41

1K 114 19
                                    


Sejak dua menjak ini Hazel melihat wajah Andhika yang semakin berseri seri. Kenapa? Ke sebab tarikh kahwin dia dengan Liza nak dekat? Senyum senyum 24 jam, tak macam sebelum ini.

Lain macam.

Hazel banyak menghindari dari Andhika. Kalau si Putera itu ke kiri, dia rela ambil laluan kanan. Jika dia nampak Andhika menuju ke Utara, dia akan terus berpusing ke Selatan. Gila kan?

Tapi itu semua sebab dia tidak mahu rasa pelik dalam dirinya mula bercambah. Yang membuatkan dia rasa berdebar debar. Yang membuatkan dirinya sering teringat akan senyuman lelaki itu sehingga mukanya merona merah dan tersengih seorang diri.

Dia tahu apa erti rasa itu.

Tapi dia tidak mahu ianya tersemai, kerana dia tahu, mereka takkan boleh bersama. Dia dan Andhika, dari 2 zaman dan dimensi berbeza.

Sebelum dia ditimpa frust menonggeng kelak, baik dia cantas awal awal.

Kelas kedua undang undang terpaksa dihadiri Hazel dengan rasa sebal. Sebal kerana dia perlu mempelajari lagi dengan si tua licik Hakim Buana. Entah apa lah fahaman dia lagi yang nak menghina wanita. Hazel memang rasa nak tampar wajah tua kutuk itu.

Tapi anehnya apa bila dia masuk ruangan itu, seorang habuk pun tak ada. Dan pintu tiba tiba ditutup sebaik sahaja dia masuk.

Hairan juga tetapi dia tidak peduli. Lantas dia mengambil tempat biasanya dan menunggu.

Kedengaran pintu di belakangnya sekali lagi terbuka dan tertutup kembali. Hazel tidak mengendahkan, dia hanya menongkat dagu, mengeluh bosan.

" Kenapa perlu mengeluh dalam menuntut ilmu?" Terus menegak postur tubuh Hazel, terbeliak matanya mendengar suara itu. Apa yang dia buat kat sini? Punya laaaaaa aku mengelak banyak kali. Dia menoleh ke belakang untuk mengesahkan wajah yang dia fikirkan dalam mindanya sekarang.

Putera Andhika berjalan tenang melangkah menuju ke hadapan Hazel dan duduk dihadapan gadis itu. Hazel terpaku tidak terkata apa apa. Ternganga dia melihat selamba langkah jejaka itu melintasinya dan terus mengambil tempat.

" Tu- tuanku buat apa disini?" Soal Hazel masih terkejut.

"Buat apa? Beta perlu mengambil alih mengajar undang undang pada seseorang yang telah membuatkan gurunya benar benar marah padanya."

Hazel kerut dahi. Ambil alih? Dia ni tak de kerja ke?

" Rajin pula Tuanku turun padang mahu...."

" Lebih baik tuan hamba diam, tutup mulut dan pegang pena hadapan tuan hamba." Selamba Andhika memintas kata kata Hazel.

Hazel ketap gigi, geram pula dibentak sebegitu.

" Kalau tidak ikhlas tak perlu lah mahu mengajar hamba. Bukan banyakkah lagi tugas Tuanku di luar sana?" Balas Hazel.

Andhika merenung si gadis di hadapannya.

" Kalau sudah ada yang melaporkan yang tidak indah tentang apa yang menjadi kepunyaan beta, beta tidak akan diam sahaja. Perlu diberi pengajaran dan ilmu agar ianya tidak berulang semula."

Hazel membalas pandangan Andhika tajam.

Ceh kepunyaan kau? Ini memang anak murid Hakim Buana dah ni, anggap perempuan ni objek semata mata.

" Belum cukup lagi kah hukuman yang diberikan Tuanku sepanjang Tuanku meninggalkan istana? Tuanku mengarahkan agar hamba diletakkan bawah pengawasan pengawal tanpa henti tahu tak."

Tetapi Andhika beriak tenang. Seolah olah tidak terkesan apa apa.

" Tuan hamba pastikah rasa insaf dengan perbuatan diri? Kenapa beta lihat tuan hamba seakan akan tidak belajar akan kesilapan? Ada sesuatu yang dibuat belakang beta?"

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now