24 ( edit)

855 98 14
                                    


" Angkat semula busur kamu."

Hazel terkedu. Dia tujukan kata kat aku ke?

Andhika berjalan tenang menuju ke arah Hazel sambil ditemani oleh sorotan mata para perawan dara yang juga tergamam. Andhika yang sekejap dingin sekejap mesra itu tiba tiba mahu menolong orang ?

Hazel gigit bibir. Tangannya masih kosong tanpa busur. Andhika berdiri tepat dihadapan Hazel. Matanya memanah si mata coklat cantik itu, lama.

" Busur. Angkat semula." Perintah Andhika, datar, menyebabkan Hazel gopoh mengambil semula busurnya yang sudah dia letakkan di atas tanah. Air liur ditelan, kerana sedar kali ini dirinya sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Sekali lagi.

Haih Hazel, bukan main lagi ko kutuk dia dalam hati, depan depan pulak penakut nak mampus.

Mata jejaka itu merenung dalam anak mata Hazel, dan dia melangkah ke belakang tubuh gadis itu. Hazel baru perasan Andhika ini tinggi orangnya. Tinggi sungguh, mungkin dalam 200cm, agak agaknya lah. Sebab badan macam galah. Dia yang 160 ni pun masih renek.

Yelah orang zaman dulu dulu kan memang jenis tinggi tinggi kan.

" Mata kamu perlu tepat, dara." Kedengaran suara tegas dibelakang menyebabkan Hazel rasa hendak kawad kaki dan lari. Tetapi arahan itu dituruti.

Serious talk! Paling bingung, apa yang motif si Andhika ni nak ajar dia pulak? Depan orang lain pula tu. Sempat Hazel mengerling wajah Puteri Liza. Weh mencuka!!

" Tangan kiri kamu pegang busur, dan tangan kanan kamu pegang anak panah. Dan mata kamu lihat papan hadapan itu." Sekali lagi suara dibelakang itu timbul. Haih mamat ni betul betul buat aku annoying je lah. Tak payah lah nak ajar aku sorang. Boleh timbul fitnah nanti.

Tak caya tengoklah.

" Dara." Panggil Andhika menyebabkan Hazel yang baru hendak memulakan sesi kutukan dalam hati segera membetulkan cara pegangan, dan tangannya kuat memegang busur itu.

" Bbbaik Tuanku."

Rasa kepalanya berpeluh peluh, dahlah matahari baru nak naik ni.

" Lihat papan itu betul betul. Bayangkan di sana ada wajah yang kamu tidak gemar." Suara itu mendekat, rasa seperti berbisik di cuping telinga. Gemersik, namun kasar dan ada nada tegas. Bercampur gaul.

Tangan Hazel kekal memegang busur, dia dah rasa tak senang duduk kali ini. Terketar ketar dia mengekalkan pegangannya.

Alahai tangan, janganlah buat perangai. Apasal jadi macam ni wey.  Time ni lah kau nak menggeletar bagai.

Zupp!!

Terasa ada satu tangan lain yang menyentuh tangannya, membantu memegang busur itu teguh dan ada hembusan nafas teratur bermain di telinganya. Belakang tubuhnya pula terasa menyentuh sesuatu yang tegap dibelakang.

Sekali gus Hazel tahu apa yang sedang berlaku. Allahu. Rapatnya weyh. Andwaeee!!!!!!

" Beta dapat rasa ketakutan kamu, Hazel Elmeera." Sayup suara itu berbisik lagi. Tangan mereka kedua belah kekal bersatu, untuk melakukan aktiviti memanah. Rasa panas wajahnya berbahang bahang.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now