43

1K 101 18
                                    


"Andhika."

Terus tangan yang ralit mengusap pipi si dara itu terhenti. Mata helangnya bersabung dengan mata redup si ibu yang tenang memandangnya.

Senyuman kecil diberikan oleh wanita berusia itu.

" Kasihan dia, penat jaga ibu." Gumam Cik Puan Seroja, masih senyum memerhatikan Andhika yang terkulat kulat malu.

Malu konon, padahal dia yang suka.

"Ibu sudah sihat?" Soal Andhika, segan sungguh tertangkap begini.

"Makin sihat Dhika. Terima kasih pada si dara ini, dia cukup pandai merawat ibu."

Rasa serba salah menggunung dalam hati Andhika. Sepatutnya itu tugas dia sebenarnya.

" Maafkan Dhika ibu, Dhika benar benar punyai banyak tugas yang menanti. Sebentar tadi baru sahaja tamat latihan skuad pengiring. Dhika belum dapat calon sesuai untuk gantikan Dhika sebagai Jeneral." Andhika bergerak menghampiri ibunya dan mencapai tangan mahu menyalami.

Cik Puan Seroja hanya geleng.

" Tak apa Dhika. Ibu faham akan tugas kamu. Jangan risaukan ibu, ibu baik baik sahaja." Ucap Cik Puan Seroja sambil melihat Hazel yang sedang tidur. Dia meleraikan tautan tangannya dengan Hazel, dengan niat mahu memberi keselesaan pada gadis itu.

Andhika menghenyak punggung, duduk di sebelah ibunya perlahan lahan.

Suasana hening seketika.

" Dhika sukakan Hazel?" Tersentak dengan pertanyaan itu, Andhika memandang ibunya.

Si wanita tua itu tersenyum.

" Tak perlu nak sorokkan apa yang berada dalam hati kamu Dhika. Ibu boleh nampak, boleh lihat cara pandangan mata kamu kepada dia. Walau Dhika nak bohong pada semua, tapi bukan pada ibu." Kata Cik Puan Seroja menggenggam tangan Andhika.

Mata Andhika redup memandang Hazel yang sedang tidur dengan berbantalkan lengan di tepi katil sambil duduk dikerusi.

" Dhika keliru..."

" Apa lah yang anak ibu ini keliru, sehingga sukar untuk luahkan apa yang dirasa. Tidak cukup lagi kah lagi memuaskan hati semua orang Dhika, sampai kamu perlu lukakan hati kamu sendiri?"

Andhika diam, melihat wajah Hazel yang masih lena.

" Sebelum ini ibu tidak tahu, tidak tahu bahawa anak ibu ini sebenarnya punyai pilihan sendiri. Tak sangka Andhika sukakan seseorang rupanya. Ibu mungkin sudah tua, tatkala ibu sedar bahawa anak ibu ini sudah besar." Cik Puan Seroja mengusap perlahan wajah anak terunanya. Anak yang dilahirkan dari rahimnya dan dijaga sejak bayi. Masih merah pipi itu tatkala dibawa kepadanya.

Walau dikatakan wajah mereka berbeza tetapi dia tidak ambil pusing. Asal suaminya Sultan Ibrahim menerimanya, dia juga okay sahaja.

"Cantikkan dia?" Bisik CIk Puan Seroja, lebih pada mahu mengusik. Pipi Andhika yang sedia merah, makin merah lagi, jejaka itu tertunduk malu menyebabkan Cik Puan Seroja melepaskan tawa kecil.

" Apa sahaja yang menghalang kamu dari melakukan sesuatu yang kamu suka, tolak sejauh mungkin. Sejak kecil kamu banyak mengalah, kamu banyak memberi laluan pada mantan abang kamu. Ibu tahu itu, tapi ibu tidak berdaya berbuat apa apa. Ayahanda kamu terlalu berkuasa, ibu tak mampu lawan dia. Ayahanda kamu yang selamatkan kerajaaan negara ibu dari musnah sepenuhnya. Jadi kamu ikut kata hati kamu Dhika. Pada saat kamu rasakan itu yang terbaik buat kamu, lakukan sahaja. Jangan fikir ibu." Mata Cik Puan Seroja bergenang, berbisik sambil memandang tepat ke arah Andhika.

Andhika mengalihkan pandangan terhadap ibunya, dan lantas tunduk. Mata helang yang sering dingin memandang orang kini penuh dengan kepiluan. Hanya ibunya sahaja yang mampu memahami jiwanya. Jiwanya yang dirasakan sejak dahulu, terpenjara dan terkurung dalam satu kurungan halimunan. Kunci nya hilang tidak tahu dimana. Dan dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya dirinya mahukan.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now