"OUR RELATIONSHIP" 1

9 1 0
                                    

"Ji-Ah ssi, maafkan aku,kita tidak boleh bersama."
Notifikasi berbunyi menandakan mesej masuk.
"Wae?,kenapa harus kita berpisah setelah banyak yang sudah kita harungi bersama?Tidakkah kau merasakan itu menyakitkan Ji-Woo ssi?"

'Hujan turun membasahi bumi
Dunia ibaratkan berputar tanpa mengira waktu'

"Maafkan aku Ji-Ah ya.Aku juga tidak menyangka hal ini akan berlaku.Terima kasih atas semua yang kau lakukan.Dan maaf atas segala yang aku lakukan terhadapmu.Kau adalah wanita yang terbaik yang aku kenali di abad ini."

Begitulah Ji-Woo mengakhiri perbualannya.Jiwanya perit untuk mengatakan bahawa dia masih mencintai sang kekasih hati.Namun dia tidak berdaya untuk melakukan apa-apa untuk menyelamatkan hubungan mereka yang telah dibina bertahun lamanya.

Notifikasi kedua masuk memaparkan maklumat pemberitahuan di skrin telefon Ji-Ah.

        "You're can't send any text to this number."
     "Ji-Woo💓✨block you and turn off notification"

"Ji-Woo ssi, kenapa kau memperlakukan aku seperti ini? Ucapan terima kasih dan maaf seharusnya diakhiri dengan ''maafkan aku,aku tidak akan mengulanginya lagi,aku mencintaimu'' " Ji-Ah tidak berdaya.
Dia tidak pernah menyangka hubungan yang telah dijaga dengan rapi akhirnya hancur bagai debu yang pergi hanya dengan sekali tiupan sahaja.

"Kenapa kau tidak menjawab panggilan telefonku Ji-Woo ssi!!" Air mata Ji-Ah mengalir deras."Kau tidak sepatutnya melakukan aku seperti ini! Ini tidak adil!" Dia hanya mampu menyalahkan diri sendiri tatkala mengingati saat-saat mereka bersama.

Hari berganti hari, Ji-Ah tidak mampu bertahan dan sering mencederakan diri sendiri.Berat badannya semakin susut,tubuh badannya penuh dengan kesan lebam,keadaan persekitarannya tidak teratur bahkan dia juga tidak mampu untuk meneruskan rutin harian seperti biasa.

Ji-Ah seorang yang berasal dari keluarga yang kaya tetapi dia sangatlah rendah diri dan baik hati. Tidak pernah sekalipun Ji-Ah memandang rendah orang di sekelilingnya kerana bagi Ji-Ah mereka semua sama sahaja.Hanya dibezakan melalui pangkat yang sebenarnya tidak masuk akal.Ji-Ah sudahpun memiliki rumah sendiri di usianya yang cukup muda iaitu pada usia 20 tahun.Hal ini membuatkan dia lebih selesa menjalani kehidupan sendiri berbanding bergantung kepada keluarga mahupun orang di sekeliling.

Ji-Ah sangat terkilan kerana dia telah mengenali Ji-Woo dari kecil dan bersahabat dengannya melebihi 10 tahun.Hubungan mereka kemudiannya diteruskan menjadi hubungan percintaan disaat mereka berumur 16 tahun.Hubungan yang pada mulanya terikat sebagai hubungan persahabatan dan disimpul menjadi hubungan percintaan.Bayangkan betapa sulitnya untuk sampai ke tahap itu.Kini hubungan yang dijaga itu telah pecah bagaikan kaca yang tidak dapat disatukan semula.Siapa saja yang tidak merasakan keperitan itu? Keperitan yang tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata.Itulah yang dialami oleh Ji-Ah setelah sekian lama dia berusaha untuk memperkukuhkan hubungan mereka.

Kaki Ji-Ah berlumuran darah.Cermin yang telah pecah tidak dibersihkan sebaliknya Ji-Ah meletakkan kakinya di atas kaca yang telah pecah itu.Di serpihan kaca yang telah pecah itu tertulis ayat yang memberikan maksud yang dalam atas dasar cinta mereka..
                        "Saranghae Ji-Ah ssi"

Cermin itu pecah menjadi serpihan-serpihan kecil dan darah membanjir seluruh ruang tamu.Ji-Ah mula rebah dan tidak bermaya.Perlahan-lahan matanya tidak melihat apa-apa.Hanya terlihat satu ruang yang kosong dan gelap...

To be continued ....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now