34 ( edit)

747 93 12
                                    


Pagi Hazel bangkit dengan azam baru. Dua hari telah berlalu selepas kisah hingus itu dan Hazel telah sembuh sepenuhnya.

Kini, dia menolak tepi segala isu tentang siulan itu. Dia tidak mahu memikirkan lagi. Lagi sakit kepala. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Nak test bunyi siulan tu? Kena dekat dengan mamat tu masalahnya. Isy memang tak lah aku nak dekat dengan Andhika tu? Meremang bulu tengkuk.

Di fikirannya, dia mahu cari jalan untuk pulang ke zamannya. Sudah terlalu lama dia buang masa disini. Seakan dia tidak serius dalam pencarian jalan pulangnya. Tapi dia buntu, cukup buntu. Dia seakan terperangkap dalam ruang kosong yang tiada kelihatan jalannya. Dia tidak tahu dimana dia harus memulakan.

Seseorang mengetuk pintu kamarnya. Orked yang sememangnya ada disisi Hazel membuka pintu, rupanya dayang pengiringnya Sura membawa sepersalinan pakaian untuk hari ini.

Riuh kedengaran diluar istana menandakan ada sesuatu yang berlaku. Hazel agak hairan.

" Bunyi apa itu?"

Orked yang sedang menyiapkan pakaian Hazel mengangkat kepalanya.

" Oh itu latihan tubuh badan dan senjata. Putera Mahkota dahulunya adalah seorang Jeneral sebelum mengambil alih takhta ini. Jadi biasanya dia akan membuat latihan khas untuk para pengawal serta tentera terlibat. Sekarang pun sama. Dia masih lagi mengetuai latihan itu."

Hazel mengangguk. Faham. Ye lah lihat pada fizikal Andhika. Tubuh dia tinggi. Tegap. Tak ada lah tegap macam ahli WWE gusti tu tapi fizikal dia sesuai untuk pergi bertempur.

" Cik Puan mahu turun ke ruang latihan?" Soal Sura pula. Anak mata Hazel beralih memandang Sura.

"Boleh ke?" Soal Hazal.

Orked pula mengangguk. " Boleh, ramai juga yang turun untuk lihat latihan itu. Kadang kadang Puteri Liza sendiri pun turun melihat lihat."

Hazel terdiam seketika sebelum mengangguk.

" Okay boleh."

Sambil sambil cuci mata. Hehe.

———————————————

Sampai sahaja di ruang latihan yang luas, terdapat ramai yang bersorak ditepi padang. Rupanya sedang berlaku perlawanan silat antara Putera Mahkota Andhika dan Ketua Pengawal Ammar.

Cekap, tangkas dan laju.

Itu yang boleh disimpulkan oleh Hazel melihat cara memegang senjata oleh Andhika. Gaya silat yang ditonjolkan oleh jejaka itu menarik minat Hazel. Bukan sahaja Hazel tapi rasanya seluruh orang di sana.

Sebab itu Andhika memang layak memegang gelaran Jeneral dahulu.

Tapi eleh, agak agak kalau aku buka gaya taekuando macam mana eh? Pasti Andhika terkedu. Ingat aku tak reti ke silat setakat hayun hayun tangan macam tu.

"Cik Puan mahu mengambil tempat dahulu?" Soal Orked yang berjalan disebelah kanan Hazel. Sura disebelah kiri Hazel, manakala Kaseh dibelakang.

Kelihatan juga sorakan kuat diberikan para dayang dan pengawal. Mereka semua kelihatan teruja melihat perlawanan silat itu .Manakala Puteri Liza hanya duduk tenang, sambil menongkat dagu. Sama seperti Hazel, raut wajah kagum terlukis di sana.

Puteri Sophia pula tidak kelihatan. Mana pula makhluk Tuhan tu duduk.

" Tak apa lah Orked. Mana dapur istana? Boleh bawa  hamba ke sana tak?" Pinta Hazel. Orked mengangguk.

Dapur utama istana dituju. Para dayang dan pembantu istana kelihatan bertungkus lumus menyiapkan bahan bahan hidangan makan tengahari. Baru sahaja mereka sarapan ni, dah kena prepare lunch pula. Sedap pula nampak. Apa yang dorang nak masak?

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now