"THE PROMISE" 1

0 0 0
                                    

"Aku menerima tawaranmu"Ji-Ah merespon cepat.
"Secepat itu?"Yo-Jun berpaling ke arah Ji-Ah.
Ji-Ah mengangguk.Yo-Jun tersenyum lebar.
"Jadi kita adalah kekasih sekarang?"Ji-Ah bertanya dengan yakin.
"Ya,sememangnya."Yo-Jun tidak dapat mengalihkan pandangannya terhadap Ji-Ah.
"Kalau begitu berikan aku satu ciuman sebagai tanda kita telah berpasangan."Ji-Ah mengecup bibir Yo-Jun kemudian tersenyum sebelum berlalu pergi. Ji-Ah menggapai begnya yang dilettakkan berhampiran kaunter perpustakaan.Sebelum keluar dia meninggalkan pesanan untuk kekasihnya.
"Janganlah berdiri lama disitu kerana mungkin kau akan dicium sekali lagi."kata Ji-Ah santai.
Yo-Jun masih tercegat di tempat yang sama.Siapa saja yang percaya? Luahannya diterima dan dia bahkan menerima ciuman pertama dalam waktu yang singkat!
"Aish! Tidak bolehkah kau menciumku lebih lama."Yo-Jun tidak berhenti tersenyum.Rasanya sangat berbaloi apabila cinta yang dia inginkan selama ini tidak ditolak sebaliknya diterima.

Masa kian berlalu, Ji-Ah masih sibuk berbual di dalam talian bersama Yo-Jun.Dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling.Rakan sebiliknya juga bagaikan tiada disitu.

"Yah! Tidakkah kau berasa sedikit hairan dengan Ji-Ah hari ini? Dia kelihatan berbeza."ujar seorang daripada rakan sebiliknya.
"Ya.Aku juga mengakuinya.Mungkin dia sedang menelefon keluarganya."balas rakan Ji-Ah yang lain.

Ji-Ah akhirnya mengakhiri berbualan di telefon.
"Apa yang sedang kamu semua fikirkan.Ceritalah."Ji-Ah cuba untuk menganalisis apa yang ada di otak rakan sebiliknya tetapi gagal.
"Siapa yang menelefonmu?"tanya mereka.
"Yo-Jun.Kami sedang bercinta sekarang."Ji-Ah tersipu malu.
"Hah? Jinja?!" Semua mereka terperanjat.
"Hmm.Itu sebenarnya normal.Bagiku Yo-Jun itu tidak kurang kekacakannya seperti kebanyakkan pelajar lelaki di universiti kita."salah seorang dari mereka mengiyakan apa yang dirasakan oleh Ji-Ah.Bijak dan memiliki paras rupa yang menawan.Yo-Jun sememangnya menjadi rebutan.Hanya satu sahaja sebab kukuh yang menyebabkan ramai orang bertukar fikiran.Tak lain tak bukan kerana sikapnya yang dingin.
"Kau agak beruntung."Ji-Ah hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.

Waktu kian berganti.Hari ini University Hanyang memaklumkan semua pelajarnya bahawa mereka akan diberikan masa sebulan untuk pulang ke rumah bersepena dengan Cuti Umum di Korea.Ji-Ah merancang untuk menjenguk rumahnya dan bertemu dengan Soo-Hyun.Dia ingin memperkenalkan Yo-Jun kepada Soo-Hyun.

"Aku tidak mempunyai bantahan atau sebarang masalah jika kau ingin bertemu dengan keluargamu."kata Yo-Jun.
"Kita tidak akan bertemu dengan keluargaku terlebih dahulu.Mereka masih sibuk melaksanakan projek baru di Amerika.Aku akan membawamu ke rumahku dan memperkenalkanmu kepada rakan baikku di Seoul."jelas Ji-Ah.
Yo-Jun mengangguk faham.Mereka kembali ke bilik masing-masing.Kedua-duanya memilih untuk berehat awal kerana bakal bertolak dari Hanyang ke Seoul pada pukul 6:00 pagi.

Pagi cerah menandakan hari sudah bermula.Yo-Jun dan Ji-Ah sibuk mengemas barang di dalam kereta.Yo-Jun merasakan ada sesuatu yang tertinggal semasa dia sedang menyimpan begnya di kereta.
"Ji-Ah yah,aku ingin mengambil barangku di atas.Ada sesuatu yang sepatutnya aku perlu bawa ketika ke Seoul."Yo-Jun lantas menutup belakang keretanya.
"Okay.Jangan lama-lama.Hari ini hari yang baik untuk meneruskan perjalanan."pesan Ji-Ah.

Tidak lama kemudian telefon Ji-Ah berdering kuat.
Ji-Ah lansung mengankat telefon dengan lembut.
"Anyeonghasayeo"dia masih ragu-ragu untuk menerukan perbualan kerana itu nombor yang tidak dikenali.
"Ji-Ah,ini aku Soo-Hyun.Eomma mengatakan bahawa universiti Hanyang telah mengumumkan cuti.Adakah kau akan pulang?.Aku sekadar bertanya.Jika kau ingin pulang,maklumkan saja.Aku akan mengambilmu."jelas Soo-Hyun.Sejujurnya Soo-Hyun ingin membawa Ji-Ah bertemu Ji-Woo.Namun tanpa pengetahuannya Ji-Ah ingin menperkenalkan seorang jejaka yang merupakan kekasih Ji-Ah.
"Aku sememangnya ingin pulang.Dan satu perkara lagi.Aku ingin memperkenalkan seseorang kepadamu eonnie."kata Ji-Ah dengan rasa teruja.
"Siapa yang membuat hatimu begitu gembira?.Kau bahkan baru sahaja melanjutkan pelajaranmu disana Ji-Ah yah."Soo-Hyun hanya mampu menegur sahaja.
"Dia kekasihku"Ji-Ah menjawab pertanyaan Soo-Hyun tanpa ragu.
Soo-Hyun terkedu.Dia tidak mampu berbuat apa-apa.Dia mula memikirkan konflik yang bakal terjadi jika Ji-Woo mengetahui hal ini.
"Semoga tuhan memudahkan uruaan kami."bisik Soo-Hyun di dalam hati..

To be continued.....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now