" SORRY FOR ALL MY MISTAKE" 1

1 0 0
                                    

"Ini rumah yang telah aku beli untukmu.Kau tinggal disini sahaja.Demi keselamatanmu."tangan Ji-Ah digapai.Satu gelang hitam diberikan.
"Pakai ini.Jangan sesekali menanggalkannya.Tekan sahaja jika ada kecemasan.Jika ada kecemasan dan ada sesuatu yang terjadi kepadamu.Aku akan terus menuju ke tempat yang dinyatakan oleh alat ini.Jadi jangan sesekali menanggalkannya.Aku mungkin akan kehilangan jejakmu.Setakat ini kau faham?"Yo-Jun menatap muka Ji-Ah dengan muka yang berbaur kerisauan.

"Aku tidak memerlukan semua ini.Namun aku janji aku tidak akan menanggalkannya."Ji-Ah senyum.
Yo-Jun menarik tangan Ji-Ah menuju ke dapur.Tangan sibuk menyediakan makanan tengah hari.Aroma kimchi jigae dan ramyeon membuatkan Ji-Ah terliur.Perutnya juga sudah mula berkeroncong.Tubuh maju ke hadapan.Menuju ke tempat dimana Yo-Jun berada.Hidung mula menyedut aroma makanan yang enak.

"Hmmm.Baunya sangat enak.Perutku sudah mula lapar.Sudah lama aku tidak menjamah ramyeon dan kimchi jigae.Selalunya aku hanya merasanya apabila bertemu dengan eomma."Dan satu perkara terlintas di kepala Ji-Ah.Dia lansung membuka peti sejuk yang tidak jauh darinya.Dua botol soju berperisa anggur ditarik keluar.Tepat pada waktunya juga Yo-Jun mengakat periuk berisi ramyeon yang kemudiannya diletakkan di atas meja.Begitu juga dengan hidangan yang lain.

"Be careful,itu sangat panas."tegur Yo-Jun ketika melihat Ji-Ah ingin mengambil ramyeon untuk diletakkan di dalam mangkuknya.
"Don't worry."Ji-Ah mula menyedut mi ramyeonnya.
Dia terlalu asyik memakan makanan tengah hari sehinggakan dia tidak melihat muka Yo-Jun walau dengan sekilas pandangan.Sudah terbukti bahawa anak kucing ini memang lapar! Yo-Jun yang mengetahui tabiat Ji-Ah ketika makan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Makanlah,ianya tidak enak jika sudah sejuk."Ji-Ah mempelawa dengan mulutnya yang masih penuh dengan makanan.
"Kau makan sahaja tidak perlu menasihatiku.Lihatlah mulutmu sudah penuh dengan makanan"Yo-Jun berkata dengan muka selambanya.Penutup botol soju dibuka.Dia tidak kesah tentang apa yang bakal keluar dari mulut Ji-Ah.Hanya senyuman sinis ditayangkan.Perangainya membuatkan Ji-Ah tidak berpuas hati.Ada saja yang akan Yo-Jun lakukan jka mereka sedang meluangkan masa bersama.Ejekan,Sindiran dan Paksaan.Semuanya akan ada.Pendek kata,Yo-Jun sememangnya merimaskan.

"Hm.Apa kaitannya?. TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR..TERLAJAK KATA? SIAPA YANG TAHU?"Ji-Ah menyindir.
"I don't care."cebik Yo-Jun.
"Aku bahkan sudah memasak makanan untukmu."tambahnya lagi.
"Bukan hanya memasak,aku mungkin akan memberi seluruh jiwa dan ragaku kepadamu."jelasnya.
"SUNGGUH DRAMATIK! JIKA ADA ANUGERAH LELAKI PALING DRAMATIK KAU PATUT MEMENANGINYA."Ji-Ah memutar matanya malas.

Pergaduhan sebegini sudah menjadi satu perkara yang biasa untuk mereka.Namun,hal inilah yang menjadikan cinta mereka berdua semakin mendalam.Apa yang bakal terjadi selepas ini.Rumah ini dibeli oleh Yo-Jun secara rahsia.Tiada siapa yang mengetahui lokasi ini kecuali dia dan Ji-Ah.Dia telah berpesan kepada Ji-Ah untuk tidak membawa sesiapa kesini meskipun orang itu adalah Soo-Hyun.Untuk mengelakkan kecurigaan Yo-Jun mengatakan bahawa itu adalah tempat perjumpaan rahsia mereka.Selepas mendengar kenyataaan itu Ji-Ah hanya mengangguk.

