"LAST CHAPTER"

1 0 0
                                    

Hari ini Yo-Jun tiada di rumah.Entah kemana dia menghilang.Ji-Ah tetap meneruskan rutin seperti biasa meski Yo-Jun tidak berada di sampingnya.Masa kian berlalu dan kini jam menunjukkan pukul 6 petang.Ji-Ah merancang untuk keluar membeli barang kerana barang dapur sudah habis.Kunci kereta digapai.

Semasa dalam perjalanan suasana amat sunyi.Sebelum ini Ji-Ah sering ditemani Yo-Jun atau Soo-Hyun.Namun hari ini kedua-duannya mungkin sibuk.Ji-Ah membuat keputusan untuk membeli barangan dapur seorang diri kerana dia tidak mahu menyusahkan Soo-Hyun.

Selepas selesai membeli barangan dapur Ji-Ah berjalan menuju ke tempat letak kereta.Pada mulanya dia tidak merasakan apa-apa sehinggalah dia perasan bahawa ada seseorang yang mengikutinya dari belakang.Dia ingin menoleh tetapi risau jika itu bukanlah sesuatu yang baik.Ji-Ah mempercepatkan langkahnya.Semakin cepat dia berjalan semakin kedengaran bunyi tapak kasut yang mengekorinya dari belakang.Ji-Ah mula panik.

Belum sempat Ji-Ah ingin membuka pintu keretanya seseorang menarik Ji-Ah dengan kuat.Mulut ditekup dengan kain.Ji-Ah cuba untuk melawan tetapi gagal.Akhirnya dia pengsan dan dibawa ke satu tempat.Semasa di dalam kereta itu dia bukanlah seorang saja.Ada lagi seorang wanita yang diculik sama sepertinya.Jejaka itu kemudiannya membiarkan mereka duduk secara bersebelahan.

Sesampai di tempat itu Ji-Ah dan wanita tersebut dibangunkan.Air disimbah tepat ke arah muka.Keadaan sangat bising ketika itu.Ji-Ah mula tersedar dan membuka matanya untuk melihat kawasan sekeliling.Sunyi dan gelap.Tiada seorang pun yang berada di sana kecuali mereka bertiga.Jejaka itu kemudiannya bersuara untuk memecahkan kesunyian diantara mereka.

"Yah!"Jejaka tersebut menggoncangkan bahu wanita itu dengan kuat.Kain yang digunakan untuk menutup mukanya dibuka.Wajah wanita itu jelas kepenatan dan apa yang lebih mengejutkan dia adalah Soo-Hyun!
"Eonnie!"terkedu aku melihat Soo-Hyun yang kini tidak bermaya.Apa yang mereka ingin dari aku dan Soo-Hyun? Kami bahkan tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas ini.

Dua jejaka yang kelihatan seperti diketuai oleh orang berpengaruh kini sedang menuju ke arah kami.Aku cuba untuk melihat mukanya dengan jelas tetapi gagal.Lama-kelamaan mereka kini berada di hadapan kami.Air mataku mengalir apabila melihat orang yang sedang berada di hadapanku.Yo-Jun dan Ji-Woo.Apakah yang telah berlaku? Aku tahu bahawa semua ini adalah paksaan.Aku dapat melihat Yo-Jun dan Ji-Woo cuba menahan air mata mereka daripada terus mengalir.Aku dapat melihat orang atasan mereka sedang membentak Yo-Jun dan Ji-Woo sambil memberikan arahan.

Soo-Hyun yang tadinya mendiamkan diri akhirnya bersuara.
"Yah!Kim Sae-Jin!!
Apa yang kau mahukan?!"teriak Soo-Hyun.
Aku berfikir sejenak mendengar apa yang diungkapkan oleh Soo-Hyun.
"Kim Sae-Jin"kataku perlahan.Apabila aku mengingati nama itu badan mula terasa kaku.Bukankah itu ayah kepada mereka? Namun mengapa mereka kelihatan seperti diarahkan untuk melakukan sesuatu? Pelbagai soalan muncul di kepalaku.

Kerana tidak sanggup mendengar arahan daripada Tuan Kim lagi Ji-Woo akhirnya mengeluarkan senjata seperti yang diarahkan oleh appanya.Ji-Woo bergerak menuju ke arah Soo-Hyun kemudian memacukan pistol ke arahnya.Dia kemudiannya memandang Yo-Jun.
"Apa yang kau ingin lakukan?!"jeritku.

BANG!!!!!
Aku terkedu.Soo-Hyun kini jatuh dengan darah yang berlumuran darah di atas lantai.Semua itu berlaku di depan mataku.Kini,mataku tertumpu pada Yo-Jun.Aku tahu bahawa dia akan melakukan perkara yang sama.Dan kini aku sedar.Apa yang dikatakan pada diriku adalah pesanan buat dirinya.Luahkan dan lupakan.Itu adalah kunci utama dalam beribu nasihat yang telah ditujukan selama ini.
Aku senyum tipis.Air mata Yo-Jun mula mengalir.Perlahan-lahan Yo-Jun mengeluarkan pistol dari kotnya sambil memandang mukaku dengan lama.

Dia seolah-olah mengatakan bahawa itu bukan kehendaknya dan matanya seakan berkata bahawa dia ingin meminta maaf.Aku mula merasakan hal itu.Selepas pistol dikeluarkan dari kotnya dia mengarahkannya tepat kearahku.Aku masih sempat melihat cara pemakaiannya hari ini.Kemas,segak dan teliti.Aku sebak ketika melihat pakaiannya.Kemeja putih,kot dan seluar sleak biru berserta tali leher hitam.Itu adalah set pakaian yang pernah aku hadiahkan untuknya ketika tamat pengajian universiti dahulu.Dia tidak pernah memakainya.Dan hari ini,kali pertama aku melihat Yo-Jun memakainya.Dan mungkin kali terakhir.
"I love you,thank you."bisikku perlahan.

BANG!!
Tembakkan tepat terkena diarah dada.Aku dapat merasakan peluru tembus ke dalam dadaku membuatkan aku berasa sesak dan kemudiannya rebah.
"Benarlah kata orang.Cinta tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan.Seandainya dunia tidak menyebelahi,cinta tetap akan pudar dibawa angin dan arus yang kian datang menjelma.Hargailah orang yang mencintai kita meski dia bukanlah pilihan yang tepat.Jika dia bukan yang terbaik untukmu,suatu hari nanti keadilan akan diberikan jua.."

The End.....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now