15

17 5 0
                                    

"Kenapa Qamar mahu berjumpa denganku?" soal Luqman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa Qamar mahu berjumpa denganku?" soal Luqman.

Qamariah mengerut dahi. "Kenapa? Salahkah Qamar bertemu dengan Luqman?" soal Qamariah kembali.

"E-rr, tidak salah. Tetapi, Luqman cuma bingung sahaja."

"Qamar mahu jumpa dengan Luqman kerana Qamar terima pinangan dari Luqman." ujar Qamariah senafas. Dia sudah redha jikalau Luqman adalah jodohnya. Kerana dia tahu, semua yang berlaku kerana ketetapan Allah.

Luqman terdiam. Raut wajahnya juga sudah bertukar. "Serius? Qamar tak main-main, bukan?" tanya Luqman. Dia sudah penat diberi fake hope.

"Ya, Luqman. Qamar tidak akan bermain-main jika melibatkan soalan ini." terang Qamariah.

Luqman senyum gembira. "Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana sudah mengabulkan doaku." sempat Luqman membuat sujud syukur disitu. Manakala reaksi Qamariah hanya menggaru kepala. Terasa kekok pula.

Qamariah senyum kecil melihat wajah bahagia Luqman. Jikalau Luqman gembira, hatinya juga gembira.

"Bila tarikh nya?" soal Luqman tiba-tiba.

"Amboi! Tak menyempat dia ni." Qamariah menggeleng kepala, manakala Luqman tertawa kecil.

"Ikut Luqman lah. Qamariah hanya ikut." putus Qamariah. Biarlah Luqman yang membuat keputusan.

"Bulan depan, bolehkah?" tanya Luqman.

"Erm, boleh mungkin. Luqman jangan lupa datang kerumah Qamar untuk menjumpai bapak Qamar, ya." Luqman mengangguk laju. Teruja betul!

Qamar menggeleng kepala.







"Eloklah kamu berdua kahwin. Dapat hindar dari fitnah tu juga." ujar Shah Ismael.

Qamariah memandang wajah Shah Ismael sebelum memulakan ayatnya kembali,

"Bapak tidak marah jikalau aku berkahwin dengannya?" tanya Qamariah. Dia cuma takut hal dulu akan berlaku sahaja.

Shah Ismael memandang anaknya sambil mengusap kepala Qamariah lembut.

"Aku sudah lupakan hal itu, Qamar. Jangan risau. Kali ini, aku letakkan semua kepercayaanku kepada Luqman." bersungguh-sungguh Shah Ismael berkata.

Qamariah senyum kecil. "Alhamdulillah. Qamar ingat, bapak akan tidak restu perkahwinan kami."

Shah Ismael menggeleng. "Semua yang anak aku suka atau minat, Insya Allah akan ku turuti. Kalau dengan itu membuat Qamar bahagia, aku turut bahagia bersama." terharu Qamariah pabila mendengar ucapan ikhlas Shah Ismael itu. Rasa mahu menangis pula.

"Terima kasih, bapak. Kaulah lelaki pertama yang kucintai." dia memeluk tubuh sang ayah.

"Bapak juga sayangkan Qamar."

Qamariah tersentak apabila pintu utama ditutup kasar. Terus Qamariah pergi melihat. Takut ada sesuatu buruk akan terjadi.

"A-ahmad? Apa kau buat disini?" dia ingatkan pencuri masuk, rupanya Ahmad.

"Saja. Aku mahu berehat sebentar. Lenguh aku dikejar ah long tadi." Qamariah terdiam. Berehat?

"Ahmad, sila keluar dari rumah Qamar. Kita cuma berdua. Haram pabila lelaki dan wanita berdua-duaan kerana takut didatangi orang ketiga."

"Rilex lah, Qamar. Apa nak kecoh. Aku diamkan sahaja lah nanti. Kalau terbongkar dekat Luqman, pandai-pandailah aku tutup pasal kita ni." Qamariah menutup mata. Terasa jijik bila dia dengar. Dia ingatkan Ahmad seorang yang baik, rupanya sebaliknya.

Dengan kudrat yang dia ada, terus dia menolah tubuh Ahmad untuk keluar dan dikunci rapat pintu utama.

Dia melorot jatuh bersandarkan pintu. Air matanya ditahan. Dia takut akan difitnah kedua kalinya.

"Ya Allah, kau hindarilah fitnah atau aib-aib ku, Ya Allah." ucap Qamar. Dia takut juga apabila Shah Ismael akan tidak percayanya walaupun dia anak kesayangan Shah Ismael. Kebetulan pula, Shah Ismael dan Sabihah tiada di rumah. Masing-masing keluar.

Qamariah terus bangun dari duduk bersama mengelap air mata yang bergenang dan terus ke tandas untuk mengambil wudhuk. Waktu Zohor akan tiba sebentar lagi.




Sabihah senyum sinis. Dia sedang menyorok di sebalik bunga-bunga dihadapan rumahnya.

Ahmad menghampiri Sabihah.

"Ingat duit yang kau janjikan kepada ku itu. Rm 1,000 ye." pesan Ahmad. Kerana dia tahu, Sabihah suka memungkiri janjinya.

Sabihah mengguling matanya malas. "Ya. Aku tahulah. Nanti aku bagilah. Menyemak betul." ayat akhir, diperlahankan.

"Kau dah tangkap kan gambar kan tadi?" soal Ahmad.

"Dah. Tak sabar nak buat budak perempuan tu jatuh lagi. Biar dia rasakan langit tinggi ke rendah. Siapa suruh rampas hak milik aku. Kan dah kena."

"Pfftt! Hak milik kau? Kau kata Luqman hak milik kau?" hampir terkeluar tawa Ahmad.

"Kenapa?" riak wajahnya bertukar menyampah.

"Luqman tu bukan kacak sangat pun. Tu juga kau terkejar-kejar." terang Ahmad.

"Suka hati aku lah. Taste aku kan? Kau tu takda crush, diamlah." bidas Sabihah.

"Crash ke Crush?"

Sabihah menjeling tajam.

"Dah. Kau pergi balik lah. Duit, nanti aku bagi."

"Boekkl!! Ini last aku buat kerja macam ni. Aku ni memang jahat, tapi takdalah sejahat kau yang nak runtuhkan masjid orang. Kacau life orang." bidas Ahmad selamba.

"Apa kau kata?!" Sabihah menyinsing baju nya. Sandal dikaki diambil. Tunggu mahu baling di Ahmad sahaja.

"AHH!! LARI!! SINGA DAH MARI!!" lintang-pukang Ahmad berlari.

"TAPI, BETULKAN AKU CAKAP TADI? YANG KAU TU LAGI JAHAT? BY THE WAY, JANGAN LUPA BAYAR DUIT AKU. INGAT! HUTANG WAJIB DIBAYAR, TAKUT NANTI DEKAT AKHIRAT KAU MERINGKUK MOHON MAAF DEKAT AKU SEBAB TAK BAYAR HUTANG. HAHAHAHAHA." lantang suara Ahmad menjerit. Tidak kisah orang yang memandangnya.

"Kau tunggu, Ahmad!!!"

"Kau tunggu, Ahmad!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

maaf kerana lambat update. konflik semakin menghampiri dan Sabihah makin jahat 😈


𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now