28 ( edit)

846 88 5
                                    


Sesuai dengan hukuman yang bakal dijalankan kerana ketiga tiganya telah mencetuskan ketidakamanan petang sebelum pertandingan tarian itu tempoh hari, Hazel, Puteri Sophia dan Ros akhirnya berkumpul di pintu gerbang istana, lebih tepat di bahagian Timur Istana Langkasuka.

Pintu gerbang itu merupakan laluan keluar masuk untuk barang barang makanan, ubat ubat mahupun senjata keluar masuk.

Ketika mereka berjumpa dengan Ketua Dayang Laila selesai pertandingan tarian dan dibacakan hukuman, Puteri Sophia membentak tidak setuju. Puas dia membebel akan melaporkan kepada ayahandanya, tetapi setelah dikatakan bahawa ini adalah arahan mutlak Putera Mahkota, terus si Peah tak sekolah ni diam membisu. Tahu takut.

Jadi disini lah mereka malam ini, dengan mengenakan pakaian tebal menutupi tubuh. Sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam. Hazel menggumam dalam hati, bodoh apa si Putera ni bagi hukuman macam ni? Nak suruh mati sejuk beku ke?

Kau mati tak pe lah sebab kau memang dingin macam beruang kutub! Polar bear! Peti ais! Freezer! Aircond!

" Kita nak ke mana ni Tuan Hamba Ketua Dayang?" Soal Puteri Sophia, tangannya menggosok gosok laju lengannya menghasilkan haba. Hidungnya merah, mungkin sejuk. Sekali sekala dia menjeling geram ke arah Ros yang hanya tenang.

Ketua Dayang Laila mengibas ngibas benda yang seakan guni besar.

" Kita akan masuk ke hutan malam ni."

Terbeliak mata masing masing terutamanya Puteri Sophia.

"Masuk hutan? Buat apa Ketua Dayang?" Tempik Puteri Sophia, terkejut akan kata kata yang dilontarkan selamba oleh Ketua Dayang Laila.

Hazel turut sama memandang wanita berusia itu. Turut tidak bersetuju.

Kalau ye pun nak menghukum, takkan lah sampai masuk ke hutan Kak Laila oi. Masuk hutan malam malam macam ni, semuanya perempuan pulak tu. Gila ke?

Tetapi Hazel diam saja. Ikut je lah.

"Cari sesuatu. Jangan risau, ada yang memantau keselamatan kita semua didalam sana. Lagipula ini adalah arahan Putera Mahkota sendiri."

Puteri Sophia hentak kaki dan dia seakan mahu meluru ke arah Ros. Namun Hazel sempat menahan tubuh Puteri Sophia dari terus mendekati Ros si gadis garang tu.

Gigih Hazel menarik lengan Puteri Sophia yang kelihatan mahu menyerang Ros. Ros pula hanya menunggu sahaja. Mungkin kalau dilepaskan si Peah ni, bercakaran rasanya. Muka dua dua dah seperti harimau.

" Ini semua tuan hamba punya kelakuan. Kalau bukan tuan hamba yang menolak hamba sekian hari, sudah tentu kita bersenang lenang didalam istana malam ini. Letih tarian semalam belum hilang, inikan pula mahu masuk ke hutan!" Sempat lagi Puteri Sophia meluncurkan kata yang bagi Hazel tak masuk akal langsung.

Kau yang cari pasal, kau yang salah, then nak salahkan orang lain? Gila betul. Isy dah la berat badan dia ni. Gumam Hazel sambil gigih menahan Puteri Sophia dari terus menyerang Ros.

" Sudah! Puteri Sophia, jika kamu berkelakuan sedemikian rupa lagi, hamba akan laporkan terus kepada Putera Mahkota untuk penyingkiran kamu. Faham?" Suara Ketua Dayang Laila naik satu oktaf, menandakan dia benar benar serius akannya. Akhirnya Puteri Sophia akur. Sempat dia memandang Hazel yang memegang kuat lengannya.

" Tepilah!" Tepis Puteri Sophia, geram. Hazel melepaskan lengan Puteri Sophia dan mengangkat tangannya ke atas.

" Okay..okay..rileks lah. Isy dia nii pun..." omel Hazel.

Ketua Dayang Laila hanya menggeleng dengan perlakuan mereka.

" Ros, kamu satu kumpulan dengan saya. Ikut saya. Dan Puteri Sophia, kamu satu kumpulan dengan Hazel. Tugasannya adalah cari bunga ungu yang tidak basah. Bunga itu mesti berwarna ungu muda, dan duduk diatas tangkai. Tetapi Awas. Jika bunga itu gugur ke lantai tanah, jangan kutip. Ianya sudah beracun. Jika sudah jumpa, kutip sebanyak mana yang kamu dapat. Isi ke dalam bekas ini. Dan jika sudah selesai..." Ketua Dayang Laila menyerahkan bekas kepada Puteri Sophia yang enggan mengambilnya, lantas Hazel hanya pasrah saja dan menyambut dari huluran Ketua Dayang Laila.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now