31 ( edit)

905 99 6
                                    


Dada langit yang gelap direnung dengan penuh rasa sesak. Hazel rasa nak menangis. Betul betul dia rasa nak menumpahkan air mata. Dia rasa lost, rasa seperti tercampak di satu pulau jauh tidak berpenghuni, yang dia sendiri tidak tahu di mana mana, rasa terasing dan dia dipaksa menjalani satu kehidupan lain yang dia sendiri tidak mahu.

Lelaki tadi entah hilang ke mana. Seharian bersama lelaki itu, setiap 2,3 jam sekali pada jangkaannya, lelaki itu pasti akan berhenti dan masuk ke celah hutan selama beberapa ketika dan muncul semula.

Kalaulah kakinya tidak luka, dia pasti akan mengikuti lelaki itu, menjenguk ke mana dia pergi dan apa yang dia buat.

Dan kini, pada malam hari, dia ditinggalkan lagi. Lelaki itu tadi berhenti di satu tempat ruang yang agak luas ketika senja mula melabuhkan tirai, menyalakan unggun api, menghamparkan kain diatas tanah dan memberi isyarat agar Hazel duduk di atas kain tersebut. Setelah itu, dia hilang dari pandangan hingga sekarang.

Tetapi Hazel merasakan lelaki itu bukan pergi jauh mana pun apantah lagi meninggalkannya. Letih letih selamatkan Hazel takkanlah senang senang nak tinggalkan gadis itu. Mungkin dia cari makanan kot.

Seharian Hazel tak makan apa pun lagi. Last semalam dia makan pun roti buku yang diberi penculik itu. Sudahlah hampir berkulat, tak sedap langsung. Tapi Hazel malas hendak fikir, dia makan sajalah.

Bukan dia tidak biasa makan lambat. Masa dia shift malam dulu lagi kerap dia makan lambat. ICU pula suka sangat terima pesakit waktu malam, jadi mendapat lah kau, kadang tak makan pun satu hari.

Desiran daun daun menyentakkan Hazel dari lamunan. Dia ternampak susuk tubuh lelaki itu menghampirinya. Masih bertopeng seperti tadi. Kadang Hazel tertanya dalam hati, tak panas ke mamat ni? Tak lemas ke? Apa yang susah sangat nak bukak topeng dia tu.

Lelaki itu menghulurkan satu bekas daun besar, berisikan beberapa biji buah kecil.

" Makan?" Soal Hazel.

Lelaki itu mengangguk.

Tetapi Hazel tidak mengambil buah tersebut. Pandangan matanya bersabung dengan mata lelaki itu. Entah kenapa rasa seperti dia pernah melihat mata itu.

"Siapa tuan hamba? Kenapa selamatkan hamba?" Laju meluncur kata kata Hazel, tidak tahan diselubungi misteri, lantas bertanyakan soalan itu lagi kepada lelaki itu.

Lelaki itu masih kekal diam. Tangannya yang menghulur masih statik diangkat.

Hazel akhirnya mengalah dan dia mengambil satu buah kecil itu. Sedap! Matanya terpejam menikmati rasa buah yang mengasyikkan.

" Sedapnyaaaa! Mana tuan hamba dapat buah ni!!" Mata Hazel terbuka, dan bebola matanya memandang tepat ke arah lelaki yang setia merenungnya sedari tadi.

Lantas Hazel menunduk ke bawah. Segan pula berperangai macam budak tak makan setahun. Merah membahang rasa dipipi.

"Terima kasih, selamatkan hamba." Ucap Hazel ikhlas, merenung ke tanah. Baik aku tengok tanah dari tengok dia.

Diam hanya menjadi jawapan. Lelaki itu memberikan bekas daun itu semula, tanda mahu Hazel mengambil buah itu lagi. Hazel ukir senyum, entah kenapa dia terasa sayu ketika ini. Dia memang tiada sesiapa yang boleh bergantung.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now