32 ( edit)

715 93 10
                                    


Jawapan itu membuatkan Hazel terlopong.

Namanya dipilih oleh Tuanku Sultan sendiri? Kenapa?

Tapi kan Hazel, cuba kau fikir, apa yang kau nak sebenarnya? Kau memang target nak position Gundik kan. Jadi apa yang kau nak fikir banyak sangat ni? Sekarang ni misi kau perlu bermula sekarang. Cepat kau ambil tahu pasal loket tu, cepat kau dapat jawapan, cepat kau jumpa jalan untuk balik ke keluarga kau semula.

Dengan fikiran itu, Hazel hela nafas dan memberikan  senyuman sekilas.

" Jadi patik adalah gundik kedua Tuanku Putera?" soal Hazel sekadar memastikan status dirinya. Puteri Liza tidak menjawab tapi hanya merenung Hazel tanpa riak. Tampak dia seperti tidak gembira tetapi terpaksa berpura pura gembira.

Seketika kemudian, Puteri Liza hanya menggeleng.

" Tidak malahan Tuan Hamba adalah Gundik Utama kerana dipilih oleh Sultan Ibrahim sendiri."

Hampir jatuh rahang Hazel Elmeera. Gundik Utama? Wow posisi yang langsung tidak dijangka olehnya.Mata Hazel memandang Puteri Liza seakan mencari kepastian di wajah gadis itu. Wajah Puteri Liza sedih dan muram.

Hazel mengeluh perlahan, faham akan perasaan Puteri Liza sebenarnya.

Wanita mana yang gembira jika bakal suami sudah mengangkat gundik sebelum perkahwinan mereka. Atau senang cerita, skandal yang diiktiraf. Mungkin sahaja adat budaya mereka yang terpaksa diterima dan ditelan tanpa perlu mempersoal apa apa.

Bimbang juga jika kedudukan akan terjejas jika berani mempersoalkan.

Timbul pula rasa kasihan kepada Puteri Liza. Rasa berdosa kerana sudah merampas hak dan kebahagiaan gadis itu walau baru sahaja bergelar Gundik Utama. Puteri Liza ni tampak lembut sahaja, mungkin pasrah menerima.

Tak apa Puteri Liza, jangan risau, aku akan menjaga jarak dengan mamat tu.

" Kelak, kita akan duduk bersama dan membincangkan beberapa perkara dalam istana ini. Harap Hazel boleh hadir. Selepas ini beta akan berjumpa dengan Sophia selaku Gundik Kedua. Beta tahu hubungan Hazel dan Sophia tidak baik tetapi ingatlah bahawa kita sudah satu keluarga. Harap keduanya boleh berbaik semula demi setia kita pada Tuanku Putera." ujar Puteri Liza, mengukir senyum.

Alahai, baiknya Puteri Liza ni.

Aku tak pe, tapi minah kerek Peah tu anti tengok muka aku. Tambah pula dia dah tahu kelemahan aku tentang kucing.

Malas nak panjang isu, Hazel hanya mengangguk.

" Baik Tuanku. Junjung perintah."

—————————————-

Perkahwinan Putera Andhika dan Puteri Liza puteri Kerajaan Halqi akan dilangsungkan lebih kurang sebulan setengah lagi setelah Puteri Liza selesai kelas kelas adab dan undang undang. Itu antara permintaan Andhika sendiri. Manakala sesi perkahwinan Andhika dengan Hazel serta Sophia akan dilangsungkan setelah upacara perkahwinan Puteri Liza.

Dan Hazel tercengang .

Bagaimana istiadat perkahwinan dia dan Andhika itu nak diadakan? Mereka bukan islam. Bukan sekufu, bukan seagama. Tang ini, Hazel telan air liur. Bermaksud, dia perlu mencari jawapan siulan itu sebelum perkahwinan mereka.

Dan dia perlu lari dari sini.

Untuk itu, dia tidak mahu Andhika memberi perhatian kepadanya. Biar je lah si Liza dan Sophia yang banyak bersama sama. Dia ada misi untuk dilakukan disini. Bukan nak menggatal dengan anak teruna orang.

" Ada hari hari yang Putera Mahkota akan bermalam bersama. Hamba akan mengambil 4 hari, Puteri Sophia 1 hari dan Hazel 2 hari." Ujar Puteri Liza ketika mereka bertiga berada dalam satu ruangan perbincangan bersama.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now