12 ( Edit)

1.6K 143 5
                                    


Hazel telan air liur. Dia dapat merasakan ketiga tiga lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik padanya. Dia juga langsung tidak perasan dia melalui laluan hutan yang agak sunyi. Mungkin terlalu tenggelam dalam lamunannya tadi menyebabkan dia tidak sedar akan bahaya di hadapan.

Tapi..ingat aku takut ke? Aku pemegang black belt taekuando tau.

" Nak ke mana dinda manis?" Soal salah seorang dari lelaki itu dengan nada sinis yang dibuat buat. Geli tekal Hazel. Sudahlah tak kacak.

Hazel hanya diam sambil menghampiri jejaka jejaka itu yang tampak terkejut dengan perbuatan Hazel. Jarang sekali sebenarnya dara seberani itu.

" Blah, atau aku patahkan tangan kau." Ugut Hazel apa bila para gangster itu tidak berganjak langsung dari tempat. Tubuh mereka yang tinggi itu nampaknya langsung tidak menakutkan Hazel.

" Garang betul si manis ini. Wajarlah Pawang Vjaya marah akannya." Ujar pula jejaka kedua.

Pawang Vjaya? Oh laki tua bomoh scammer tu? Apa masalah dia? Mesti kerja dia ni, anak anak buah dia la ni.

Mungkin dia berdendam kes aku halang dia kat pasar hari tu?

Hazel ketawa dan ia menghairankan ketiga tiga jejaka itu. Apahal minah ni tiba tiba gelak?

" Mana si penipu tua tuh? Hantar korang ni berani pula. Tapi tak berani nak hadap perempuan macam aku ni. Apa jenis orang ye dia tu? Jenis pengecut kah," gumam Hazel berani.

" Baik baik sedikit kata kata tuan hamba mengenai bapa hamba. Bahasa apa yang tuan hamba katakan itu?." Kata jejaka di tengah tengah. Lol, anak dia ke yang kat tengah ni. Ceh.

" Loh, dah memang dia tu pengecut. Sudah lah penipu, scammer, penakut pula tu." Ejek Hazel sambil kakinya mula bersedia untuk menerima serangan. Memang sengaja dia nak provok. Kisah apa dia, lagipula sudah lama dia tidak mengeluarkan jurus taekuando dia.

Wajah jejaka posisi tengah itu kelihatan merah menahan baran.

" Kurang ajar," jerit jejaka itu sambil tangannya mula naik ke udara untuk memukul Hazel tetapi tiba tiba perbuatannya terhenti akibat hentakan kaki kuda yang tiba tiba kedengaran.

" Berhenti!" Satu susuk lelaki menaiki kuda muncul betul betul dihadapan mereka mengejutkan mereka semua.

Siapa pulak dah ni?

" Tidak malukah kalian mahu mencederakan dara itu. Sehingga mahu naik tangan padanya. Maka betul apa yang dikatakan oleh dara itu, kalian semua pengecut." Ujar si lelaki itu garang.

Tiga jejaka itu kelihatan mengetap rahang. Jejaka tengah iaitu anak pada Pawang Vjaya melangkah hadapan, berani. Hazel pula mengundur diri, merasa tidak perlu berada dalam gelanggang lelaki lelaki ini.

" Siapa tuan hamba hingga berani sungguh mencampuri urusan hamba? Tidak sepatutnya tuan hamba disini. Jika mahu selamat, sepatutnya tuan hamba berundur! Tak usah campur urusan orang!" Jerkah anak Pawang Vyaya itu kuat.

Tetapi lelaki atas kuda itu tersengih sambil turun dari kuda. Kelihatan pedang emas yang tersisip dipinggang menyebabkan mereka tersentak. Serentak dengan itu, beberapa hentakan kuda mula kedengaran di belakang.

" Tuanku..." jerit mereka menyebabkan anak Pawang Vjaya tersentak dan membeliakkan mata. Tanpa membuang masa ketiga tiga mereka lantas melarikan diri dan hilang dari pandangan. Sementara itu Hazel terlopong sementelah pula dia mendengar jeritan panggilan oleh para pengawal di belakang.

Tuanku? Seriuslah....Ni anak raja mana pulak ni?

Mata lelaki yang menyelamatkannya lantas memandang Hazel yang kemudiannya menunduk hormat.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now