2

29 8 0
                                    

Usai Qamariah pulang, dia terus masuk kedalam kamar mandi untuk bersiram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai Qamariah pulang, dia terus masuk kedalam kamar mandi untuk bersiram. Selepas dia mandi, dia terus ke dapur untuk masak santapan untuk keluarganya.

"Sabihah! Dimana engkau berada?" laung Qamariah sedikit kuat.

"Aku berada di belakang? Kau mahu meminta bantuan daripada aku kah, Qamar?" laung Sabihah pula.

"Tidak mengapa. Aku cuma bertanya." Qamariah sambung memasak kembali. Dia harus cepat supaya santapan untuk mereka siap sebelum Shah Ismael sampai di rumah.




"Assalamualaikum." laung Shah Ismael sebaik sahaja kakinya melangkah kerumah.

"Walaikumussalam." jawab Sabihah yang berada di kusyen itu. Bukunya ditutup dan diletakkan di atas kusyen. Qamariah kata, jikalau Shah Ismael pulang, barulah mereka boleh makan. Qamariah degil! Shah Ismael berapa kali menyuruh mereka adik-beradik makan dahulu. Tidak usah menunggu Shah Ismael. Namun, dibantah oleh Qamariah. Kerana, perbuatan itu tidak beradab. Kalau Sabihah menunggu sebentar, bolehlah mereka sekeluarga makan bersama. Sambil itu, dapatlah mereka berkumpul.

"Mana Qamar?" soal Shah Ismael. Sabihah yang menyalam tangannya, Shah Ismael senyum nipis.

"Qamar berada di dapur. Katanya mahu masak." ujar Sabihah.

"Engkau tidak tolong kakakmu?" soal Shah Ismael pelik. Apa sahaja yang Sabihah buat di rumah ini?

Sabihah mati kata. Takkanlah dia mahu memberi alasan, 'tidak pandai memasak' ?

"Qamar berkata kepadaku, tidak usah menolongnya. Jadi, aku tidaklah menolong Qamar." terang Sabihah. Malu sebenarnya ditegur oleh bapa sendiri. 

Shah Ismael menggeleng kepala. " Walaupun Qamar berkata begitu, engkau harus juga menolongnya. Qamar baru sahaja balik dari pasar, dan terus melakukan kerja rumah. Bapak bukan mahu memarahi engkau, tetapi engkau sebagai seorang perempuan, haruslah pandai membuat kerja rumah." pesan Shah Ismael. Diusap kepala Sabihah sebelum dia meninggalkan ruang tamu.

Sabihah menunduk. Semuanya salahnya kah? Shah Ismael tidak boleh memilih kasih. Kenapa harus kembarnya diagung-agungkan. Qamar juga manusia. Dia juga manusia. Tetapi kenapa dia tidak mendapat layanan istimewa seperti Shah Ismael melayan Qamariah. Kerana Qamariah berdarah putih? Begitu?







Usai makan, Qamariah terus mengangkat pinggan kotor. 

Dengan tiba-tiba Shah Ismael menegurnya. " Tidak usahlah engkau membuat kerja lagi, Qamar. Suruh sahaja Sabihah yang lakukan." terangkat kepala Sabihah mendengar namanya dipetik. Lagi?

Qamariah senyum nipis. " Tidak mengapa bapak. Aku boleh lakukan." ujar Qamariah ikhlas.

Sabihah rasa tersinggung. " Kau duduk sahaja, Qamar. Biar aku membasuh pinggan. Tidak adil lah begitu. Engkau sudah memasak, biarlah aku membasuh pinggan pula." sampuk Sabihah yang sudah berdiam lama.

"Kalau macam itu, aku akan menolong engkau sekali." cadang Qamariah.

Sabihah tidak tahu berkata apa-apa lagi. Lihat! Qamar seorang yang degil!

"Terserah engkau." Sabihah terus mengangkat sisa pinggan yang tinggal di atas meja. Termasuklah, pinggan Shah Ismael sekali.

"Terima kasih, puteri-puteriku." ucap Shah Ismael.

Mereka berdua tersenyum lebar. " Sama-sama kasih, bapak." serentak mereka membalas.

Setelah Qamariah dan Sabihah berlalu, Shah Ismael senyum nipis. Dia amat sayangkan kedua-dua puterinya.







"Biar aku basuh. Engkau hanya lap pinggan menggunakan kain itu sahaja." ujar Qamariah. 

"Baiklah." pinggan-pinggan yang sudah dibasuh, Qamariah beri kepada Sabihah. Sabihah terus mengambil laju. Nasib sahaja pinggan itu tidak jatuh ke lantai kerana Sabihah menarik kasar pinggan itu.

Qamariah menggeleng sambil tersenyum nipis melihat semangat Sabihah itu. Dengan cara ini, dia bolehlah mendidik Sabihah supaya boleh melakukan pekerjaan dirumah jikalau dia tidak berada di rumah.

Sabihah senyum malu. Dia segera mengelap pinggan mangkuk itu.

Habis sahaja mereka berdua membasuh dan mengelap pinggan mangkuk di dapur, mereka berdua mahu berlalu dari dapur. Tapi dengan tiba-tiba Sabihah berhenti dan menarik tangan Qamariah.

Qamariah yang tidak sempat memproses itu, hampir sahaja jatuh. Dia memandang Sabihah dengan kerutan. " Kenapa?" soal Qamariah pelik.

" Engkau jangan berpura-pura menjadi baik sangat semata-mata mahu menarik perhatian bapak dan disanjungi oleh orang ramai." sinis Sabihah sebelum dia berlalu ke biliknya kembali.

Qamariah memandang Sabihah yang jauh itu dengan kerutan lagi. Berpura-pura? Siapa yang berpura-pura? Namun, Qamariah hanya mengabaikan. Dia banyak benda yang harus dilakukan di rumah ini. Mungkin Sabihah hanya bergurau?

 Mungkin Sabihah hanya bergurau?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC




𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now