3

1.4K 111 6
                                    


Gadis itu merenung Hazel yang kelihatan bengang.

" Saya kat mana ni?" Soal Hazel, pasrah kerana gadis itu masih berdiam.

" Maksud Tuan Hamba, kita di mana?" Gadis itu bersuara seakan mahu lebih penjelasan akan soalan Hazel.

Hazel menghembus nafas. Haih geramnya aku.

" Stop with this shit. Kita kat mana sekarang? Saya nak balik ke kereta saya. Haih siapa lah yang bongok sangat pekena kan aku ni?" Marah Hazel, penat dan letih bersatu. Bengang kerana dirinya seakan dipermainkan.

" Nama hamba Melati." Kata gadis itu sopan. Hazel terdiam, tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.

Tapi wajahnya tetap menunjukkan..

Kisah pula aku dengan nama kau.

Melati tampak tidak menghiraukan raut wajah si Hazel. Dia hanya senyum.

"Hamba rasa baiklah Tuan Hamba ikutlah hamba ke pekan."

———————————————-

Terlopong, ternganga, terkejut dan segala ter yang dirasainya sekarang melihat situasi yang berlaku dihadapannya. Kerana sumpah, dia seakan berada di dimensi berlainan.

Pekan yang dikatakan oleh si Melati itu adalah Pasar jual beli yang seakan akan seperti pasar zaman dahulu dalam cerita Thailand. Dengan pelbagai barangan yang pelik pelik kelihatan, Hazel tahu, kali ini dia bukan dipermainkan seperti yang disangka. Gila!

Memang gila!

" Tuan Hamba di Pekan Suriasuka sekarang," ujar Melati sambil tersenyum manis. Kelihatan aktiviti berjual beli sedang giat dilakukan disana. Yang lelaki semuanya kacak dan berbadan kekar. Manakala si wanita, wajah manis dan cantik rupawan.

Sebijik macam cerita klasik. Sebijik!

" Melati," bisik Hazel, wajahnya pucat.

Melati berpaling ke arah Hazel yang terketar ketar bibirnya.

" Ada apa Tuan Hamba?"

Hazel memanah pandangan matanya ke arah pemandangan dihadapannya.

" Ssiapa..ssiapaa Raja di sini? Negara aapakah ini?"

Melati kerut dahi, namun dia tetap setia menjawab.

" Ini negara Langkasuka. Raja yang memerintah adalah Sultan Ibrahim Alam Shah. Sebentar kita di hutan tadi, putera yang kedua, anak lelakinya itu yang melalui jalan itu. Lorong itu adalah lorong larangan. Sebab itu kita tidak dibenarkan di sana."

Apakah? Zaman mana ni? Raja aku Raja Idlan Shah sekarang. Negara aku bukan Langkasuka, tetapi negara aku namanya Awana. Aku dah kat zaman mana ni?

" Melati." Panggil satu suara garau. Kedua figura berpusing ke kiri, hanya untuk memerhatikan satu susuk tubuh lelaki menghampiri.

" Handsome," puji Hazel dalam hati. Ahaksss, cuci mata sat. Lawa siot body dia.

" Apakah adinda perempuanku Melati lakukan disini? Ada sesuatu barang yang perlu dibeli?" Soal pemuda itu.

Adinda perempuan? Lor abang dia ke ni? Kacak maut. Lelaki itu sempat menjeling sedikit ke arah Hazel, dilihat atas bawah gadis itu sambil mengerut dahi.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now