2

1.5K 116 3
                                    


Perkampungan bunian?

Bulu roma Hazel terus mencanak naik. Eh gila weh kalau macam ni. Sesat sampai masuk perkampungan bunian. Kau nak keluar memang susah la Hazel. Silap silap kau tak dapat balik langsung.

Hazel mula menyesali tindakannya keluar dari kereta itu. Sepatutnya tunggu je hari siang. Gatal sangat nak keluar, lapar lah panas lah. Padan mula kau.

Pintu tiba tiba dibuka dan satu susuk orang tua keluar dari belahan pintu tersebut. Hazel menelan air liur, kaku. Dilihat figura tua itu atas bawah. Tampak normal, berbaju kurung. Kaki ada je atas lantai.

Bukan tak ada kaki.

" Anak nak makan?" Soal orang tua itu tersenyum manis. Hazel diam, angguk tidak, geleng pun tidak.

" Jangan risau, mak cik ni manusia lah. Panggil saja Mak Temah," Mak Temah senyum simpul melihat wajah pucat Hazel yang jelas.

Oh! Manusia.

Hazel lega. Tetapi itu tak dapat menghapus persoalan bagaimana boleh ada kedai di tengah jalan raya yang sunyi ini.

" Anak nak makan?" Lagi sekali persoalan yang sama diutara dan kali ini anehnya Hazel mengangguk angguk. Dia perasan Mak Temah memandang lama ke arah lehernya.

Ada apa? Tangannya naik meraba raba lehernya spontan. Ada loketnya sahaja.

" Mari masuk," pelawa Mak Temah dan lantas membuka pintu kedai tersebut.

Wah!

Rupanya ramai manusia yang sedang menjamu selera dalam kedai ini. Masing masing sedang membicarakan tentang hal seharian. Mak Temah dan Hazel melalui meja demi meja hingga sampai ke satu meja kecil bersama dua kerusi.

Hazel mengambil tempat tanpa disuruh. Dia memang cukup lapar. Bau masakan nasi goreng makin menusuk ke lubang hidung. Daging bakar juga terbayang bayang dalam kepalanya.

" Anak nak makan apa?" Soal Mak Temah sambil memberikan senyuman. Hazel dengan rasa tidak sabar memberitahu nasi goreng udang dan teh o ais. Tak jadi lah daging, duit dah lah ngam ngam rm50 ni.

Mak Temah angguk kecil.

" Anak nama apa?" Soal Mak Temah.

" Hazel, mak cik. Hazel Elmeera," sahut Hazel sengih. Perut dah berdondang sayang. Tak pe perut kejap lagi aku isi kau eh.

"Hazel, sedap nama kamu. Duduk dulu Hazel. Kejap lagi sampai makanan kamu," kata Mak Temah lalu berjalan masuk ke dapur.

Masa menunggu digunakan Hazel dengan memerhatikan gelagat manusia di sekelilingnya. Hairan dia sebenarnya.

Kenapa satu kereta pun tak lalu di kawasan jalan tadi jika dilihat kereta yang bersusun banyaknya di luar. Takkan kesemuanya dari arah bertentangan. Agak logik juga alasan itu tapi macam aneh.

Hazel memincingkan mata lagi.

Para wanita memakai gelang emas yang kelihatan berukir. Besar besar pula ukirannya. Kuning menyerlah. Kaya betul tengok depa ni.

Eh baru Hazel perasan sesuatu.

Kesemua manusia didalam itu tiada satu pun yang berusia. Semuanya muda, kacak dan jelita. Uih, kedai yang dia duduk sekarang ni mungkin ala ala hipster kot. Rupa luar macam kedai kopi kampung. Tapi dalamnya dah macam cafe.

Sesaat kemudian, nasi goreng yang dipesan terletak elok di atas meja. Aromanya cukup mengancam. Air teh o ais juga berada bersama. Sedapnya.

Baru sahaja dia ingin menyuap, dia perasan ada seorang lelaki merenung tajam ke arahnya. Sekali lagi dia menoleh ke arah lelaki itu, tetapi lelaki itu sedang berborak dengan rakan semejanya. Hazel mengerut dahi. Rasanya tadi.....

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now