"FIND ME IN YOUR MEMORY" 3

0 0 0
                                    

"Arghhhhhhh!!"Ji-Ah menjerit kuat.
"Yah!Yun Ji-Ah! Neo Waegeure?!"Rakan sebiliknya cemas.
Ji-Ah akhirnya terjaga dari mimpinya.Jantungnya berdegup laju.
"Ji-Ah,adakah kau mengalami mimpi buruk?"Seorang daripada mereka bertanya.
"Ya."Ji-Ah menjawab singkat.

Selama beberapa hari ini dia kerap mengalami mimpi buruk.Dengan kata lain,dia mengalami mimpi yang berulang-ulang.
"Siapa lelaki itu?"Ji-Ah berkata dalam hatinya.Dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu.Yang peliknya dia merasakan bahawa dia pernah berjumpa dengan jejaka tersebut.Mungkinkah yang jejaka yang berada dalam mimpinya itu Ji-Woo?...Dia juga tidak dapat mencari tahu tentang hal itu.

Berbalik kepada kisah yang lalu.Ji-Woo hanya memutuskan hubungannya dengan Ji-Ah begitu saja.Pasti pelik bukan?...
Sebenarnya Ji-Woo juga tidak mengiinginkan hal itu terjadi.Jauh di dalam sudut hatinya dia amat mencintai Ji-Ah.Namun kenapa dia bertindak demikian?.Ini hanya berpunca daripada ayah kandungnya sendiri yang menentang hubungan puteranya bersama Ji-Ah sedangkan Ji-Ah juga berasal dari keluarga yang berada.

Apa alasan ayahnya tidak ingin Ji-Woo meneruskan hubungan bersama Ji-Ah?. Ianya sangatlah tidak logik.Bagi Encik Shin Ji-Ah adalah seorang wanita yang lemah kerana memerlukan perhatian setiap masa.Padahal di dalam perspektif yang lain Ji-Ah bukanlah wanita yang lemah.Dia bahkan menyara keperluan Ji-Woo setiap hari.Pada hari kejadian itu Puan Shin dan suaminya bergaduh besar hanya kerana hal ini.Ji-Woo mula berasa kusut dan membuat keputusan yang tidak sepatutnya dilakukan olehnya.Semasa Ji-Ah dimasukkan ke hospital,dia sememangnya ingin melawat keadaan teman wanitanya itu.Dia menjadi panik apabila menerima khabar berita dari Soo-Hyun dan ibunya.Namun,dunia tidak adil.Ayahnya melarangnya untuk betemu dengan sang kekasih hati.

"Sekali kau sudah menjejak keluar jangan harap kau boleh kembali untuk kali yang kedua"bentak ayahnya.
Sampai hari ini Ji-Woo masih berasa bersalah atas tindakannya.
Soo-Hyun pula kian tersepit diantara kisah cinta Ji-Woo dan rakannya Ji-Ah.Dia telah lama melupakan Ji-Woo.Tetapi,siapa sangka.Bagi Soo-Hyun,Ji-Ah seperti memberi harapan kepadanya.Begitu juga Ji-Woo.
Ji-Woo berada dalam fasa terberat dimana dia memerlukan orang disampingnya.Dan terdetik di fikiran Soo-Hyun seketika bahawa dia sebenarnya masih menaruh harapan pada jejaka itu tanpa pengetahuannya.

"Shin Ji-Woo kau tidak sepatutnya membuat aku begini.Perasaanku kian kusut"Soo-Hyun bermonolog.
Seperti yang dikatakan,cinta pertama memang selalunya susah untuk dilupakan kerana dari cinta pertama kita akan belajar apa itu cinta,kasih sayang,perhatian,penghormatan,tanggungjawab dan yang paling utama ketulusan hati apabila mencintai seseorang.

'Cinta bukan sahaja dapat mecurahkan kasih sayang sesama insan malah menjadikan sesebuah pasangan itu melengkapi satu sama lain.Percayalah cinta yang bermula dari persahabatan selalunya lebih bertahan lama berbanding cinta yang dimulakan dengan rasa sayang terdahap seseorang.Cinta juga sulit dibuktikan kerana terkadang seorang jejaka mungkin menyukai dan mencintai anda,tetapi apabila dia sudah bosan dan muak,kita mungkin akan dilukakan begitu sahaja tanpa mendapat permohonan maaf dan gantian untuk seluruh jiwa dan raga yang telah kita buktikan untuk memliki mereka.'

Ingatan Ji-Ah semakin pulih.Cuma satu sahaja perkara yang masih menjadi tanda tanya untuknya adalah jejaka yang sering muncul di dalam mimpinya.Tidak mungkin itu adalah kenalan yang telah dia lupakan hanya kerana hilang ingatan fikirnya.
Terlihat seseorang melambai Ji-Ah dari jauh.
"Ji-Ah ssi!"Yo-Jun sememangnya terlihat sangat polos.Ji-Ah  hanya mampu tersenyum.
"Kau tidak seharunya lambat.Aku sudah menunggu dalam waktu yang lama hanya kerana ingin meluangkan masa bersamamu."Ji-Ah mengadu.
"Itu baru 15 minit sahaja.Bagaimana aku ingin menjadikanmu kekasihku jika kau sering berkelakuan begini."Yo-Jun tertawa.
Ji-Ah tidak mampu berkata apa-apa.Dia terkedu.Dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Yo-Jun sebentar tadi.

Mereka berdua syok membuat rujukan di perpustakaan.Secara tiba-tiba,Yo-Jun memecah kesunyian di dalam tempat yang sunyi itu.

"Ji-Ah Yah,"Yo-Jun menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia tidak pasti sama ada dia mahu  mengungkapkan hal itu ataupun tidak..
"Hmm?"Ji-Ah menjawab lembut.Matanya masih fokus mencari buku rujukan matematik yang diinginkan.

"Aku menyukaimu.Mahukah kau menjadi kekasihku?"
Ji-Ah memandang Yo-Jun dengan muka yang amat tidak percaya.Dia tidak menyangka bahawa Yo-Jun bakal menyukainya kerana baginya pertemuan mereka agak singkat.

"Fikirkanlah.Aku akan memberikan ruang untukmu."
Yo-Jun beredar dengan rasa malu dan gementar.

To be continued.....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now