"Selepas ini,maklumkan aku jika kau ingin kemana-mana."Yo-Jun mengalih pandangannya kepada Ji-Ah.
"Arraseo."Ji-Ah mencebikkan mulutnya.
"Duduk di rumah saja.Aku ingin keluar sebentar."Pesan Yo-Jun.
"Okay."Ji-Ah menjawab pantas.

Yo-Jun masuk ke  dalam bilik untuk menukar pakaiannya.Kot hitam dicapai.Tali leher putih dipadankan dengan kot hitam.Perfect! Itu adalah satu kata yang sesuai untuk Yo-Jun.Tombol pintu diputar.Baru sahaja Yo-Jun berniat mahu mencari Ji-Ah namun wanita itu sudah berada di hadapan pintu biliknya.

"Kau ingin kemana?.Pakaianmu tidak seperti biasa."
Bukan casual bukan juga terlalu mewah.Hanya kot dan tali leher sebagai tambahan.
"Aku ingin berjumpa dengan pengurus Golden Palace."jelas Yo-Jun.Kasut diambil dari rak.Ji-Ah hanya melambai dari dalam rumah saja.Yo-Jun tetap membalas lambaian itu secara lembut.Injin kereta dihidupkan.Pedal minyak ditekan.Yo-Jun akhirnya berlalu meninggalkan rumah.

Sesampai di Golden Palace Yo-Jun terus menuju ke tingkat 35.Hari ini merupakan hari gentar bagi Yo-Jun dimana dia akan bertemu dengan appanya.Tidak lain tidak bukan Ketua bagi kumpulan Golden M.
Yo-Jun melangkah masuk dengan muka seriusnya.Dingin dan lansung tiada senyuman ditayangkan.Seolah-olah mati rasa.Matanya tajam apabila melihat Ji-Woo turut berada disitu.Ji-Woo juga apa bezanya?.Tetap sama.Kaku.Tangan membelek majalah tanpa ekspresi.Lansung tidak memandang Yo-Jun yang kini benar-benar berada di hadapannya.Hubungan mereka memang dingin.Namun,ianya makin menjadi apabila berlakunya krisis cinta antara dua jejaka ini.

Jika anda melihat mereka.Jujur dikatakan.Anda akan mati rasa.Kenapa itu harus terjadi? Mustahil bukan. Tetapi itulah yang akan terjadi jika anda melihat ataupun menilai mereka dari sisi yang berbeza.Lebih senang adalah 'sisi gelap' dua jejaka ini. Yo-Jun mempunyai 12 rekod jenayah merangkumi bunuh,merompak,rogol dan penipuan dalam talian.Ji-Woo juga tidak kalah. 14 rekod jenayah.Dia juga pernah meragut nyawa orang suruhannya sendiri.Masing-masing pernah melakukan jenayah berat.Akan tetapi mereka berjaya hidup bebas.Lolos daripada hidup sengsara di penjara meskipun masing-masing pernah dijatuhkan hukuman selama bertahun-tahun lamanya.

Bagaimana?Itu adalah satu soalan yang sering muncul di kepala orang-orang yang dekat dengan mereka.Satu jawapan yang sahih daripada seribu andaian.Tuan Kim adalah salah seorang yang amat berpengaruh.Dia digeruni oleh semua masyarakat yang tinggal di Seoul.Termasuklah anggota polis di Seoul.Itu adalah salah satu sebab Ji-Woo dan Yo-Jun dilepaskan dengan mudah.Hanya dengan satu petikan sahaja mereka boleh terlepas daripada satu ancaman yang boleh merosakkan hidup di usia yang muda.

"Hari ini appa memanggil kamu berdua untuk memberikan tugas.Hal ini mudah saja.Jadi jangan menangguhkannya untuk waktu yang sangat lama."terang Tuan Kim

to be continued......

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now