"FIND ME IN YOUR MEMORY" 2

0 0 0
                                    

"Yo-Jun ssi, tidak bolehkah kau berlembut dengan wanita yang ingin berbicara denganmu?"Ji-Ah bertanya dengan lantang.

"Boleh saja tapi bukan denganmu."Dengarlah bertapa sombongnya jejaka ini.Dia hanya memandang Ji-Ah dengan muka datarnya.Tidak senyum apalagi menghormati orang yang ingin berkenalan dengannya.

"Aku ikhlas ingin berkenalan dan bersahabat denganmu memandangkan aku seorang pelajar baru di universiti ini"Ji-Ah memandang Yo-Jun dengan penuh harapan dan keyakinan bahawa Yo-Jun akan menerimanya sebagai sahabat.

"Apakah kau tidak berasa malu? Lihatlah orang-orang di dalam kelas ini.Tiada satupun yang ingin bersahabat ataupun berkenalan denganku.Adakah kau yakin kau tidak akan menyesal jika mengenaliku dengan lebih lagi? Fikirkan.Aku tidak akan menerima tawaranmu kerana aku mahu kau memikirkannya sebelum kau menyesal dan menyalahkan ku suatu hari nanti.Aku ingin memberitahumu bahawa andaikan suatu hari nanti,aku melakukan sesuatu perkara diluar jangkaanmu.Jangan menyesal."Arahan Yo-Jun panjang lebar.

"Aku yakin kau seorang yang baik."Singkat tapi bermakna.Itulah yang dikatakan oleh Ji-Ah.Yo-Jun memandangnya sambil mengukirkan senyuman.
"Dia kelihatan manis ketika tersenyum"Fikir Ji-Ah.

Mereka mula berkenalan dan mengenali diri masing-masing.Yang menariknya mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama!Kedua-duanya meminati mata pelajaran matematik dan sains.Hal ini mungkin menjadikan mereka makin rapat dengan satu sama lain kelak.Siapa sangka Ji-Ah dapat berkenalan dengan Yo-Jun begitu saja.Hal ini tersebar pantas di universiti mereka.Ramai orang berbicara tentang mereka berdua terutamanya tentang Ji-Ah.

"Aku tidak menyangka bahawa seorang gadis yang sebegitu rupawan boleh bersahabat dengan seorang jejaka yang sebegitu."
"Tidak pernahkah kau berfikir bahawa Yun Ji-Ah mungkin akan berada dalam keadaan yang bahaya?"
"Apakah mereka berpasangan? Sungguh mengerikan."
Itulah antara topik perbincangan mereka hari ini.Mereka tidak percaya bahawa Yo-Jun boleh menerima Ji-Ah sebagai sahabat begitu sahaja.Ada diantara mereka befikir Yo-Jun akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Ji-Ah kelak.Kedengaran pelik tetapi itulah yang sering berlaku di universiti ini.

Yo-Jun memandang Ji-Ah tanpa henti
"Kenapa kau memandangku begitu?"Ji-Ah kelihatan sedikit hairan."Kau kelihatan sangat polos ketika sedang melakukan kerja"Yo-Jun tertawa kecil.
"Kau jahat!"Ji-Ah memukul Yo-Jun lembut.
Perpustakan itu ibaratkan dipenuhi dengan bunga yang banyak hanya kerana mereka.Disamping membuat rujukan di perpustakaan mereka juga selalu meluangkan masa bersama.

Semakin hari,hubungan mereka semakin rapat dan hal ini membuatkan Yo-Jun berada di dalam fasa yang agak membebankan kerana dia secara tidak lansung menyukai Ji-Ah.Dia tidak dapat menyuarakan pendapatnya kerana dia takut bahawa persahabatan mereka dimusnahkan begitu sahaja dan lebih memilih untuk memendam perasaannya.

Ji-Woo pula semakin degil.Soo-Hyun sering menasihatinya untuk berubah tetapi enggan didengar oleh tuan punya badan.Dia sering keluar di malam hari,berseronok di klub malam.Rutin hariannya juga tidak teratur menyebabkan kesihatannya merosot.Soo-Hyun berada dalam keadaan risau.Andaikan Ji-Ah tidak hilang ingatan,dia akan meminta wanita itu membantunya.Tetapi dia juga tidak mahu Ji-Ah mengingati peristiwa itu.Dia lebih rela bersusah payah dari memberitahu Ji-Ah perkara yang sebenar kerana dia risau hal tersebut menyebabkan Ji-Ah tertekan.

"Ji-Woo yah, janganlah degil.Aku akan menghantarmu ke hospital untuk menerima rawatan."Soo-Hyun lantas mengambil kunci keretanya.
"Yah! Jung Soo-Hyun! Jangan sibuk mengatur perihal hidup orang yang ada yang disekelilingmu!"Ji-Woo memberontak.
Soo-Hyun tidak dapat berkata apa-apa.Hatinya sayu melihat rakannya mengalami perubahan drastik seperti ini.Ji-Woo mula menyiksa dirinya apabila dia mengetahui bahawa Ji-Ah telah hilang ingatan.Bersalah,kecewa,marah.Perasaannya becampur-baur.

"Ji-Ah yah,aku merinduimu."Ji-Woo hanya mampu menatap gambar Ji-Ah di dalam biliknya.Jika mengikut kehendak Ji-Woo,ingin saja dia membunuh dirinya.Tetapi dia tidak mampu.

Suasana bertukar sunyi.Soo-Hyun memeluk Ji-Woo erat.
"Gwaenchana,aku akan sentiasa ada untukmu"Soo-Hyun mengusap pipi Ji-Woo lembut.

To be continued.....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now