36 ( edit)

844 100 10
                                    


Halaman istana dibuka untuk rakyat masuk berpusu pusu. Kesemuanya membawa pulut kuning atau bangkai ayam hitam dalam satu bekas rotan dan diletakkan di sepohon pokok besar. Hazel yang pada mulanya tidak mahu turut serta, akhirnya akur dengan pujukan dayang Orked.

Jauh disudut hati, dia juga mahu tahu bagaimana upacara ini diadakan. Kalau bab bab puja setan dah start, aku terlebih dulu akan angkat kaki. Sempat Hazel menggumam.

Barisan kerusi hadapan dikhaskan untuk Sultan Ibrahim, Permaisuri Chempaka Cik Puan Seroja Putera Mahkota Andhika serta Putera Emir. Manakala Puteri Mahkota Puteri Liza berada di barisan kedua, diapit oleh Gundik Utama Puteri Sophia dan Cik Puan Hazel Elmeera.

Hazel tiada pilihan, dia terpaksa duduk di sana, dibelakang tempat Putera Emir pula tu. Matanya melilau ke sekeliling.

Ramai betul yang datang. Bau bangkai juga menusuk hidung. Bangkai ayam.

Yucks. Seriouslaaaaa wey. Jangan aku jatuh syirik sudah. Maafkan aku Ya Allah.
Aku terpaksa.

Tempat duduk Andhika dilihat sekilas. Jejaka itu tiada pula disitu.

Eh kenapa lak aku nak kisah pasal dia?

Bunyi seruling dan serunai berkumandang. Tak lama kemudian bunyi paluan gendang pula bergema. Rasa gerun mengalir dalam diri, bila mendengar alunan itu. Seakan upacara itu mengandungi aura menakutkan pula.

Seorang lelaki, yang Hazel ketahui adalah Ketua Laksamana Saba, menaiki pentas kecil yang diatur disekeliling pokok tersebut. Dia berdehem menyebabkan kesemua yang berada dipadang tersebut diam.

"Pengumuman masuk Duli yang Maha Mulia Sultan Raja Ibrahim Alam Shah , Raja Pemerintah Langkasuka, diiringi Permaisuri Chempaka Wan Sari serta Cik Puan Seroja."

" Juga dengan iringan Putera Mahkota Putera Andhika Aadyan Shah dan Putera Utama, Putera Emir Shah masuk ke ruang."

Alunan gong, serta gendang mengikuti langkah langkah para tetamu, dan sumpah Hazel merasakan, ianya kedengaran menakutkan. Bau bangkai ayam yang terkumpul di sana membuatkan dia merasa loya. Hazel sendiri tidak tahu bagaimana mereka boleh tahan dan lakukan upacara yang sungguh pelik ini.

" Hazel nampak tidak selesa, mengapa?" Soal Liza prihatin. Gadis itu memberikan senyuman mesra dan merangkul erat lengan Hazel, mungkin mahu memberikan rasa nyaman buat Hazel. Hazel hanya menggeleng perlahan. Takkan lah nak bagitahu yang dia tak suka dengan upacara ini.

" Patik okay sahaja Tuanku Puteri." Balas Hazel perlahan. Puteri Sophia melihat sekilas Hazel dan berpaling ke arah lain. Hazel tidak peduli akan riak Puteri Sophia. Dia tahu gadis itu memang tidak sukakannya.

" Sabar sekejap ye Hazel, hamba tahu tuan hamba tidak selesa." Puteri Liza menggosok gosok lengan Hazel, Hazel hanya membiarkan.

Barisan hadapan mereka dipenuhi dengan tetamu diraja. Andhika sempat melihat sekilas Puteri Liza dan dia berpusing ke hadapan. Puteri Liza tersenyum manis pula apabila diberi perhatian sebegitu. Hazel sempat melihat adegan itu, dan dia hanya mampu menggulir biji mata.

Menyampah.

Manakala si Putera Emir pula sempat lagi mengenyit mata padanya sebelum dia berwajah serius semula. Hazel tidak mempedulikan perbuatan si Putera Emir itu.

Ngauman suara Laksamana Saba, sekali lagi kedengaran.

" Demi Langkasuka, kami memohon doa pada Dewa Keamanan. Kurniakanlah kami masa dan tika damai damai seperti kini dan yang akan mendatang agar kami hidup aman sentosa. Ya Dewa Keamanan kami, berkatilah dunia Langkasuka, dari musuh musuh zahir juga batin. Berkatilah hidup kami, bagaikan angin yang beredar lembut menyelimuti kami. Bagaikan matahari yang menyinari kami. Bagaikan awan yang melindungi kami. Bagaikan hujan yang membasahi bumi kami. Kurniakan kami rezeki dan sebagai balasan, kami hidangkan yang terbaik untuk kamu Dewa Keamanan."

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now