terasa ingin jadi kecil semula. Betullah orang kata, semasa kecil, lagi banyak memori terindah kita daripada semasa dewasa.

Apabila sudah lama melihat bulan itu, Qamariah membuat keputusan untuk menutup pintu tingkap. Lepas menutup pintu tingkap, dia kembali ke sejadahnya yang tidak terlipat tadi. Dia mengambil Al-Quran di atas meja dan diletakkan keatas Rehal.

Kemudiam, Qamariah membuka Surah Yassin untuk dibaca. Dia ada mendengar dari Shah Ismael bahawa Surah Yassin dapat memudahkan urusan kita. Jadi, pada malam ini, dia ingin membaca Surah Yassin supaya dapat memudahkan urusannya.

"Bismillahirahmanirrahim. Yassin." diteruskan bacaan Yassin hingga akhir ayat.

TBC

janganlah jadi silent readers. Comment lah sikit 



𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now